Pages

Followers

Showing posts with label HARAKI. Show all posts
Showing posts with label HARAKI. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

" University Of Tarbiah"



PAS adalah Parti Tarbiah " University Of Tarbiah" , Jika anda mendaftar sebagai ahli, silibusnya lengkap bermula dengan Usrah & Seterusnya Tamrin .Selepas itu ada Liqa Fikr disamping Ijtima' Tarbawi.Anak-anak muda berpeluang menadah kitab Tafsir Al-Hujurat secara berguru , memahami kaedah amal islami melalui Kitab "Apa Erti Saya Memeluk Islam , menjadi professional dengan mempelajari siasah Islam melalui Kitab "Tahaluf Siasi".Jika semua pelajaran ini dikatakan Sesat , agak pelik tiada pengharaman yang dibuat oleh mana2 Mufti dimana Malaysia ada Mufti bagi setiap negeri...Tiada satu pun Fatwa yang mengatakan kami Sesat!

.Dalam adab muzakarah dan debat ada kitab Khilaf Ulama’ Dalam Hukum Figh : Sebab Dan Adab-Adabnya , Oleh : Prof. Madya Mohd. Saleh Bin Haji Ahmad.PAS tidak terkecuali dengan Seni Islam apabila munculnya Tokoh Seni Islam yang tidak mendapat apa2 pengiktirafan manusia iaitu Dr Muhaimin yang banyak memberikan khidmat di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Tokoh Pendidikan yang menyerlah seperti Dr.Halimah Ali dengan Program SPIES , Generasi Idaman Selangor dengan Gerakan Anak-Anak Muda yang terlibat dalam XPDC Dakwah malam tahun baru yang banyak membentuk rakyat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.Dr.Burhanuddin Al-Helmy menjadi sejarah Gerakan yang dipenjarakan.Tokoh Pendidikan Dato' Abdullah Chik yang banyak memberi inspirasi kepada pembinaan Sekolah Pondok Moden , Ahli Perubatan Sains dan Islam Dr Haron Din , yang banyak membantu masyarakat.

Tokoh Ulama' Muda yang disegani..Ustaz Zamri yang menjadi idola anak-anak kecil se-Malaysia , Tokoh Penyatuan Islam di peringkat Antarabangsa yang tidak diiktiraf dinegara sendiri Ayahanda Ustaz Hj Abdul Hadi Awang.Tokoh Warisan Ulama' Sejak Zaman Al-Fathoni Tuan Guru Nik Aziz,Tokoh Remaja & Belia Wanita , Dr Rusni.Dan masih ramai anak-anak muda yang berlumba-lumba ingin menjadi seperti mereka.Tokoh Gerakan Amal Anak Muda , Ustaz Jamsari dan pelapisnya kini Akhi

Satu JURANG besar diantara Orang Islam dan Orang Melayu ialah Gerakan Islam dan Gerakan Melayu..ialah PENGISIANNYA..Gerakan Islam diajar untuk memahami ayat-ayat Al-Quran , Diajar untuk Qiamulai dalam setiap program , Diajar untuk memahami hadis2 , Diajar untuk beramal bukan kerana MANUSIA.Silibusnya Cukup Cantik Sekali!

Jika Anda penyokong Gerakan Islam,anda masih tidak akan tahu apa tujuan anda menyokong sebenarnya kecuali anda cuba menghadiri walau 1 program usrah dikawasan anda...Jika anda berkata anda Cintakan Jemaah Islam tetapi diri anda Jauh dengan Jemaah maka anda umpama biri-biri keseorangan yang senang menjadi sasaran Musuh-musuh Gerakan Islam.

Semua Jawapan kepada persoalan anda berada di dalam Jemaah.

Jika anda masuk kedalam Jemaah atas Asbab Manusia nescaya anda akan kecewa akhirnya...Jika anda masuk ke dalam jemaah atas tanggungjawab untuk islah diri sendiri dan hanya cintakan Allah dan ingin mempraktikkan Siasah Saiyyiduna Rasulullah S.A.W maka syaitan-syaitan akan kecewa.

Anda sibuk untuk berjamaah tetapi tidak sibuk untuk membuat kumpulan kecil untuk bergebang-Gembo, apa yang anda perlu hanyalah seorang naqib usrah.

Anda sudah masak dengan usrah dan program tarbiah,tetapi anda kecewa dengan jemaah,maka anda tanya niat anda mengapa anda duduk di dalam jemaah?

Itulah Mehnah dan Tribulasi dalam perjuangan yang akhirnnya menyatukan kita kembali apabila kita menghadapi musuh-musuh Gerakan islam.

Kini paluan Gendang Perang sedang dimainkan , Perang akan bermula sebentar lagi..Anda tidak membawa MP5 , Styer atau M-16 , Anda tidak akan dibekalkan dengan Pajero Tentera yang Mewah , anda Tiada Apache ataupun Scorpone , Anda tiada jentera JASA , anda tidak ada wakil dalam menteri dalam mana-mana kementerian , malah tiada sebutir peluru yang ada dalam kocek anda!

Apa yang anda ada?

Anda hanya ada Allah dan Sayyiduna Rasulullah S.A.W ...Anda ada Akhlak sebagai Pejuang Islam, Anda ada Anak-anak yang soleh dan solehah hasil dari kerajinan anda menghantar mereka didalam program Nisa' dan Amal , Anda ada anak yang masih belajar di mesir , Anda ada mempunyai anak yang dilantik sebagai imam masjid.Anda mempunyai warisan yang bertebaran yang sedia mati kerana Allah.

Cucu anda yang berumur 5 tahun menyanyikan lagu Amal yang dipelajari dari PASTI ataupun melalui pemerhatian beliau setiap kali ada program2 Siasah Islam.

Anak anda seorang Professional yang selalu bertanyakan soal tarbiyah, anda mempunyai abang sebagai seorang guru yang menitiberatkan soal penjagaan aurat.

Anda sebenarnya sudah berjaya walaupun sebelum perang..malah kalah dan menang itu bukan satu perkara yang penting untuk anda!

Kini Anda dimana?

Allahu Yubarik Fikum ...Wallahu'alam..





Di ambil dari BLOG INI,SILE LAWAT :D

Sunday, March 13, 2011

BAGAIMANA MAHASISWA MEMBUMIKAN GAYA POLITIK : PART 1





Menelaah buku Taktik Strategi Berpolitik Gaya Khulafa’ Ar-Rashidin karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menambah lagi maklumat mengenai gaya kepimpinan generasi unggul yang ditarbiah oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan dijanjikan syurga. Hebatnya Rasulullah saw mampu menukar identiti manusia berubah 360 darjah.
Kewafatan baginda tidak meninggalkan pengganti. Kebanyakan hadis menceritakan kelebihan individu tertentu, tidak secara tepat Nabi Muhammad menyebut siapakah pengganti selepasnya. Kenyataan ini telah dibuktikan dengan kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang telah dinukilkan sahih oleh Bukhari dan Muslim.
“ Khalifah Umar ditanya ketika beliau dalam keadaan tenat akibat cedera ditikam, supaya menamakan penggantinya. Katanya. ‘ sekiranya aku menentukan, maka orang yang lebih baik daripada ku ialah Abu Bakar yang pernah menentukannya, sekiranya aku tinggalkan kepada kamu sendiri yang menentukan, maka orang yang terbaik ialah Rasulullah yang pernah meninggalkan dengan menyerah kepada umat memilihnya.”
Pemilihan khalifah pegganti Rasulullah telah diadakan di Thaqifah Bani Saidahsejurus mengetahui kewafatan baginda. Saat itu, jasad baginda masih belum dikebumikan. Ini memberi pengertiaan yang cukup jelas bahawa Islam mementingkan aspek pemrintahan dalam sesebuah negara yakni urusan politik.
Ahli Bait mencalonkan Saidina Ali sebagai khalifah kerana mereka menegaskan ketua negara perlu daripada keluarga baginda dan banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis menyebut kelebihan dan tugas yang diserahkan kepada Saidina Ali semasa hayat baginda, Kaum Ansar mencadangkan Saad bin Ubadah atas kapasiti mereka lebih layak dipilih kerana jihad mereka bersama Rasulullah dengan penuh pengorbanan dan mereka juga penduduk asal Madinah. KaumMuhajirin juga tidak terkecuali mencalonkan Saidina Abu Bakar kerana Al-Quran dan hadis banyak menegaskan tentang kelebihan mereka dan pemimpin mesti dalam kalangan Quraisy.
Pemilihan Abu Bakar dijalankan secara mesyuarat. Setelah Abu Bakar menyampaikan pidatonya bagi menenangkan para sahabat. Beliau mencadangkan Abu Ubaidah menjadi khalifah. Namun, Abu Ubaidah dan Saidina Ali mencalonkan Saidina Abu Bakar. Pendapat masing-masing dibahaskan sehangatnya sehinggalah Saidina Abu Bakar secara rasminya menjadi Khalifah pertama selepas kewafatan baginda s.a.w.
KETOKOHAN SAIDINA ABU BAKAR
Ibnu Khaldun berpendapat:
“ Keputusan memilih Saidina Abu Bakar daripada kalangan Muhajirin Quraisy dilihat dari segi ILMU POLITIK. Ketokohan Abu Bakar difikirkan layak kerana KEMATANGANnya melebihi orang lain dan ILMU. Daripada kalangan Quraisy, beliau daripada kabilah terkuat PENGARUH nya dalam masyarakat Arab, sehingga mempunyai kehebatan menghadapi cabaran dalaman dan luaran ketika itu.”
Elemen yang dilihat oleh para sahabat bagi melayakkan Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulullah s.a.w ialah dari sudut ILMU, PENGALAMAN dan PENGARUH.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjelaskan dalam bukunya:
“ Masih terlalu awal menyerahkan jawatan yang besar ini kepada selain Abu Bakar. Kedudukannya menemani Rasulullah ketika berhijrah. Rasulullah pernah menugaskannya menjadi imam sembahyang dan tugas-tugas yang lain memberi kelebihan kepadanya menjadi orang yang paling layak bergelar Khalifah Pertama.
Dalam kalangan Ansar, mereka sendiri menghadapi masalah, akibat pertelingkahan yang mencetuskan peperangan ketika zaman jahiliah antara dua kabilah besar Aus dan Khazraj. Adalah sukar mencalonkan orang yang diterima semua pihak. Islam yang berjaya memadamkan api permusuhan dengan tidak mencetuskan pertelingkahan calon khalifah dalam kalangan Ansar sendiri.
Apabila dikhususkan kepada Ahli Bait, Islam membawa sistem mewariskan pemerintahan yang beku dalam satu keluarga. Pada masa yang sama, ia bercanggah dengan konsep mesyuarat yang ditegaskan oleh Al-Quran.”
Ilmu asas utama melayakkan seseorang menjadi pemimpin. Pemimpin jahil tidak mampu membawa sebuah organisasi jauh ke hadapan. Begitu juga, Pengalaman merupakan sebuah harta paling berharga. Tidak cukup hanya sekadar ‘alim tapi kurang pengalaman. Dengan pengalaman, mereka memahami selok belok dan kekurangan generasi terdahulu. Ilmu dan pengalaman hanya meletakkan seorang pemimpin pada tahap kedudukan rasmi. Mereka ada jawatan dan boleh bekerja tapi mereka tiada pengaruh. Kuasa Pengaruh mampu mengubah manusia. Dengan pengaruh, sebuah organisasi dirasai kewujudannya dan dihargai oleh masyarakat.
John C. Maxwell menyebut dalam bukunya The 360 degree Leader:
“ Kita mungkin dapat memberi kedudukan atau pangkat kepada seseorang, tetapi kita tidak dapat memberinya kepimpinan yang sebenar. Pengaruh perlu diperoleh dengan usaha sendiri. “
“ Pemimpin yang hebat dapat meluaskan pengaruh mereka ke peringkat yang lebih besar, jauh lebih besar daripada kedudukan mereka. Pemimpin yang lemah akan mengecilkan pengaruh mereka walaupun pangkat mereka tinggi. Kedudukan dan pangkat tidak menjadikan seseorang itu pemimpin tetapi pemimpi dapat mencipta kedudukannya.”
Amat malang bagi seseorang pemimpin, dia dikasihi oleh pekerja dek jawatan. Tamat jawatan, dia disisihkan oleh pekerja. Tiada nilai!. Jadilah pemimpin yang ditaati pekerja kerana kehormatan dan kasih sayang mereka kepada ketua bukan semata-mata disebabkan oleh kedudukan dan posisi dalam organisasi.
“PENGARUH BUKANLAH SESUATU YANG DICARI. APABILA KUALITI DIRI DIBANGUNKAN, PENGARUH DATANG SENDIRI”
> akan bersambung….

totally copy paste from Blog ini :)

Monday, January 24, 2011

Amniyah dalam menempuh jalan jihad


“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Rabbnya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun.”(Ibrahim: 24 – 26)

Maksud kalimah yang baik dalam ayat ini adalah Syahadat La iIlaaha illallah. Ada juga yang mengatakan, maksudnya adalah kata-kata yang baik. Sedangkan yang dimaksud kalimah yang buruk adalah kalimah kekafiran atau ajakan kepadanya, atau perkataan dusta, atau setiap kalimah yang tidak di redhai Allah Ta‘ala. Menyebarkan rahsia yang boleh membahayakan seseorang atau umat termasuk perkataan yang tidak di redhai Allah Ta‘ala, begitu pula setiap kata-kata yang berisi usaha untuk berbuat kerosakan, ini masuk dalam katagori kalimah yang buruk. Menyimpan rahsia dan kewaspadaan adalah sebahagian dari kecerdasan Islam mengingatkan pengikutnya agar selalu sedar dan waspada, sebagaimana disebutkan di dalam firman Allah Ta‘ala:

“Wahai orang-orang yang beriman, waspadalah kamu (berhati-hati menghadapi musuhmu).” (An-Nisa’: 71)

Dan sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah SAW:
“Orang mukmin itu cerdik dan pintar.”

Diam/ Tutup Mulut

1) Salah satu faktor kemenangan Dakwah Islam adalah: Rasulullah memulai secara diam-diam.

Ketika Saidina Ali melihat Nabi sedang solat bersama Khadijah, dia berkata:“Wahai Muhammad, apa ini?” 

“Agama Allah yang Dia pilih untuk Diri-Nya dan Dia utus para Rasul-Nya dengan membawanya. Maka aku menyerumu kepada Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan mengajakmu untuk beribadah kepada-Nya dan kufurilah Laata dan ‘Uzza.” Jawab Rasul.

Saidina Ali berkata: “Ini adalah perkara yang belum pernah kudengar sebelumnya, aku tidak akan mengambil keputusan sebelum kubicarakan dengan Abu Thalib.” –yakni ayahnya—.

Tetapi Rasul SAW tidak suka jika rahsia tentang agama ini tersebar, maka beliau berkata kepada Saidina Ali : “Ali, jika kamu tidak masuk Islam, maka rahsiakanlah hal ini.” 

Saidina Ali pun melakukan perintah Baginda, kemudian di keesokan harinya Saidina Ali datang dan menyatakan keislamannya serta merahsiakan hal itu di hadapan ayahnya, dia tidak menampakkannya.

2) Rasulullah SAW sudah menggunakan surat rahsia sebelum orang lain. Terbukti beliau pernah mengutus sepucuk surat dengan beranggotakan 12 orang Muhajirin yang dipimpin oleh Abdullah bin Jahsy Al-Asadi dalam sebuah misi pengintaian di bulan Rejab tahun 2 H. Beliau menyerahkan kepada Abdullah bin Jahsy sepucuk surat rahsia berisi perincian tugas, iaitu target sasaran, posisi pasukan dan informasi-informasi lainnya. Beliau memerintahkan agar dia tidak membuka surat tersebut sebelum ia berjalan selama dua hari.

Sejarah kehidupan Rasulullah SAW penuh dengan teknik-teknik keamanan yang terus berkembang seiring dengan semakin kerasnya ujian dan situasi di sekitarnya. Semakin situasi bertambah mencekam, perhatian terhadap masalah keamanan semakin meningkat, itulah yang mendorong pengambilan langkah yang efektif dan paling baik untuk menyikapi situasi seperti itu.

Sirah Nabawiyah dan Perkembangan Amniyahnya Yang Jauh ke Depan:

Pertama: Fasa Mekkah

1) Fase Dakwah Sembunyi-sembunyi:
Ciri khas fasa ini adalah kerahsiaan dakwah dan kerahsiaan kelompok. Ertinya, ajakan untuk memeluk “Agama Baru” (Islam) dilakukan secara rahsia. Pembagian tugas, pengaturan program dan kegiatan pun juga demikian…dilakukan secara rahsia, tidak ada yang diberitahu selain orang-orang tertentu yang bersangkutan dengan tugas. Tetapi semuanya bergerak menuju satu tujuan dan di bawah kepemimpinan seorang, iaitu Rasulullah SAW.

2) Fasa Dakwah Terang-terangan:
Ciri khas fasa ini, dakwah dilakukan secara terus terang. Akan tetapi penyertaan kelompok tetap dilakukan secara diam-diam. Jadi dakwah ilallah di tengah umat manusia, kepada para kabilah, keluarga dan sanak saudara, dilaksanakan secara terang-terangan, namun demikian penjalanan tugas dan hubungan antara pelaku dakwah tetap berlangsung secara rahsia, demikian juga tempat-tempat perkumpulan dan pertemuan darurat, program-program strategik, pemilihan orang yang bertugas berdakwah mengajak masuk Islam, semua ini tidak ada yang tahu selain pelaku dakwah yang bersangkutan.

Kedua: Fasa Hijrah

Ini adalah fasa yang singkat, keistimewaan fasa ini adalah adanya strategi keamanan ala Nabi yang sangat jitu. Di fasa ini sudah dipersiapkan terlebih dahulu dengan adanya Bai'ah Aqabah jilid satu dan dua, berlanjut dengan hijrahnya para sahabat Nabi SAW dan terakhir dengan hijrahnya Baginda sendiri bersama sahabat tercintanya Abu Bakar As-Siddiq.

Ketiga: Fasa Madinah

Iaitu fasa pembangunan sebuah negara yang baik untuk menjadi tapak yang kuat sebagai markas utama dan pusat penyebaran dakwah. Fasa ini terus berlangsung sehingga wafatnya Rasulullah SAW, bererti sekitar 10 tahun, dilengkapi dengan berbagai misi perluasan wilayah dan kemenangan-kemenangannya.

Waspada Tetap Diperintahkan Ketika Kondisi Damai, Apalagi Jika Dalam Kondisi Perang, Maka Itu Lebih Wajib Dan Lebih Penting:

“...dan hendaklah mereka bersiap sedia dan menyandang senjata. Orang-orang kafir ingin supaya kamu lengah terhadap senjatamu dan harta bendamu, lalu mereka menyerbu kamu dengan sekaligus.” (An-Nisa’: 102)

Kemudian:
“…dan siap sedialah kamu.” 

Jika kalian tidak melakukannya, maka:

“Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab yang menghinakan bagi orang-orang kafir itu.” (An-Nisa’: 102)

Memastikan Kebenaran Informasi (Data):

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”(Al-Hujurat: 6)

Termasuk sikap orang yang jujur dan dipercayai adalah memastikan kebenaran suatu informasi sebelum menjadikannya sebagai pijakan dalam mengambil sikap dan keputusan yang tepat tentangnya, supaya tidak ada penyesalan akhirnya nantinya. Penyesalan di sini menjadi salah satu akibat dari kezaliman orang lain, kezaliman itu biasanya muncul akibat sikap bodoh dan terburu-buru seseorang tanpa mengambil kesempatan sedikit pun untuk memastikan sebuah informasi dan memeriksa kebenaran pembawanya; bagaimana kejujurannya, bagaimana ketakwaan dan keperibadianya. Maka, mengapa kita tidak mengambil pelajaran, lalu melaksanakan apa yang Allah ‘Azza wa Jalla perintahkan?!

Berhati-hati Terhadap Merebaknya Berbagai Berita Dan Isu:

“Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebagian kecil saja (di antaramu).” (An-Nisa’: 83)

Maka langkah ketika banyak tersebar isu adalah: mengembalikan semua urusan kepada Ulil Amri, sebagai orang yang layak menganalisa serta menyimpulkan rahsia dan misi-misi terselindung yang ada di sebalik isu itu, setelah itu mengambil keputusan yang tepat tentangnya. Dengan cara ini, barisan Islam akan tetap terjaga keamanan dan ketenangannya, terjaga oleh akal fikiran para pemeluknya, dengan pembelaan dan iman mereka.

As-habul Kahfi: Contoh Dalam Menjaga Keselamatan: 

“Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Rabb mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.” ( Al-Kahfi: 13)

Mereka adalah para pengusung panji keimanan di hadapan kezaliman dan tirani dari orang-orang bingung yang berhukum dengan selain yang Allah turunkan. Mereka adalah para pemuda jujur yang bangkit menentang kezaliman dan penindasan, kemudian dengan kecerdasan dan kepandaian akalnya yang cemerlang mereka berhasil mengurus urusan keamanan diri mereka, agar dakwah dan iman mereka terlindungi. Lantas, apa sebenarnya yang mereka lakukan?!

“(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Rabb kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).” (Al-Kahfi: 10)

Langkah yang mereka ambil adalah berlindung ke tempat yang aman. Tapi sebelum itu, yang terpenting adalah adanya iman yang tulus kepada Allah ‘Azza wa Jalla, mengorbankan jiwa demi dakwah kepada-Nya. Maka setelah menempuh semua sarana perlindungan diri dan pengamanan, setelah menyempurnakan semua syarat tawakkal kepada Allah SWT, barulah mereka berlindung kepada-Nya: “Wahai Rabb kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).”

Setelah semua itu, dengan apa Rabb mereka yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa memberi timbal balik? Allah berfirman:

“Dan Kami meneguhkan hati mereka…” (Al-Kahfi: 14)

Maksudnya: Kami kuatkan hati mereka dengan kesabaran untuk berpisah dengan keluarga dan kampung halaman, sebab mereka melakukan apa yang mesti mereka lakukan sebatas kemampuan manusia, maka Kami membantu mereka dengan pertolongan Ilahiyah, berupa penjagaan, pemeliharaan, keamanan, kelurusan dan pertolongan!

Langkah keamanan yang mereka tempuh itu bukan muncul begitu saja. Itu muncul dari sebuah kajian dan perbincangan antara mereka, yang semua telah mengorbankan jiwanya di jalan Allah, hingga akhirnya mereka sampai pada solusi paling tepat dan keputusan yang mantap:

“Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, niscaya Rabbmu akan melimpahkan sebagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu.” (Al-Kahfi: 16)

Kerana mereka bersama Allah dan hidup untuk dakwah yang mereka tempuh, maka mereka yakin bahwa Allah lah yang akan melindungi mereka serta membutakan mata orang-orang bengis itu dan balatenteranya; “…nescaya Rabbmu akan melimpahkan sebagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu.” Jadi, hanya Allah sajalah –-sejak awal hingga akhir—yang memudahkan segala urusan, Dia lah yang menjaga dan melindungi, dengan takdir-Nya Allah memudahkan segala sesuatu di alam semesta ini.

Lalu tidurlah para pemuda itu di tempat tinggal barunya (di dalam gua) selama ratusan tahun.
“Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu.” (Al-Kahfi: 11)

Kemudian Allah SWT membangunkan mereka.. Setelah Allah bangunkan mereka, berubahkah kewaspadaan dalam diri para pemuda itu dengan berlalunya waktu selama bertahun-tahun?

“Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri…”

“Berkata (yang lain lagi): “Rabb kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah ia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorang pun.” (Al-Kahfi: 19)

Lihat, begitulah kewaspadaan, berhati-berhati dan sikap menempuh semua sarana benteng diri dengan teliti dan setajam mungkin, di saat yang sama terus mengusahakan tercapainya keamanan bagi dakwah dari serangan segala hal yang tidak diinginkan, dengan kecerdasan dan kepandaian. Keduanya adalah sifat yang harus ada pada diri siapa saja yang berjalan di atas jalan dakwah Allah SWT. Kalimah-kalimah mulia dan bukti-bukti nyata di dalam ayat itu mengambarkan dengan sangat terperinci akan sebuah kondisi keamanan yang tidak mengenal kata meremehkan dan menunda-nunda;
“…dan hendaklah ia berlaku lemah-lembut..!” 

Maksudnya, hendaknya ia melihat dengan teliti sehingga identiti dirinya tak dikenali. Setelah itu:

“…janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorang pun..!”

Maksudnya, jangan ada orang lain –siapapun dia—yang mengetahui tempatmu, kerana dia akan membongkarnya dan membongkar identiti kamu semua, setelah itu akan timbul bahaya besar. Apa bahaya besar itu?!

“Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, nescaya mereka akan melempar kamu dengan batu (merejammu)…” (Al-Kahfi: 20)

Ya…seperti itulah keadaan para thoghut yang bengis setiap zaman dan tempat.. jika mereka melihatmu, mengetahui posisimu, mengetahui keimanan dan dakwahmu, tidak ada pilihan dan cara lain bagi mereka selain membunuh:“…melempar kamu dengan batu (merejammu).” Atau, atau apa berikutnya?

“…atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian nescaya kamu tidak akan beruntung selama lamanya.” (Al-Kahfi: 20)

Itulah pilihan terakhir yang pahit: memaksa kamu kembali kepada agama dan kekafiran mereka setelah melewati waktu bertahun-tahun untuk bersabar, berjihad dan menanggung kesusahan di jalan Allah swt, dan berjalan di atas jalan dakwah yang kamu imani dan Allah beri kalian kehormatan untuk mengusung benderanya. Jika semua itu terjadi, kalian akan rugi di akhirat setelah rugi di dunia!


MOHD YUSOF HADHARI B. SAIDON -UTMKL
KETUA PENERANGAN GAMIS PUSAT

Thursday, December 23, 2010

Buat mu Pejuang


Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang
Engkau hendak perjuangkan... 



~APAKAH ENGAKU BENAR PEJUANG:QATRUNNADA


salam koreksi diri wahai pejuang ..buat diriku dan diri mu...



Tuesday, December 14, 2010

:: Dakwah ::

Bismillah.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.Alhamdulillah.Alhamdulillah.aku bersyukur pada Tuhanku yang Maha Pemurah kerana memberi kan aku oksigen secara percuma untuk aku terus hidup.Walaupun aku hambanya yang sering melakukan kesalahan....Astagfirullah..hmm..oke..aku nak kabor ke kamu semua mengenai dakwah..mungkin ade yang ingat,dakwah itu hanya untuk yang setia pergi solat jemaah di Masjid,yang berkopiah,yang berserban yang bertudung litup..sebenarnya,dakwah itu WAJIB kepada semua manusia yang mengucap لا إله إلا الله ...so,tiada alasan untuk kita berdalih..oke lah ..sebenar nya kalu nak berdakwah, kene tahu maksud dakwah dulu kan..kalu x,macamane la nak berdakwah..APAKAH itu dakwah??

Dakwah secara lughah yang berasal dari Bahasa Arab, yang bermaksud seruan, panggilan, undangan. Secara istilah, kata dakwah beerti menyeru atau mengajak manusia untuk melakukan kebaikan dan menuruti petunjuk, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang perbuatan mungkar yang dilarang oleh Allah swt dan Rasulnya saw.
Syeikh Ali Mahfuz – murid Syeikh Muhammad Abduh memberi batasan dakwah sebagai:-
“membangkitkan kesedaran manusia di atas kebaikan dan bimbingan, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar, supaya mereka beroleh keberuntungan kebahagiaan di dunia dan akhirat”
dalil dalam Al-Quran,
قُلۡ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ‌ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۟ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى‌ۖ وَسُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (YUSUF:108)
ha....itu lah maksud Dakwah.oke,dah clear?jelas??WADIHH x?? maksud nya,apa sahaja usaha kita untuk ajak org buat baik dan tinggalkan benda yang jahat. :D dakwah ni Sunnah Rasulullah.so,kalu anda rase anda seorang umat Muhammad SAW,dan inginkan syafaat @ pertolongan Baginda di hari akhirat nanti,the day of Judgement,compulsory for us to Dakwah :D .....nak berdakwah ni,xbole hentam kromo jehh..kang terbehenti di tengah jalan,kite akan cepat merasa penattt dan kalah dengan nafsu dan hasutan syaitan....syaitan ni,memg xpenah putus asa la kann..bab2 nak buat kite SESAT !!sifat syaitan laknatullah yg bole kite ikut HANYALAH 'NEVER GIVE UP' !! oke,berbalik pada tajuk..hehehhh..aku ade la dapat sikit2 tips untuk kite sebagai seorang DAIE@ penyeruu..ANTARA tips untuk kite sebagai seorang DAIE ialahhh : 
PERTAMA
---------------------------------------SENYUM----------------------------------------
kite kene senyumm !! sape la nak terima kite kalau kite masam muke?? Betul x? SEnyum itu sedekahh..ha,tgok tu,,free2 dapat pahala sedekah..kite nak ajak orang buat baik kan,kene la senyum ngan Mad'u (orang yg ingin didakwah kan) ,,kalau x..lari mad'u kite....huhuuhh...
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah

Senyum di waktu susah

Tanda ketabahan

Senyuman itu tanda keimanan

Senyumlah seperti Rasulullah

Senyumnya bersinar dengan cahaya

Senyumlah kita hanya kerana Allah

Itulah senyuman bersedekah




KEDUA


----------------------------------------MESRA----------------------------------


mesra??? kite ni kene lah mesra dengan mad'u kita...cara pendekatan kite dengan mad'u kite bagaimana??sedingin kutub utara??ataupun sesejuk musim winter di Korea?? hehehh..manusia ni,hakikat nya,diorang mahu kan kemesraan..maksud kemesraan di sini ialah di layan dengan sebaik nye,muke brutal tapi hati bak kaca..hehhehh..mudah pecah,mudah tersinggung...manusia tidak akan dapat menerima kalau kita memberikan sesuatu dengan cara yang tidak sepatutnya..contoh la kan..kamu sedang berjalan di pasar raya,dan tiba2 ade seorang perempuan barang nye terjatuh.tapi perempuan itu tidak perasan.dan anda ingin mengambil barang itu dan memberi kepada perempuan tersebut..adakah anda ingin membaling barang tersebut dari jarak 100meter atau pun berjalan dekat dengan nya dan memberi barang tersebut sambil memberi senyum paling manis pada abad ini ?? :D   cube fikirkann..lebih2 lagi kalau kite nak mintak mereka buat baik,sure kite akan seru dengan cara baik kan :D........




KETIGA


-----------------------------------IMAGINASI----------------------------------


ada apa dengan imaginasi??? senang sahaja,kamu perlu berimaginasi.. apakah impak atau kesan dakwah yang ingin kamu dapat selepas memberi dakwahh..kuasa imaginasi cukup Hebat!Subhanallah.. dengan berimaginasi,Tiger Woods berjaya menjadi pemain golf terhebat..nak tahu camane??Tiger Woods ni,abah eh da train dy sejak kecik lagi,dengan memegang kayu golf,bayangkan  lubang golf ...dy membayangkan lubang golf dannn !berjaya memasukkan bola golf walaupun jarak yang jauh..kite sebagai Daie,kene bayang ,imagine,mad'u kite ..apa yang kite mahu kan?? care ni bole menjadi semangat untuk kite terus berdakwah :D InsyaAllah ....


Mungkinkah akan berulang solat subuh ramai seperti ini???
KEEMPAT


--------------------------------baik SANGKA------------------------------------


pernah dengar DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER??itu dalam barat,dalam Islam dah lame dah cakap,jangan bersangka buruk ....Islam sememangnya TERBAIKK :D ......kite xbole assume org sama,atau lebih tepat macam aku belajar dalam Critical Thinking,Barrier of critical thinking,stereotype...manusia x same,rambut  memang same hitam,hati lain2........jangan mudah hukum seseorang tuhh..malah kite kene tahu kenape die jadi macam itu..??faktor2 nya kenape..sit to UNDERSTAND..manusia ni ade satu tempat,kalu kite pandai carik tempat yang bolehh melembutkan hati diorang,maka mudah kerja kita....masalah nye sekarang,camane kite nak tahu??kite kene la rapat ngan diorang,....kalu x,hi hi bye bye la kawan ...hehehhhh.....








ha..tulah die,,antara yang aku bole kongsi kan sidang hadirin blog ku.. :D mungkin bole membantu..InsyaALLAH....sebarang kekurangan ,mintak maaf banyak2 yer..aku hanya lah HAMBA kat dunia ni..apalah sangat nak beri ilmu yang Allah berikan pada manusia...yang ilmu itu hanya setitik dilautan luas...Allahuakbar..semoga dapat memberi peringatan dan manfaat,buat diriku dan diri mu..


-PRAY HARD,WORK SMART-

Monday, December 13, 2010

ISLAM UNTUK SEMUA !!

Bismillah.
Alhamdulillah kerana masih diberi 2 nikmat yang besar iaitu nikmat IMAN & ISLAM.hari ini,ambo xsey kecek banyok..ambo juz nak kabo ke semua senarai2 pemimpin kito ! sapo dop tahu tu,bulih pakat2 ngapa deh..hehheeh..






 1. PRESIDEN  : YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG 
 2. TIMBALAN PRESIDEN  : YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA
 3. NAIB PRESIDEN : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
 4. NAIB PRESIDEN : YB SALAHUDDIN AYUB
 5. NAIB PRESIDEN : YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
 6. KETUA DEWAN ULAMAK : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
 7. KETUA DEWAN PEMUDA : USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
 8. KETUA DEWAN MUSLIMAT : USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
 9. SETIAUSAHA AGUNG : DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
 10. BENDAHARI PAS PUSAT : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
 11. KETUA PENERANGAN PAS PUSAT : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
 12. KETUA PENGARAH PILIHANRAYA : YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN
 13. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
 14. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR
 15. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK
 16. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALI
 17. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDIN
 18. AHLI JAWATANKUASA KERJA : DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK
 19. AHLI JAWATANKUASA KERJA : MOHAMED HANIPA MAIDIN
 20. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH
 21. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALI
 22. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
 23. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR DZULKEFLY AHMAD
 24. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
 25. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
 26. AHLI JAWATANKUASA KERJA : MAZLAN ALIMAN
 27. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB
 28. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA
 29. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA
 30. AHLI JAWATANKUASA KERJA : HAJI MOHAMAD SABU
 31. AHLI JAWATANKUASA KERJA : HJ MOHD ANUAR TAHIR
 32. AHLI JAWATANKUASA KERJA : HAJI ASMUNI AWI
 33. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
 34. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD
 35. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB WAN UBAIDAH WAN OMAR
 36. AHLI JAWATANKUASA KERJA : HAJI AHMAD DOLLAH

senarai namo ni,den amik ikhlas dari ,tekan siniii ..heheh.untuk perkembangan lanjut,anda boleh lah baco yo.. :D ...last but not least,i would like to taakid that,only Islam can change the world.mari lah bersama-sama kita membangun bersama Islam.jika anda perjuangkan bangsa anda,nampaknya anda sudah lari dari sunnah Rasulullah SAW.salam koreksi diri untuk diriku dan dirimu ..



-PRAY HARD WORK SMART-