Pages

Followers

Showing posts with label Isu Sane Sini. Show all posts
Showing posts with label Isu Sane Sini. Show all posts

Friday, June 17, 2011

The Caring State 2011-2013

 Berikut senarai terkini jawatankuasa Pas Pusat dan pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri. Pas pusat juga akan bermesyuarat pada hari khamis ini bagi menyusun lujnah-lujnah dan fokus tema muktamar Pas iaitu Membangun Negara Berkebajikan.

Presiden: Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden: Haji Muhamad Sabu
Naib Presiden: YB Solehudin Ayub
Naib Presiden: Dato Husam Musa
Naib Presiden: Dato Mahfuz Omar
Setiausaha Agung: Dato Mustafa Ali
Bendahari Agung: Dato Abdul Halim Abd Rahman
Ketua Penerangan: Ust Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengarah Pilihanraya: Yb Dr Mohd Hatta Ramli
Ketua Dewan Ulama: YB Ustaz Harun Taib
Ketua Dewan Pemuda: Ust Nasharudin Hasan
Ketua Dewan Muslimat: YB Siti Zailah Mohd Yusuf
Penolong Setiausaha: YB Dato Takiyuddin Hassan
Penolong Setiausaha: YB Dr Syed Azman
Penolong Setiausaha: Ahmad Sabki Yusuf 
Ajk Pas Pusat:
Mazlan Aliman
Dato Kamarudin Jaafar
Hj Hanipa Maidin
YB Dr Dzulkifly Ahmad
YB Dr Mujahid Yusuf Rawa
YB Ir Khalid Samad
Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
YB IR Amiruddin Hamzah
YB Abdul Wahid Endut
Ustaz Abu Bakar Chik
YB Ustaz Mohd Amar Abdullah
Dr Mahfuz Muhamed
YB Dr Siti Mariah Mahmud
YB Dr Hasan Ali
Ustaz Abdul Ghani Abd Rahman
YAB Ustaz Azizan Abd Razak
Ustazah Nuridah Salleh
YB Ust Nasharudin Mat Isa
Ust Idris Ahmad
Hj Asmuni Awi
Hj Anuar Tahir
YB Hj Nizar Jamaluddin
Hj Zulkefly Omar
Abang Ahmad Kardee Masagus

Pesuruhjaya Pas Negeri
Terengganu: YB Abdul Wahid Endut (baru)
Negeri Sembilan: YB Mohd Taufek Abdul Ghani (baru)
Selangor: YB Dr Abd Rani Osman (baru)
Melaka: Adly Zahari  (baru)
Sabah: Aminuddin Salim (baru)
Kelantan: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Pahang: Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor: Dato Dr Mahfodz Mohamed
Perak: Ust Abu Bakar Husin
Kedah: Ust Azizan Abd Razak
P.Pinang: Ust Salleh Man
Perlis: Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan: Mohd Nor Mohamad
Sarawak: Adam Ahid
IHSAN: sila tekan

Thursday, May 26, 2011

Andai Sultan Melaka memerintah



Bismillah                                                                                                                                                                                           
Rahmatilah kami Ya Allah 


Menyingkap kembali sejarah, saya tertanya apakah mungkin budaya politik negara dan nasib rakyat di bawah pemerintahan seorang Raja yang mulia lagi beriman dan budiman?
Sekiranya Sultan Melaka memerintah, mungkinkah rasuah dibenarkan sehingga sebuah istana yang bermula dengan kos RM400 juta dijangka melebihi RM1 bilion? Apa pula dengan ketirisan ekonomi berjumlah RM28 bilion setahun berterusan sehingga hanya kelompok elit yang bertambah kaya manakala rakyat jelata terus melata berkais pagi makan pagi?
Kalau Sultan Melaka memerintah, mungkinkah laksamana angkatan laut akan membeli kelengkapan perang, termasuk kapal yang mampu timbul atau yang sengaja tenggelam dengan harga berpatutan tanpa komisen beratus juta ringgit kepada seorang baginda yang hanya pada nama dan bukan pada takhta?
Bagaimana pula dengan perbelanjaan negara, adakah ia secara berhemah dan bijaksana atau boros membazir tanpa penghujung? Adakah jalan keretapi akan dibina dengan harga berlipat ganda dari biasa ibarat landasan bersalut emas?
Sekiranya Sultan Melaka memerintah, adakah hulubalang dan pahlawan penjaga keamanan akan mempertahankan rakyat atau menangkap lalu dikurung dan dipukul rakyat jelata tanpa sebab dan bicara kerana memelihara kepentingan puak tertentu.
Janganlah penjaga aman cepat menahan reman rakyat yang mungkin di’Kugankan’ atau di’Aminulrasyidkan’ atau di’Beng Hockan’ atau di’Sarbanikan’ tanpa saksi, warna kulit, umur dan hayat. Adakah begitu murah dijual janji ikrar sumpah pahlawan untuk beberapa keping emas atau kepingan timah tanda gelaran disemat di dada baju?Kalau Sultan Melaka memerintah, adakah rakyat dibiarkan menanggung beban hidup melampau tanpa subsidi hasil khazanah negara yang sememangnya mencukupi jika tidak diboroskan atau dikalihkan untuk projek-projek mewah maha membazir?
Harga barang naik termasuk gula melaka tetapi subsidi korporat besar dikurangkan dengan begitu perlahan sehinggakan sang siput dinobatkan juara pertandingan lari merentas desa?
Kalau Sultan Melaka memerintah, adakah tanah jajahan Pulau Batu Putih, Blok L dan M atau sumber air mentah diserahkan tanpa sebarang suara pahlawan berteriak marah atau keris keramat dihunus berani melainkan di perhimpunan agung para lanun buat tontonan di cermin sendiri?
Sekiranya Sultan Melaka memerintah, adakah tatasusila bangsa dan agama yang mencerminkan nilai-nilai murni sejagat menjadi pencorak budaya dan amalan rakyat?
Adakah baginda sanggup melihat martabat qazaf direndahkan dengan hanya lafaz sumpah buat selindung fitnah mengorbankan syariah akibat kerenah tiga sekawan yang buta hukum tetapi celik konspirasi berbayar demi mengaut untung sementara duniawi tetapi mengecap kerugian kekal ukhrawi?
Adakah baginda akan berjuang memperkasakan perlembagaan menyejahterakan rakyat atau berdiam saja apabila lanun politik memperkosa janji kemerdekaan hak rakyat? Di manakah Sultan Melaka atau pemerintah Melayu yang akan membela rakyat secara jujur?
Itulah dia seribu kemungkinan perjalanan sejarah yang menjadi tanda tanya kerana tidak lama lagi kita rakyat semua dapat membuat pilihan menentukan masa depan negara dan mencorak sejarah kita sendiri yang lebih baik, lebih makmur dan lebih saksama di peti undi.
Itupun kalau tidak dirompak lanun politik!
Marilah kita belajar dari sejarah untuk mencipta sejarah lebih gemilang kerana sudah tiba masanya kita laksanakan reformasi politik secara berkesan dan menyeluruh.


~Nurul Izzah Anwar,HarakahDaily~


Khalifah Umar Al-Khattab berkata:


'Pemerintah tergolong dalam 4 golongan:
Pertama: pemerintah yang kuat,ia dapat ,mengawal diri nya dan juga pengawai nya. Mereka seperti seorang mujahid yg sedang berjihad di jalan Allah SWT. sedangkan pertolongan Allah SWT terbentang luas dgn penuh rahmat kepadanya.
Kedua: pemerintah yang lemah dan gagal mengawal diri nya.sedangkan pegawainya bermewah-mewahan dan bertindak sewenang-wenangnya disebabkan kelemahannya.Maka ia berada di jurang kebinasaan melainkan Allah SWT merahmatinya. (menyelamatkannya)
Ketiga: pemerintah yang dapat menguasai pegawainya,namun dirinya bermewah-mewahan.Itulah al-hutamah.
Sebagaimana sabda Rasullullah SAW;
شر الرعاة الحطمة. فهو الهالك وحده.


Maksudnya:"Pemimpin-pemimpin hutamah(satu nama daripada nama neraka,kerana ianya akan memecahkan barang yang dicampak ke dalamnya),kerana dia sedang membinasakan dirinya sendiri"
Keempat: pemerintah dan pegawainya yang bertindak sewenang-wenangnya,maka mereka semuanya akan binasa
 Al-Auza'i berkata kepada Amirul Mukminin Abu Jaafar Al-Mansur:
"Wahai Amirul Mukminin,sesungguhnya perkara yang paling susah ialah menegakkan dan menunaikan segala hak Allah SWT sedangkan yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah ketaqwaan.Sesungguhnya sesiapa yang mencari kemuliaan dengan melakukan ketaatan kepada Allah SWT,nescaya Allah SWT kan menaikkan martabatnya dan memuliakannya.Sebaliknya bagi mereka yang mencari kemuliaan dengan melakukan maksiat,penderhakaan kepada Allah SWT,nescaya Allah SWT akan menghinanya dan merendahkan kedudukannya.Inilah nasihatku kepadamu dan salam sejahtera ke atasmu."


*Buku Wasiat sebelum dirimu bergelar Ulama


Pemerintah di Malaysia berada digolongan yang mana???


sekadar renungan bersama..
Fi Amanillah-saiyidsufi-

p/s:penulis adalah seorang insan yang tidak terlepas daripada sebarang kesilapan,maaf atas segalanya..



Thursday, March 24, 2011

Anak Lelaki di belakang bapa yang berkuasa


Ada pepatah Arab yang menyebut ‘Anak lelaki adalah mereka yang berkata, inilah saya, bukan ayah saya atau datuk saya.’ Maksudnya, anak lelaki yang sebenar adalah mereka yang tampil dengan kebolehan sendiri, samada dia seorang yang berani, bijak, kaya, berpengaruh, disegani, berpangkat semuanya kerana dirinya.Bukanlah seorang anak lelaki kalau setakat dia berbangga dengan sejarah silam keluarganya samada ayahnya atau datuknya atau sesiapa sahaja. Kalau diri sendiri tak memiliki apa-apa tapi sekadar bersandar dan bergantung dengan pengaruh keluarga.


Banyak kali saya mendengar pepatah ini diucapkan oleh sahabat-sahabat sekuliah dulu dan saya amat tertarik dengan maksudnya agar kita tampil sebagai seorang individu yang hebat dan berdikari.
Krisis politik yang berlaku di beberapa Negara Arab membuka mata kita bagaimana hebatnya pengaruh seorang anak lelaki di belakang seorang bapa yang telah berpuluh tahun bertakhta di puncak kuasa sekalipun dibenci oleh rakyat sendiri.

Gamal Mubarrak
Gamal Mubarak atau nama sebenarnyaGamal Al Din Mohammed Hosni Sayed Mubarak seketika pernah menjadi sebutan kerana kekayaan dan pengaruhnya di belakang bapanya bekas Presiden, Hosni Mubarak sehingga beliaulah dikatakan individu yang dipersiapkan oleh ayahnya untuk mengambil alih kepimpinan Negara.

Usaha untuk mempersiapkan Gamal sebagai Presiden dalam pembikinan dimulakan secara serius sekitar tahun 2000. Dengan ketiadaan jawatan Naib Presiden dalam struktur pemerintahan Mesir memudahkan tumpuan media beralih kepada Gamal disamping bapanya Hosni.Walaupun berkali-kali pernah menafikan bahawa beliau bercita-cita ke puncak kuasa, tetapi dengan posisinya sebagai Timbalan Setiausaha Agong parti pemerintah NDP di samping mengetuai Komiti yang menentukan polisi parti, satu komiti terpenting dalam NDP, penafian ini sukar dipercayai oleh kebanyakkan rakyat Mesir.
Penganalisis politik meletakkan tanggungjawab bahawa kekacauan politik dan ekonomi Mesir ketika hari-hari terakhir kekuasaan Hosni adalah direncanakan dan diatur oleh Gamal dan kawan-kawan rapatnya yang berkepentingan dengan mengambil alih kedudukan penasihat politik kepada ayahnya, mengasingkan ayahnya daripada orang ramai dan beliaulah yang menulis ucapan perletakkan jawatan ayahnya mengenepikan ucapan yang telah didrafkan oleh Timbalan Presiden.

Pada 28 Februari 2011, Akhbar Egyptian Daily, Al Ahram  melaporkan satu senarai panjang akaun bank yang didakwa dimiliki oleh Gamal. Al Ahram melaporkan Ketua Pendakwaraya Mesir menerima laporan mengenai sejumlah wang luar biasa yang telah didepositkan ke dalam akaun-akaun tersebut yang diyakini milik anak lelaki bekas Presiden ini. Semua akaun milik keluarga Mubarak ini telah menerima arahan pembekuan dari Pejabat Pendakwaraya Mesir termasuklah milik Gamal dan Mahkamah Rayuan Mesir memutuskan tarikh pada 5 Mac 2011 untuk semakan semula perintah pembekuan ini tetapi dijangkakan arahan pembekuan ini akan dikekalkan.

Uday Saddam Hussein
Sebelum ini ketika menuntut di Iraq saya selalu diceritakan berkenaan anak lelaki sulong Presiden Saddam Hussein dan isteri pertamanya Sajida Tulfah,Uday Saddam Hussein al-Tikriti. Dilahirkan 18 Jun 1964 ketika bapanya sedang dipenjarakan. Asalnya beliau dilihat sebagai bakal penganti bapanya, tetapi perlakuan buruk, salah laku seks, perlakuan jenayah serta hubungan renggangnya dengan adik beradik yang lain meminggirkannya dari peranan penting Negara.

Uday menamatkan pengajian peringkat menengah dengan markah tertinggi luar biasa yang tak pernah dicapai oleh sesiapa, 100 % dari kesemua 6 subjek! Realitinya, guru yang mengajar diarahkan mengurniakan markah istimewa kerana beliau anak Presiden dengan markah penuh bagi semua subjek sekalipun Uday menghantar kertas jawapan kosong dalam peperiksaan!

Memasuki Kuliah Perubatan, Universiti Baghdad tetapi Uday hanya belajar di kuliah tersebut selama 3 hari sebelum bertukar ke Kuliah Kejuruteraan, Universiti Baghdad.Saya sangat pasti ramai di kalangan pensyarah yang menarik nafas lega dengan pemergian Uday. Semasa di kuliah Pergigian, Universiti Baghdad dahulu, antara teman sekelas saya adalah anak lelaki Tariq Aziz, bekas Perdana Menteri Iraq dan bekas Menteri Luar Iraq. Saya dapat rasakan bagaimana ketatnya kawalan keselamatan untuk seorang anak Perdana Menteri, apatah lagi untuk Uday, anak seorang Presiden.

Di Kuliah Kejuruteraan, sebagaimana dijangka, sekali lagi beliau berjaya menamatkan pengajian dan muncul sebagai pelajar terbaik dari seramai 76 pelajar di kelasnya! Tentu sekali kedudukannya sebagai anak lelaki Presiden mewajibkan pensyarah mengurniakan markah penuh kepadanya sekalipun beliau lebih banyak ponteng dari hadir ke kuliah!

Tahun 1988, ketika penganjuran satu parti yang dihoskan oleh Suzanne Mubarak, isteri bekas Presiden Hosni Mubarak, Uday terlibat dalam jenayah besar pertamanya, membunuh pembantu peribadi bapanya merangkap tukang rasa makanan (food tester) Kamel Hana Gogeo. Ada dakwaan yang mengatakan, ia adalah arahan ibunya Sajida Tulfah kerana Gogeo bertanggungjawab memperkenalkan seorang wanita bernama Samira Shahbanbar kepada bapanya yang akhirnya menjadi isteri kedua Saddam. Bagi Uday, hadirnya Samira dalam keluarganya telah merampas hak ibunya.

Ekoran pembunuhan ini, Uday telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun.Tetapi atas permintaan peribadi Raja Hussein Jordan, Uday telah diampunkan oleh Saddam hanya setelah 3 bulan sahaja menjalani hukuman penjara. Kemudian Uday dihantar ke Switzerland sebagai pembantu duta Iraq di Swiss. Ekoran satu perlakuan jenayah yang dilakukan apabila Uday menikam seorang rakyat Swiss di sebuah restoren, beliau telah dihalau keluar oleh kerajaan Swiss. Jenayah kedua Uday.

Berkahwin dengan anak perempuan Izzat Ibrahim Ad Douri, Naib Presiden Iraq yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Revolusi Iraq. Isteri beliau kemudiannya diceraikan.

Memiliki dan menguasai akhbar harian Iraq, Babel dan saluran stesyen TV tempatan, As Shabab TV serta memegang tugas sebagai Presiden Majlis Olimpik Iraq dan Presiden Persatuan Bolasepak Iraq, Uday kelihatan begitu berkuasa tanpa dapat dibantah oleh sesiapa.

Selaku Presiden Majlis Olimpik Iraq dan Presiden Persatuan Bolasepak Iraq, sebuah Negara dengan rakyat yang sangat fanatik terhadap sukan bolasepak, Uday meletakkan sasaran wajib menang apabila pasukan bolanya atau atlit Iraq beraksi .

Kekalahan bermakna mereka akan dihukum dan didera, kepala akan dibotakkan. Atlit-atlit yang gagal untuk menang akan dirotan di tapak kaki, lokasi yang mendatangkan kesakitan yang ekstrem tetapi tidak meninggalkan bekas. Uday akan memberikan arahan bertulis tentang berapa kali bilangan rotan yang sepatutnya diterima oleh seorang atlit berdasarkan tahap kegagalan mereka. Atlit-atlit yang gagal akandipanggil dengan panggilan monyet dan anjing, suatu penghinaan yang amat memalukan bagi orang-orang Arab.

Kegagalan memasuki pusingan akhir Piala Dunia 1994 menyebabkan sebahagian pemain dipenjarakan dan dipaksa menyepak bola yang dibuat daripada konkrit! Kekalahan 4-1 di tangan Jepun ketika pusingan akhir Piala Asia 2000 di Labenon ternyata menjadi petaka buat penjaga gol, Hashim Hassan, pemain pertahanan, Abdel Jabbar dan penyerang, Qahtan Chatir apabila mereka dipersalahkan dan diseksa selama 3 hari oleh pengawal-pengawal Uday.

Selalu juga diceritakan bagaimana gadis-gadis Iraq ramai yang dilarikan untuk menjadi mangsa kebuasan nafsu Uday, tanpa pernah diadili. Ada yang akhirnya membunuh diri atau dibunuh keluarga sendiri untuk menutup aib. Dalam satu tragedi sadis, seorang wanita muda yang sedang berjalan bersama suaminya diganggu Uday dan diajak untuk melakukan hubungan seks di mana Uday menghina suami wanita tersebut sebagai anjing yang tidak memiliki apa-apa, sedangkan dirinya seorang lelaki hebat, beruniform tentera, memiliki harta dan kekuasaan. Apabila wanita tersebut enggan, Uday mengarahkan pengawalnya menangkap wanita tersebut, suaminya yang cubamempertahankan isterinya dibelasah teruk oleh pengawal-pengawal peribadi Uday. Wanita tersebut dirogol dan dibunuh, suaminya juga dijatuhkan hukuman bunuh atas tuduhan cuba mencederakan anak lelaki Presiden dan menentang kepimpinan Saddam.

Antara kegemaran pelik Uday adalah memelihara binatang buas seperti singa, cheetah dan harimau di rumahnya. Singa selalunya menjadi lambang kegagahan dan keberanian sehingga ada yang menamakan anak lelaki mereka dengan nama  ‘Haidar’bermakna anak singa.

Uday Saddam pernah membelasah sehingga tidak sedarkan diri seorang pegawai tenteranya yang enggan membenarkan beliau menari bersama isterinya. Pegawai tentera tersebut akhirnya meninggal dunia di hospital. Ada anggota tentera yang tidak memberikan tabik hormat kepadanya juga ada yang ditembak mati.

Bertongkat keluar dari hospital setelah terselamat cubaan bunuh
Satu tragedi hitam telah berlaku sekitar Disember tahun 1996 di Wilayah Mansour, Baghdad ketika beliau sedang memandu Porsche di mana satu serangan hendap bertujuan membunuh Uday berlaku. 8 butir peluru yang singgah di tubuhnya menyebabkan kecederaan parah kepada anak lelaki sulong Saddam ini sehingga memaksa satu pasukan pakar bedah diterbangkan dari Francis ke Hospital Ibnu Sina, Baghdad untuk berusaha menyelamatkan nyawa beliau. Jangkaan awal beliau akan lumpuh. Beberapa pembedahan berulang kali dilakukan untuk mengeluarkan peluru tetapi satu peluru masih melekat di tulang belakangnya yang terlalu hampir dengan saraf tunjang dan tidak dapat dikeluarkan. Beliau pulih walaupun terpaksa bertongkat.

Rumah lokasi terakhir Uday menghirup udara dunia
Wajah Uday setelah terbunuh
Terselamat dalam serangan pertama dan setelah melalui pelbagai episod hitam dalam hidupnya, tanggal 22 Julai 2003 adalah hari terakhir Uday melihat matahari apabila beliau terbunuh dalam serangan hendap anggota marin US di sebuah rumah yang terletak di daerah Mousul, bahagian utara Iraq.
Saif Islam Gaddafi
  
Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Islam Muammar al-Gaddafi yang tegar memberikan amaran bahawa bumi Libya akan digenangi dengan darah para penentang ayahnya sekiranya mereka terus berdegil untuk meneruskan demonstrasi menentang kepimpinan ayahnya yang telah 42 tahun berkuasa.  

Seorang jurutera berkelulusan Al Fateh University, Tripoli. Ijazah PhD beliau dari London School of Economic (LSE) pada 2008  menjadi pertikaian ekoran ada dakwaan ‘plagiarism’ pada thesis PhD beliau. Plagiarism didefinisikan sebagai ‘The practice of taking someone else's work or ideas and passing them off as one's own’ (mengambil hasil kerja atau idea orang lain kemudian mendakwanya sebagai milik sendiri). Ekoran dakwaan ini, LSE berhadapan dengan tekanan untuk menarik balik penganugerahan ijazah tersebut.

Beliau merupakan anak lelaki kedua Gaddafi. Ibunya isteri kedua Gaddafi, Safia Farkash. Saif pernah menjalinkan hubungan romantik pada 2006 dengan artis Israel, Orly Weinermen.
Gaya hidup mewahnya ketara apabila pernah menganjurkan parti sambutan hari lahir ke 37 pada 2009 Montenegro dengan tetamu kenamaan seperti Prince Albert of Monaco, Peter Munk dan Oleg Deripaska. Parti yang sama pernah dianjurkan di St Tropez dan Monaco.

Saif adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Libya bagi Pengawalan Dadah dan Narkotik serta mengasaskan Yayasan Kebajikan Antarabangsa Gaddafi yang pernah terlibat dalam misi pembebasan tebusan dan perbicaraan kes jururawat asing yang dituduh terlibat dalam penyebaran HIV di Libya. Kerap kali mewakili bapanya dalam beberapa misi diplomatic dan hubungan awam sehingga kelihatan beliaulah yang dipersiapkan sebagai peneraju Negara seterusnya walaupun beberapa kali menafikannya.

Dalam interview dengan agensi berita ABC News, dengan kerasnya beliau menafikan bahawa bapanya membunuh orang awam sambil memberikan amaran bahawa protes yang membawa kepada perang saudara ini akan mengakibatkan tiada lagi perdagangan, tiada minyak dan Negara akan diambil alih oleh orang asing. Beliau juga mendakwa bahawa Libya sebenarnya masih ‘aman’ dan seluruh rakyat sayang dan cintakan bapanya Gaddafi sambil menyalahkan Al Jazeera, BBC News dan Al Arabiya atas laporan putar belit dan tidak mengambarkan situasi sebenar di Libya.