Pages

Followers

Friday, August 16, 2013

Saudara dan Anak Muda



Wahai anak muda!

Tidakkah kau perhatikan apa yang berlaku di sekeliling mu.
Saudara seISLAM mu dibunuh merata-rata tanpa perikemanusiaan.
Tidakkah kau berfikir?
Apa yang terjadi ini daripada izin Allah.
Ya, Allah telah mengizinkannya.
Untuk kau menyaksikan.
Apa yang telah dilakukan kepada para Nabi dan Rasul terdahulu dan pengikut mereka.
Seruan dan tujuan mereka hanyalah ALLAH.
Namun,siksaan dan ujian yang datang tidak dapat kau terjemahkan dengan akal fikiran mu.
Amat dahsyat.
Amat zalim.

Tidakkah kau perhatikan?
Bagaimana saudara mu di Syria.
Dipaksa mengaku bahawa Basyar itu Tuhan.
Apakah kau lupa?
Bagaimana Bilal bin Rabbah yang diseksa hanya kerana mengucap ALLAH MAHA ESA?

Tidakkah kau perhatikan saudara mu di Mesir?
Ketika Presiden Mursi ingin menegakkan hukum Allah,
Beliau dipenjara, pengikutnya diseksa.
Apakah kau lupa,
Bahawa Junjungan besar Nabi Muhammad SAW ketika di Mekah,
Diseksa hingga berdarah di kepala,
Para Sahabat Radiallahu anhum ajmain ada yang dibunuh,di jemur di tengah panas terik padang pasir.

Tidakkah kau perhatikan?
Berulang episod yang telah Allah catatkan di kitab Nya Al-Quran Al-Karim.
Semuanya telah di izinkan Allah.
Untuk mu anak muda.
Untuk kau perhatikan.
Untuk kau tahu,
Bahawa menegakkan ISLAM bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah.
Kalimah itu perlu kau perjuangkan.

Sekarang.
Apa yang ingin kau lakukan anak muda?
Terus leka dalam dunia mu yang di reka penjajah?
Atau kau ingin tersenarai sebagai pembela agama.
Pilihan ada di hati mu.

Hidup mulia,
Mati syahid.