Pages

Followers

Friday, November 20, 2020


Apa khabar 2020?
 Khabar tidak berapa baik.Kerana kita diuji dengan wabak covid 19.
 Ekonomi tidak berapa baik, begitu juga kehidupan. 

Tapi ini adalah semua yang sudah ditetapkan oleh Allah subhanahu wa Taala.

Lama dah Cikna tak menulis di blog ini. Sudah berhabuk. Dan sekarang Cikna tak tahu apa yang nak tulis.

Okay nak update.

i am married woman with a great husband. Best friend of mine. And this year already more than five year.

thats all from me. bye.








Sunday, February 15, 2015

Kehilangan yang diredhai..


Bismillahirrahmanirrahim.

12 Februari 2015. Kira-kira jam 9.40 malam aku bergegas membersihkan diri. Seusai menyiapkan kerja jemaah, aku perlu menghadiri Kuliyah Haraki di MTD Gombak Setia. Pabila masuk ke bilik, seorang sahabatku dengan muka sugul berkata, " Tok Guru dah takde. " Aku seperti orang bingung, Tak mengerti. Dia menunjukkan keratan berita mengenai kematian Tok Guru. Saat itu  jantung ku umpama terhenti. Aku memandangnya kembali dan berkata adakah benar berita ini. Diam. Tiada jawapan. Selepas aku membuka Facebook, sudah ramai yang melaporkan berita itu. Aku hanya mampu berkata, Allah.. Allah..

Seisi bumi Malaysia terkejut akan takdir ini. Kerana masih tidak bersedia akan satu kehilangan permata Jemaah PAS. Maka aku mengambil keputusan untuk menziarah. Walaupun sewaktu hidupnya aku tidak pernah menjejakkan kaki ke Pulau Melaka, biarlah akhiran jasadnya aku temani hingga ke kubur.

Tok Guru,
Damailah engkau di sana, 
Dunia abadi yang diimani mukmin,
Tempat bersuka bertemu Tuhan,
Setelah penat kau diperhentian dunia,
Kami menjadi saksi tanaman mu,
Ranum berbuah di Kelantan.
Sayang kami padamu,
Hingga air mata tidak mampu berhenti,
Meski kami tidak pernah bersua mata dengan mu,
Kerana aqidah kami rindu padamu.
Tunggu kami di sana Tok Guru,
Doakan kami istiqamah seperti mu,
Meninggikan Islam meskipun kami tahu musuh dan cacian pasti ada.






Thursday, January 8, 2015

Maryam Insyirah.




Maryam Insyirah Muhammad Mujahid 

Selamat datang Maryam,
Ke dunia ciptaan Tuhan.
Dunia yang penuh duri bagi pembencinya,
Dan bagaikan bunga bagi pencintanya.

Kain putih mu masih bersih,
Moga ummi dan abi mu lakarnya,
Dengan tauhid dan qudwah.
Biarlah warna warni kain itu diredhai Tuhan.

Jaga dirimu Maryam.
Kau akan membesar umpama mawar wangi.
Cantik dipandang harum baunya.
Biarlah duri yang kau ada membentengimu.
Dari khianat manusia durjana.

Tetaplah solehah Maryam.
Umpama Ummu Isa Alaihissalam.
Dijaga Tuhan kerana pilihanNya.
Muliakanlah dirimu,
Dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Selamat Datang Maryam,
Pewaris perjuangan ummi dan abimu.

وَإِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاكِ وَطَهَّرَكِ وَاصْطَفَاكِ عَلَىٰ نِسَاءِ الْعَالَمِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).

(MakYong QA,2015)





Sunday, December 7, 2014

Aku dan cinta Allah



Bismillah,

Sungguh 
kerap kali aku terjatuh,
ke lubang dalam dosa.

Sungguh
 kerap kali aku putus asa,
dari Maghfirah-Nya yang Maha Luas.

Sungguh
 kerap kali aku ingin lari,
dari medan menjadi daie.

Sungguh
 kerap kali aku lupa,
Tiap kali aku pergi,
Cinta Allah pada ku semakin kuat.

Sungguh
 kerap kali aku lupa,
Ujian itu tanda kasihNya pada ku.

Sungguh
 kerap kali aku lupa,
pada ARRAHIM Nya.

Tiap kali aku jatuh,
Allah akan hadirkan perasaan seorang Attaibun padaku.

Tiap kali aku putus asa,
Allah akan hadiahkan padaku nikmatNya,
Yang sudah lama aku doakan.

Tiap kali aku ingin lari,
Allah hadirkan manusia bersama ukhuwwah,
Bukti ini perjuangan Nubuwwah.

dan tiap kali aku lupa,
Datang peringatan dari Nya,
dari arah yang tidak dapat ku sangka,

Sungguh Tuhan,
Jika Kasih dan Cinta Mu sungguh utuh,
tidak aku perlukan selain dari Mu,
di dunia ini.

Cukuplah Engkau,
Yang memimpinku,
Yang memberi hidayah padaku,
Yang memberi nikmat padaku,
Yang seringkali mengampuniku,
Tatkala aku berulangkali berdosa.






Wednesday, December 3, 2014

Nota Maridoh 1


Mengapa perlu mencintai yang tiada,
Sedang yang kekal itu sentiasa.

Mengapa perlu mencintai yang sia-sia,
Sedang yang benar itu bersama.

Mengapa perlu mencintai dosa,
Sedang pahala sudah tersedia.

Mengapa perlu mencintai sampah,
Sedang permata wujud dihati.




Friday, May 23, 2014

Masa

بسم الله الرحمن الرحيم

Bukan kah tuhan sudah berfirman,

Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu didalam kerugian.
Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.
Dan berpesan dengan kebenaran,
Dan berpesan dengan kesabaran.

Tetapi,
Manusia pasti akan  berada dalam kerugian yang nyata.
Manusia yang lupa,
Manusia yang leka,
Manusia yang derhaka.

Meskipun jam di tangan berharga jutaan ringgit,
Berlalu nya waktu itu tidak mampu dibayar dengan sepuluh harga jam.

Sungguh waktu itu berharga.
Buat mereka,
Yang beriman,
Yang beramal soleh,
Yang berpesan dengan kebenaran
Dan yang berpesan dengan kesabaran.

Benar kata Imam Syafie,
Cukup saja surah Al-Asr diturunkan kepada manusia.

Tuesday, May 20, 2014

Aku mencari Adab

Bismillah..

Makin hari,
Aku melihat ia hilang,
Manusia seperti berputar kembali,
Menuju alam jahili.

Lantas aku berlari,
Menangis menyebut Muhammad Salallahu alaihi wasallam berkali-kali,
Kuat hati ku mencari,
Akhlak yang hilang,
Semakin pudar bersama generasiku.

Adakah ia hilang,
Seperti wafatnya Baginda?

Mengapa kita begitu haiwan,
Seperti tidak mengerti adab dan sopan?

Anak muda mencari keadilan,
Dalam masa yang sama bongkak,
Menutur kata.

Umpama Zul Khuwaisiroh,
Yang berkata kepada Baginda Sallallahu alaihi wasallam yang mulia,
'Berlaku adillah Muhammad'
Celaka mulutnya.
Siapa yang lebih adil jika tidak Baginda?

Kini,
Lahirnya pengganti Zul Khuwaisiroh,
Menuntut cinta Tuhan,
Dalam masa yang sama,
Tiada akhlak.

Tuhan,
Aku takut,
Apabila aku tidak mampu,
Membawa sunnah khulukiyah.

Aku takut,
Pabila akhlak Quran semakin pudar.

Tuhan,
Andai mereka yang membawa akhlak itu asing,
Maka aku rela menjadi asing.

Kau limpahkanlah HidayahMu,
Supaya aku terus asing,
Meninggikan sunnah Nabi Mu.