Pages

Followers

Monday, March 11, 2013

Sahabatku

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku


untuk kamu :)


aku bertanya khabar orang lain,
namun aku terlupa akan kamu.
aku makan bersama orang lain,
aku terlupa menyuapkan kamu.
seperti dulu-dulu.
Allah sedang menguji kita,
berjauhan.
saat aku melelapkan mata,
wajah kau hadir.
menemani mimpi indah ku.
segalanya indah bersama kamu.

kamu memahami ku,
saat aku tidak mempunyai sesiapa.
kamu bersabar akan kerenah ku.
aku yang tidak belajar erti 'memahami' ..

Ya Tuhan,
andai dia sakit,
Kau sembuhkanlah dia.
andai dia lapar,
Kau sebaik-baik pemberi rezeki.
andai dia sedih,
hamba tahu Kau sedang menyiapkan kegembiraan buat dia.
andai dia penat,
Kau kuatkanlah dia kerana segala kekuatan ada pada Mu.
andai hamba tiada,
hamba tidak gusar,
kerana Kau sebaik-baik pelindung.

wahai alam,
ingin aku khabarkan,
bahawa aku sayang dia.
sampaikan lah angin,
sampaikanlah bumi,
tunjukkan lah bulan,
kerana Allah aku sayang dia
kerana Dia mencampakkan sayang ini.

Ya Tuhan,
kau ikatkan lah hati kami,
dengan ikatan cinta nan suci kepada Mu..



10.21pm,
11 Mac 2013
Mahallah Safiyyah.




Wednesday, February 13, 2013

Syurga mu tetap sama

Wahai lelaki,

Andai kau tahu syurga mu tetap sama,
Pasti kau tidak membiarkan tangan itu bekerja,
Pasti kau akan bangun awal daripada nya,
Seperti kau sewaktu kecil,
Menangis buatkannya terjaga..

Andai kau tahu syurga mu tetap sama,
Pasti kau yang menghidangkan sajian terbaik untuknya,
Seperti mana dia membuat bubur untukmu,
Agar senang untuk kau hadam..

Andai kau tahu syurga mu tetap sama,
Pasti panggilannya dengan gembira kau jawab,
Seperti mana dia membelikan kau beg baru ketika sekolah mu bermula..

Hargailah DIA yang kau panggil OMI, IBU, MA,MAK,CHE,MAMA Dan sebagainya..

Kerana syurga mu sentiasa bersama DIA..





Saturday, December 29, 2012

Simpan ilmu dalam hati




Bismillah.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Pemilik Alam yang indah ini. Selawat dan Salam serta rindu buat kekasih Allah, Nabi Muhammad Sallahu’ Alaihi Wasalam. Juga kepada ahli keluarga Baginda dan Sahabat Radiallahu anhum ajmain. Moga Allah mengurniakan kita untuk bertemu mereka. Amiiiin.

Sekarang musim peperiksaan akhir. Final exam. Saya pun tak terkecuali untuk pulun semua yang dah belajar. Sebenarnya sekarang kalau ikut jadual yang saya buat, waktu saya belajar subjek Bahasa Melayu Lanjutan. Tapi entah kenapa, bila terpandang Gen Q : Tujuan Hidup rasa nak baca pulak.  (Maaf ye ain, akak pinjam dulu buku kamu) Ain, adik usrah saya. Kesian dia, saya baca dulu sebelum dia sempat habiskan baca.

Saya nak kongsi sedikit apa yang saya dapat. Saya tertarik dengan kolum Strategi Belajar dari Ustaz Umar M Noor. Ustaz Umar berkongsi tentang tip menghafal yang beliau kumpulkan daripada ucapan ulama. Subhanallah. Terbaik ustaz ^_^ 
Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu sesiapa yang berminat menyimpan ilmu nya dalam hati.

1)      Jauhkan maksiat dan banyak bermain

Hafalan yang kuat bermula daripada minda yang jernih dan hati yang bersih. Maksiat dan dosa dapat mengotorkan hati. Oleh sebab itu,perkara utama bagi seorang pelajar adalah untuk menjauhi maksiat dan banyak melakukan ketaatan.
Seseorang bertanya kepada Imam Malik : “ Apakah amalan yang dapat menguatkan hafalan ?” Beliau menjawab : “ Jika ada amalan yang dapat menguatkan hafalan, maka ia semestinya meninggalkan maksiat . “

2)      Kurangkan makan dan tidur

Imam Syafie berkata : “ Sesiapa yang kenyang dengan makanan halal,ia akan banyak minum dan banyak tidur, kemudian menyesal kerana telah melewatkan banyak keuntungan . “

3)      Cintai pelajaran dan baca berulang-ulang

Sesiapa yang  menyukai sesuatu pelajaran, ia akan selalu membacanya. Kesannya, ia akan mudah ingat. Imam Bukhari pernah diminta tip kuat hafalan. Beliau menjawab : “ Aku tidak mengetahui sesuatu yang lebih bermanfaat untuk hafalan selain kecintaan kepada pelajran dan selalu memandangnya. “
Berkata Abu Ishak Al-Shirazi : “Aku selalu membaca pelajaranku seribu kali agar benar-benar menghafalnya .”

4)      Cari masa yang tepat untuk menghafal

Waktu malam dan sebelum subuh ialah saat yang sangat tepat untuk menghafal pelajaran. Pada saat itu, keheningan dunia dan hati bersiap sedia menerima pancaran ilmu. Ismail bin Abi Uwais berkata : “ Jika engkau hendak menghafal sesuatu,maka tidurlah lalu bangunlah sebelum subuh. Buka lampu kemudian bacalah. Sesungguhnya engkau tidak akan lupa setelah itu,in sya Allah .”

5)      Praktik ilmu dan muzakarah bersama rakan

Ilmu akan melekat dihati jika ia diamalkan dan dipraktikkan. Setiap kali mendapat kosa kata baru, gunakanlah ia dalam perbincangan. Setiap kali mendapat maklumat baru, bincangkanlah bersama teman-teman. Dengan itu,ia akan terus kekal dihati. Ibrahim al-Nakhai berkata : “ Sesiapa yang ingin menghafal hadis,maka sampaikanlah hadis itu. Walaupun ia mesti menyampaikannya kepada orang yang enggan mendengarnya . “


Itu sahaja perkongsian yang saya ambil dari majalah Gen Q. Moga ia berguna untuk saya dan sahabat sekalian.

Assalamualaikum.


29/12/12 , Sabtu , 3.50pm



Sunday, December 23, 2012

Kubur..




" Achik, gitau kat yang lain suruh tutup mata dengan kain "  Achik pun keluar pergi ke kereta yang lain.
" Sume tutup mata eh, Along suruh. Driver tak yah ler.hehe "
" Ala, angah tak habis baca buku lagi "
" Takpe,tutup je. Along suruh "
" Ok.."

Mata kami diikat dengan kain. Perjalanan ke tempat yang tidak diketahui. Hanya Along sahaja yang tahu. Anje dan Ateh hanya mengikuti kereta Along.
Mula-mula rasa serabut jugak. Kena tutup mata. Yelah, dah biasa dapat nikmat penglihatan percuma..
Hampir 15 minit perjalanan, sampai juga kami.
" Along dah boleh bukak mata? "
" Nanti, belum lagi. "
" Oke2 " Achik pun layan lagu Rabbani yang tersedia pasang dalam kereta Along.

" Oke semua, keluar. Mata jangan bukak lagi " Semua mengikut sahaja arahan Along. Disuruh naik tangga, naik. Bagaikan si buta yang tiada tongkat. Jalan sahaja mengikut orang yang memimpin.

" Oke dah sampai. Semua boleh bukak mata "
" Allah. sakit mata. Alhamdulillah dapat tengok balik " semua mengomen.hehe~

Semua memandang sekeliling. Kami berada dikawasan perkuburan. Terdetik dalam hati.. "MATI" . Serta merta teringat mati bile sampai kubur.
" Semua gi amek 5 helai daun. Seorang 5 je tau " Along menyuruh kami.
"Baik.."

" Oke,semua boleh duduk dengan selesa.. Kita mulakan dengan Ummul Kitab.. "
Kemudian,Along memulakan usrah kami dengan menyatakan.. " Bila Along tanye soalan, kalau jawapannya tidak, buang satu helai daun ke lantai.. Daun ini umpama saham. Kalau siapa yang dah habis,nak minta yang lain pun boleh. Atau yang ada lagi nak kongsi ke.. Bismillah.."

 "Siapa semalam tak qiammulail? Solat duha, mathurat, telefon mak ayah kat kampung..."  dan soalan-soalan lain terkeluar dari mulut Along..
Satu persatu daun dibuang ke bawah. Sehingga soalan terakhir ada yang tinggal 1,2 dan ada yang tiada. Kami sekadar merenung daun yang telah dibuang. Allahu robbi..

Merenung diri..
Bekalan apa yang akan kami bawa untuk bertemu Raja Hari Pembalasan kelak??
Apakah amalan yang kami ada cukup untuk berada di dalam syurga kenikmatan yang kekal abadi??
Apakah sahabat yang ada hari ini sanggup untuk berkongsi amalan mereka sedangkan amalan kita pun tidak seberapa..


Jazakillah khairan jaza buat Along. Usrah yang cukup bermakna buat kami.





Saturday, September 15, 2012

Monday, August 27, 2012

menjadi seorang sufi


Bismillah. 
Post kali ini saya ingin share artikel yang saya ambil dari blog Genta rasa .
yang bertarikh 22 Jun ( my birthday ) hehe.
Setiap yang dilahirkan oleh manusia sama ada fikiran dan tindakannya adalah berpunca dari hati. Kalau baik hati, maka baiklah seluruh perbuatan dan pertuturan. Begitulah sebaliknya kalau hati jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan.

Kedatangan Rasulullah SAW untuk memperbaiki akhlak manusia mendapat kejayaan kerana baginda berjaya mendidik hati manusia.

 

Sebab itu, kalau kita mahu berjaya dalam melahirkan peribadi yang baik sama ada pada diri atau dalam masyarakat kita, maka pendidikan hati hendaklah difikirkan dahulu.

 

Tetapi bukan semua manusia faham dan nampak bagaimana dan apa kesan hati kepada perlakuan manusia. Sebab itu manusia masih gagal membina hidup aman damai kerana gagal memahami bagaimana untuk mendidik hati supaya menjadi baik. Manusia juga gagal untuk mengubat penyakit hati yang telah merosakkan seluruh perbuatan zahir seseorang.

 

Oleh kerana itu manusia cukup sensitif dengan penyakit zahir tetapi tidak ambil pusing dengan penyakit batin. Penyakit bati yang dimaksudkan ini bukanlah penyakit jantung atau barah tetapi adalah penyakit mazmumah seperti riak, angkuh, dengki, ego, tamak, pemarah dan lain-lain lagi. Tidak ada alat x-ray yang dapat mengesan penyakit mazmumah kecuali ilmu tasawuf dan didikan dari seorang guru sufi.

 

Sebab itu kepentingan ilmu tasawuf dan pendidikan sufi  amat penting sekali demi menjamin kebahagiaan hidup manusia. Jadi, orang yang bercita-cita dan berazam untuk membersihkan hatinya dengan mengikut panduan ilmu dan didikan guru tasawuf, sebenarnya sedang menempuh jalan tasawuf.

 

Sekarang kita paparkan beberapa kisah ahli sufi yang jika kita ingin mengikut jejak ahli sufi maka ikutilah mereka. Kalau hendak menjadi seorang sufi jadilah seperti Nabi Musa yang memakai pakaian yang sederhana tetapi berani berhadapan dengan Firaun yang memakai pakaian maharaja. Atau jadilah seperti Nabi Sulaiman yang menjadi raja besar dengan segala kemewahan dan kekuasaan tetapi makanan hariannya cuma roti kering.

 

Satu ketika Nabi Sulaiman sedang melayang di atas tikar terbang diiringi oleh pengawalnya dari kaum jin. Datang peringatan dalam hatinya.  Jika dalam hatinya ada sebutir debu dari rasa takbur nescaya dia akan dibenamkan ke dasar bumi sedalam tingginya dia terbang di udara. Malah pernah Nabi Sulaiman berkata: “Satu kalimah Subhanallah lebih berharga bagiku dari segala dunia dan isinya.”

 

Menjadi orang sufi ertinya sanggup memikul tugas besar seperti Nabi Yusuf yang telah menjadi menteri Perbendaharaan. Baginda menyimpan makanan yang cukup selama tujuh tahun untuk berdepan dengan musim kemarau. Bukanlah dipanggil orang sufi jika menjadi masalah kepada masyarakat dan hidup dengan meminta belas kasihan dari orang ramai.

 

Seorang sufi bukanlah orang yang memutuskan nafsunya seperti seorang sami Buddha tetapi dia sanggup mengawalnya seperti Nabi Yusuf ketika berhadapan dengan godaan Zulaikha. Seorang sufi juga mesti sanggup menahan rasa sakit sepertimana Nabi Ayub, menahan penderitaan walaupun hanya tinggal hati dan lidahnya sahaja yang masih tidak dijangkit penyakit.

 

Apabila ditanya orang mengapa baginda tidak berdoa meminta sihat sedangkan baginda seorang Nabi yang makbul doanya. Lantas baginda berkata: “Aku malu untuk berdoa  pada Allah kerana aku baru ditimpa sakit selama dua tahun sedangkan Allah memberi aku sihat selama enam puluh tahun.”

 

Seorang sufi bukanlah orang yang lari daripada kemungkaran masyarakatnya tetapi dia adalah orang yag berjuang menegakkan makruf di tengah banjir kemungkaran. Kalaupun mereka lari, adalah dengan niat untuk membina kekuatan sebagai persediaan untuk kembali ke tengah gelanggang perjuangan. Seorang sufi adalah orang yang sanggup menurut jejak Nabi Ibrahim.

 

Baginda sanggup dibakar kerana meruntuhkan berhala pujaan Namrud dan rakyatnya. Jadilah pemimpin yang mempunyai jiwa sufi seperti Nabi Zulkifli yang tahan berhadapan dengan karenah pengikutnya. Atau milikilah kehebatan seperti Nabi Isa  A.S. yang sanggup berbantalkan lengan ketika tidur di malam hari.

 

Itulah hidup sufi yang dituntut oleh Allah pada kita untuk dimiliki. Syukur berhadapan dengan nikmat, sabar berhadapan dengan ujian, berani berhadapan dengan kezaliman, tawadhuk bila berhadapan dengan kebenaran dan dalam apa juga keadaan sekalipun hati tetap sama dan tenang tanpa cacat atau berubah.

 

Menjadi seorang sufi bukanlah mengalah pada semua  suasana dalam berhadapan dengan kekufuran, tetapi sufi sebenar sanggup berperang seperti peribadi Nabi Muhammad SAW yang ada kalanya berbicara dengan pedang apabila kata-kata gagal menahan serangan fizikal orang-orang Musyrikin.

 

Seorang sufi juga bukan orang yang lari daripada harta ketika diperlukan untuk mengendalikannya tetapi menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf yang bertindak sebagai “bank” kepada masyarakat Islam. Namun jangan sampai ditawan oleh dunia seperti Tsa’labah. Seorang sufi juga adalah orang yang licin mengintip musuh seperti Abu Huzaifah ataupun mempunyai kepakaran strategi peperangan seperi Salman Al Farisi yang menjadi “master-mind” dalam Peperangan Khandak.

 

Nah, itulah peribadi contoh jika kita hendak mengikut jalan-jalan sufi. Bukan seperti sangkaan orang sekarang yang meletakkan hidup sufi sebagai hidup yang hina.  Pada sangkaan setengah orang, sufi menjadikan seseorang lepas bebas dari masyarakat sekelilingnya. Bila disebut sufi orang akan membayangkan seorang yang berjanggut dengan pakaian yang  buruk duduk tersepuk di mihrab-mihrab masjid menggetil tasbih.

 

Makanannya disedekahkan orang, sementara dia duduk sendirian mencari Tuhannya dalam ‘khalwat’ dan zikirnya. Bukan itu cara hidup sufi, kerana bukan seperti itu hidup para Rasul, Nabi dan para sahabat zaman dahulu!

 

Bukan itu yang dinamakan sufi. Kerana bukan itu cara hidup tokoh-tokoh sufi yang telah kita paparkan tadi. Walaupun tangan orang sufi selalu menggetil tasbih tetapi tangan itu juga sanggup memegang cangkul untuk bertani, tangan itu sanggup memegang pena untuk memerangi kebatilan dan ada masanya tangan itu juga sanggup memikul senjata memerangi kekufuran.

 

Semudah memetik biji-biji tasbih di dalam zikirnya, maka semudah itu jugalah ia mentadbir dunia ayang diamanahkan padanya. Kerana apa? Kerana hati yang berpaut pada Allah boleh mengendalikan apa sahaja dengan mudah dan berjaya

 

Rasulullah SAW sebelum berjaya menegakkan Islam telah melalui banyak ujian dan segala ujian itu sebenarnya menyuburkan jiwa sufi baginda. Rasulullah diuji menggembala kambing sebelum berjaya memimpin manusia. Rasulullah tetap sujud ketika dilonggokkan dengan perut unta yang busuk sebelum berjaya meruntuhkan berhala-berhala di sekeliling Kaabah.

 

Bermula dari dua buah gua iaitu gua Hira’ dan gua Thur maka bangkitlah satu kekuatan Islam yang menguasai dua pertiga dunia. Mana pejuang-pejuang sufi seperti peribadi mereka itu kini? Mana lambang pusat latihan kerohanian (gua-gua) yang tegak di zaman moden kini? Mana sekolah-sekolah latihan sufi yang sanggup mencabar sistem pendidikan sekular (penyambung lidah penjajah)? InsyaAllah, semuanya mula kelihatan mercup tumbuh sekarang.

 

Sesungguhnya kita memerlukan jiwa sufi yang dapat menggunakan kemodenan zaman ini untuk Islam. Orang-orang sufi mesti bangun menggunakan jentera-jentera moden, komputer, alat-alat elektronik dan segala gajet teknologi yang “sophisticated” untuk memperjuangkan Islam.

 

Pertahankanlah peribadi sufi yang kukuh pendirian, hidup berdisiplin dan boleh berada dalam kemewahan sedangkan hati sedikit pun tidak terpaut dengannya. Boleh menanggung derita tetapi jiwanya tidak keluh kesah. Maka jika kita mahu jadi orang sufi jadilah seperti mereka itu.

wassalam.