Pages

Followers

Monday, December 30, 2013

Hapuskan Qarun dan hidupkan Ulul Albab



Islam bersifat progresif dan dinamik yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pelengkap indahnya suatu kehidupan. Pelbagai kisah yang disebutkan dalam Al-Quran sangat relevan dijadikan sandaran untuk diteliti dan difahami oleh setiap manusia bagi menghadapi dunia global akhir zaman.

“ Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). “ ( Al-Qasas : 76 )

Allah SWT telah menyebut perihal Qarun di dalam Kitab-Nya untuk menjadi cerminiktibar buat penguasa yang memegang tampuk kerajaan. Qarun merupakan umat di zaman Musa Alaihissalam yang telah dianugerahkan Allah oleh ilmu yang banyak dan kekayaan luar biasa. Malang sekali, beliau gagal untuk mengawal nafsu mengumpul harta malah menindas dan memeras kaumnya sendiri sehingga membiarkan mereka hidup melarat. Beliau mendakwa kekayaannya adalah hasil kemahirannya sendiri, tetapi sebenarnya ia diperolehi secara zalim dengan memeras dan merampas hak bangsanya sendiri.

Realiti kisah ini sedikit sebanyak telah menunjukkan bahawa wujudnya kelahiran Qarun di negara kita, yakni Malaysia. Pemimpin yang dianugerahi pelbagai kuasa dan harta namun bersikap sombong terhadap nikmat yang diberi. Hidup rakyat marhaen pula semakin ditindas berikutan kenaikan harga yang melampau oleh pihak kerajaan. Malah, lebih mengecewakan tatkala rakyat hanya diminta untuk terus redha dan bersabar atas apa yang terjadi.

Para menteri kabinet beranggapan bahawa kenaikan harga merupakan satu usaha untuk mengimbangi masalah ekonomi dan deficit yang melanda. Namun mereka harus sedar bahawa masalah yang terjadi adalah hasil daripada sikap tidak cermat pihak kerajaan dalam menguruskan perbelanjaan negara lantas menyebabkan pembaziran yang tidak munasabah. Laporan audit yang dilaporkan sepanjang pemerintahan kerajaan BN jelas membuktikan bahawa masalah yang timbul adalah berakar dari kecuaian pengurusan kerajaan itu sendiri. Kesannya, kelemahan pihak kerajaan ini telah mengheret rakyat dengan bebanan kenaikan harga dan cukai yang bakal dijalankan tahun depan.

Kos hidup yang semakin tinggi terutama di kawasan Bandar menyebabkan rakyat sudah tidak mampu untuk bertahan malah dilihat seiring dengan meningkatnya kes jenayah. Kes curi,rompak dan bunuh yang berlaku tidak boleh dipandang enteng oleh pihak kerajaan. Boleh jadi, hal ini bersangkut paut akan rakyat yang tidak mampu untuk membeli barang keperluan asas lantas menyebabkan mereka bertindak sedemikian sebagai jalan pintas untuk mengatasi desakan hidup.

Maka, kerajaan sama sekali tidak boleh menyalahkan serta menuding jari kepada jenayah yang sedang berleluasa kerana ia adalah hasil kelemahan kerajaan memberikan cara hidup yang terbaik kepada rakyat. Subsidi dan pemberian BRIM bukanlah satu solusi bijak bagi jangka masa panjang. Kemelut ekonomi dan kenaikan harga ini tetap akan berterusan jika pihak kerajaan sendiri tidak mula membanteras pembaziran dan salah guna wang yang berlaku dalam Kementerian Kabinet serta Badan-badan kerajaan.

5 tuntutan syariat Islam

Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah adalah jalan keluar terbaik untuk mengatasi segala masalah yang akan terus memberi petunjuk kepada umat manusia untuk mengecapi keadilan yang mutlak. Kepentingan Syariat Islam yang memelihara lima asas hidup iaitu, agama, akal, nyawa, harta dan keturunan adalah solusi percuma yang diberi Allah bagi setiap manusia untuk dihayati serta diaplikasi dari segenap lapisan masyarakat dan bangsa.

“ Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). “ (Al-Maidah : 48 )

Keberkesanan aplikasi syariat Islam jelas terpampang di depan mata apabila negara jiran, Brunei sudah berjaya mengurangkan kadar kes jenayah berikutan pengumuman bahawa hukuman hudud akan dijalankan, Walhal ketika itu, hukuman hudud belum dikuatkuasakan lagi. Malah, Allah mencampakkan rezekiNya yang tidak terduga dengan penemuan enam lombong minyak di sana. Hal ini jelas ingin memberi klu kepada pihak kerajaan agar tidak berfikir lama untuk mengambil solusi yang jelas tersedia dalam melahirkan Malaysia kea rah yang lebih baik serta sentiasa mendapat pengampunan dari Allah Subhanahu Wa Taala.


Ulul Albab pembunuh Taghut

“ Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. “ ( Al-Baqarah : 269 )

Ulul Albab merupakan golongan manusia yang telah dipilih Allah dan diberi Ilmu yang selayaknya untuk memakmurkan bumi. Golongan Ulama, akademik, mahasiswa seharusnya menyedari bahawa mereka berperanan menjadi neraca penimbang bagi pemerintah. Ulul Albab perlu menjadi rakyat seperti dalam kisah Qarun yang menegur kesombongan Qarun dalam menguruskan harta.

Isu kenaikan harga serta kesusahan rakyat marhaen yang melanda ini harus menjadi fokus utama para ulul albab. Mereka seharusnya lantang menegur dan memberi solusi kepada para pemerintah supaya tangkas dalam mengatasi masalah rakyat. Para Ulul Albab tidak boleh bersikap membodek atau menjaga periuk nasi andai melihat kekurangan pemerintah yang terang-terangan menindas nasib rakyatnya sendiri. Sikap berdiam diri  ini bisa membuatkan rakyat marhaen bertindak melakukan kerosakan kerana tidak dipandu oleh mereka yang mursyid dalam mengatur kehidupan.

Justeru itu, saya menyeru kepada para Ulul Albab untuk menghapuskan segala bentuk kezaliman yang berlaku dengan menggunakan jalur akademik masing-masing dan bersama-sama merasai kesusahan rakyat marhaen. Kerana ulul albab juga seorang rakyat. Keluarlah dari kelambu kesenangan dan lontarkan segala kebijaksaan untuk menyelesaikan masalah rakyat

Dan saya sebagai mahasiswa melihat Gerakan Turun Kos Sara Hidup – TURUN adalah satu platform yang terbaik untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap apa yang berlaku.
Tiada apa yang perlu ditakutkan kerana kita bersama rakyat untuk kemaslahatan bersama. Moga usaha ini menunjukkan para ulul albab mendekati dan memahami masyarakat dalam mengatasi masalah yang dihadapi.

Selamat tahun baru 2014, jumpa di Dataran   Merdeka.



*kredit to my editor Siti Hazirah Zaini



Sunday, November 24, 2013

Hijau Putih Hati



Dipapah menaiki tangga,
Disorong kau duduk atas kerusi roda,
Lurus pandanganmu,
Melihat masa depan ummah,
Yang berat tergalas dibahu mu,
Namun keluhmu tidak ku dengar,
Dek kerana kuatnya amalmu,
Andai Palestin berbangga dengan Assyahid Ahmad Yasin,
Maka aku berbangga kerana mempunyai mu,
Allahummahfaz murobbina alfadhil ustaz harun taib wa man tabiahu..

Dari kerumunan pemuda gagah,
Ku lihat satu jasad berbaju putih,
Kemas terikat serban di kepala,
Perlahan langkahnya dibantu tongkat,
Namun deras hati penuh keazaman,
Demi Illahi, segala derita menjadi nikmat,
Allahummahfaz murobbina wa ulamaina tuan guru nik abdul aziz nik mat..

Mampir laju turun,
Menghampiri sahabat nya yang bertongkat,
Penuh mahabbah dan ukhwah fillah,
Dicium dahi tanda rindu,
Mata yang melihat sayu,
Menahan sebak dua murobbi perjuangan,
Masa hanya untuk ummah,
Allahummahfaz murobbina wa amiruna tuan guru haji abdul hadi awang..

Hijau putih lapangan berkumpul,
Pelbagai hati pelbagai situasi,
Barisan hadapan pimpinan jemaah,
Sibuk fikirannya memikirkan maslahah,
Meski uban kian bercambah,
Meski urat kian menimbul,
Meski umur kian bertambah,
Kerana janji yang terindah,
Dilupakan semua gundah,
Menuntut satu kepastian dari Robbul izzah,
Iaitu Jannah

10.25am
Sabtu
Stadium Malawati


Tuesday, October 1, 2013

gelap



hati yang gelap itu mencari
titik cahaya,
namun tidak ke temu.
apakah akan berterusan hingga ke akhirnya?

mungkin perlu diminta hati yang baru,
kerana ubatnya tidak mampu menyembuh.

pembawa yang berdosa,
meniti mencari kasih,
dari yang maha pengasih,

dalam relung hati yang berduka,
masih mengharap satu harapan,
agar kembali gembira,
dalam dunia umpama penjara.

tersenyum dia percaya,
akan kekasihnya si pencipta,
yang maha agung,
lagi maha bijaksana.

tuhan,
sambutlah cinta ini,
hamba kosongkan hati ini untuk Mu,
juga muhammad yang mulia.





Monday, September 30, 2013

pertemuan yang mengasyikkan!

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah ala kulli hal.
Allahumma solli ala Muhammad wa ala alihi sohbihi wassallim.

28 September 2013. Merupakan satu pertemuan yang tidak mungkin ku lupa. Bertemu dengan seorang guru yang alim. Sangat menyentuh kata-kata nya. Jua taujihatnya buat abnaul harakah. Sungguh, hingga saat ini aku rindu dan terngiang-ngiang segala mutiara yang dikeluarkan.

Al-Fadhil Tuan Guru Zulkifli Ismail.

Mungkin beliau tidak mahu dipanggil Tuan Guru, tapi bagi ku, ilmunya jua sudah layak dipanggil dengan gelaran sedemikian. Beliau bukan sahaja seorang yang sentiasa mendampingi ulama tasawwuf, malah beliau juga seorang ulama haraki. Iaitu beraksi di medan dakwah dengan matlamat tertinggi iaitu menegakkan Islam di Malaysia dan alam seluruhnya. 

Dalam daurah seharian bersama Tuan guru, banyak yang aku dapati malah menyedarkan akan kelemahan dan kekurangan aku dalam menguruskan perihal diri dan ummah. Al-Fadhil Ustaz membedah buku Al-Mauziah Al-Hasanah lil Murobbitin fi amri lil dakwah illah. Peringatan yang baik buat mereka yang mengikat diri dalam dakwah kepada Allah.

Antara yang dapat aku kongsikan adalah, di dalam Al-Quran menyebut bahawa, ' tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah (Ku) '
MenyembahKu atau Ubudiyyah kepada Allah itu menghasilkan Sidqul Iman, berpegang dengan ilmu dan beramal dengan pedoman yang baik. 
Sidqul Iman itu pula bermaksud dengan mencintai Allah, mencintai RasulNya Sallallahu alaihi wassallam dan mencintai jihad dijalanNya.

Mencintai Allah dapat ditunjukkan dengan mengetahui sifatNya, Asma Nya dan mengakui nikmatnNya yang teragung. Jua dengan membaca Al-Kitab yang diturunkan kepada hambaNya Sallallahu alaihi wassallam. Jua dengan menjauhi segala pekerjaan yang membuatNya murka dan mengamalkan apa yang telah diredha Nya.
Mencintai Rasul Sallallahu alaihi wasallam adalah dengan mengetahui sirah hidup Baginda Sallallahu alaihi wasallam, kesempurnaan Baginda Sallallahu alaihi wasallam, keistimewaan Baginda Sallallahu alaihi wasallam, mengikuti sunnah Baginda Sallallahu alaihi wasallam, jua dengan mencintai Ahli keluarga Baginda Sallallahu alaihi wasallam, memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Sallallahu alaihi wasallam.

Yang kedua pula Ubudiyyah itu adalah dengan berpegang dan bertafaqquh dengan ilmu. Cara yang sempurna untuk itu adalah dengan bertalaqqi ilmu bersama guru-guru yang rabbani, memperbanyakkan tadabbur makna Al-Quran, jua menjaga waktu dengan perkara ibadah dan ketaatan. Rasul Sallallahu alaihi wasallam berkata, ' Sesungguhnya ilmu itu adalah dengan belajar ' - perlukan guru untuk mengajar. Perkara yang paling bahaya adalah dengan mengambil ilmu dari ulama dunia. Ulama dunia itu adalah pada mereka tiada perkara haq yang perlu kita ikut. Seperti firman Allah Subhanahu wa taala di dalam surah Al-Jumuah,

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
 
Nauzubillahu min zaalik. Hendaklah kita mengikuti ulama akhirat. Yang mana menunjukkan kita kepada Allah dan Rasul Sallallahu alaihi wasallam. Di dalam berpegang kepada ilmu jua hendak kita menjauhi dalam perkara berlebih dalam memberi nasihat, melazimi tawadu' dan mengetahui kadar ilmu kita. dan Allah sentiasa merahmati mereka yang mengetahui kadar ilmu nya. Mengetahui kadar ilmu ini supaya dapat menjauhi kita dari takabbur dan di pengaruhi kejahilan. 

Di antara ilmu yang perlu dipelajari adalah ilmu quran wa suunah, ilmu aqidah, fiqh, tasawwuf, usul fiqh, bahasa arab, sirah, fiqh dakwah, ilmu aliran semasa dan yang lama. Kita perlu mempelajari nya juaga mengetahuinya dan khususnya kepada para pemimpin murobitun dalam pekerjaan dakwah kepada Allah. 

Yang terakhir adalah beramal dengan pedoman yang baik.
Iaitu adalah dengan  mengikuti ilmu para ulama yang bertaqwa. Setiap ulama itu pakar dalam bidang masing-masing dan tersendiri. Dan hendaklah kita merujuk mereka melalui kepakaran mereka mengikut situasi yang sesuai dan tertentu. Juga hendaklah kita ikuti para ulama atas ilmu nya, juga kejujuran mereka dalam menyampaikan ilmu, bukan kepada gelaran mereka, jua kemahsyuran mereka.
Dan hendaklah kita mengetahui keperluan dan kepentingan sesuatu apa yang telah di suruh Allah. Melebihkan dahulu perkara wajib dari perkara sunat, dan seterusnya.dan nasihat terakhir dari Tuan Guru Zulkifli adalah hendaklah kita meribatkan diri dengan perkara dakwah kepada Allah dan menunjukkan sifat siddiq. Ikhlas dalam apa yang didakwah kan.Bersifat dengan akhlak yang lembut dan belas kasihan sesama manusia dan bersabar dan berhikmah dalam dakwah. Sesunggunya orang yang bijak adalah mereka yang tahu kebaikan diantara dua kebaikan..

Sedikit sebanyak yang dapat dikongsi dari mutiara yang dapat dari Al-Fadhil Ustaz. Moga bermanfaat kepada diriku dan mereka yang membaca.
Wallahu'alam.

Thursday, September 26, 2013

patah tumbuh, susah dikau ku cari


Bismillah,

sayu. sebak. sedih. 3 perkataan yang berlegar dan bermain difikiran dan perasaan aku waktu ini. Sungguh aku tidak mengenali beliau secara rapat. Namun, kehilangan satu mata dari rantai perjuangan ini membuatkan aku sedih. Benar, kematian itu pasti. Dan setiap amalan akan dihisab dan dipersembahkan kepada Allah subhanahu wa taala ketika kembali menemui Nya.

26 September 2013, jam 11 pagi. Telah sampai berita kematian Ustaz Azizan, bekas Menteri Besar Kedah. Moga Allah menempatkan beliau bersama para syuhada dan solihin. In sya Allah.


Kematian itu pasti.

Dalam sibuk kita menguruskan hal-hal dunia, berpencak di medan tarbiyah, siyasah dan dakwah, sama-sama kita meneliti adakah ia semakin mendekatkan kita pada Allah atau menambahkan ujub dan segala penyakit hati. Kematian adalah sebaik-baik peringatan buat mukmin agar selalu memperbaharui niat dan membersihkan hati dan amal dari segala maksiat kepada Allah subhanahu wa taala. Sesungguhnya, tiap amal itu bermula dari niat.

Sayu hati melihat gambar ini. Meskipun bukan anak jati Kedah dan hanya berjumpa sekali Ustaz Azizan, namun rabitah hati dari Illahi tetap menghantar perasaan sayu dan sedih kepada sebuah kehilangan permata dakwah.

Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Ustaz Azizan.
Selamat menunggu janji dari Allah subhanahu wa taala.

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. [ Al-Ahzab:23 ]

moga kita bertemu di sana Ustaz!






Sunday, September 22, 2013

Mengharapkan pembalasan bukan debu bertebangan



Bismillahirrahmanirrahim.

Pening kepala. Baca buku Fiqh Addaulah karangan Syeikh Yusuf Qardawi. Walaupun baru masuk bab pertama. Kepala aku dah berpusing dan berulang kali aku membaca isi nya. Dari muqaddimah dan bab pertama iaitu Kedudukan Daulah menurut perspektif Islam. Mungkin point utama dalam bab ini sekadar pengenalan seperti dalil dari Al-Quran dan hadis mengenai daulah atau persoalan sekitar kewajiban daulah Islam. Ada dalam Al-Quran atau tidak. Sejarah dan sirah dari hayat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam. Bersangkut dan berkaitan sejarah penegakan Darul Islam yang pertama iaitu Madinatul Munawwarah.Kemudian beralih kepada point samaada kita memerlukan daulah ISLAM  dan pandangan masa hadapan mengenai Daulah Islam.

 Fuh. Tapi, yang berlegar dalam kepala aku sekarang ini adalah sesuatu yang remeh. kot? iaitu Takrif sebenar ISLAM, DAULAH dan Al-Quran wal As-Sunnah An-Nabawiyah As-Sohihah. Pada tahun pertama di Gombak, kami sudah berusrah Risalah Taalim karangan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, Yang di dalam nya terkandung 20 Usul. dan Usul pertama adalah mengenai takrif yang a'miq (mendalam) mengenai Islam. As-Syahid membahagikan pengertian Islam kepada 5 bahagian, iaitu Islam adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan umat, akhlak dan kekuatan atau rahmah dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan kekayaan atau hasil usaha dan kecukupan, dan jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Sungguh teliti dan mendalam apa yang telah dibahaskan Imam Hasan Al-Banna mengenai takrif ISLAM. Aku juga merujuk karangan Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang, Islam : Fikrah, Harakah dan Daulah. Tuan Guru membahagikan takrif Islam kepada 5  makna. Iaitu, seperti yang tertulis di Hadis ke 2 dari hadis 40 mengenai rukun Islam. Islam juga bermakna tunduk dan menyerah diri. yang ketiga, Islam didefiniskan kepada way of life, ataupun cara hidup manusia di muka bumi. keempat, Islam adalah kumpulan peraturan yang terdiri daripada aqidah, ibadah,muamalat dan sebagainya. Segala peraturan yang mengatur kehidupan manusia adalah ISLAM. dan terakhir, Islam adalah pedoman dan petunjuk manusia yang aku definisikan sebagai satu jalan untuk manusia memperbaiki diri dan masyarakat sekeliling. 

dan makna islam dan agama juga telah dibahaskan oleh pelbagai lapisan ulama dan cendiakawan yang terdiri daripada ulama Islam dan orientalis barat. dan sekarang aku sedang cuba memahamkan pengertian Islam yang diberikan oleh Imam Hasan Al-Banna. 

Mungkin korang semua pelik dan tak tau apa kaitan tajuk dan point aku tulis. haha. aku pun tak tau. saja nak share kot? dan nak bagi aku ingat apa yang dah baca. tapi yang pasti, aku mengharapkan, segala yang aku buat, bukanlah menjadi debu bertebangan. yang bermaksud, aku inginkan di ikhlaskan hati aku dalam mengerjakan amal. sebelum, semasa dan selepas. kerana setiap pembacaan aku bukanlah untuk diri sendiri, tapi untuk aku berikan kepada makhluk Allah yang lain. dan dengan perkongsian ini tidak lain tidak bukan aku harapkan hanya untuk Allah aku membuat nya. Allahumma AAmiiin. Allahumma AAmiiin. 
Allahumma AAmiiin. 

oklah kawan, dalam mengejar kejayaan dan kecemerlangan dalam memperbaiki diri, jangan lupa niat kan hanya kerana Allah. kerana apa aku menegaskan? kerana apabila kau bertemu Allah di langit yang tertinggi, segalanya akan tertolak jika kau meletakkan selain dari Nya. Jangan sekali kau bermain-main dengan ikhlas dan niat. Mungkin kau fikir ia hanya perkara kecil. Namun ingatlah, ia amat besar di sisi Rabb mu.

Wallahu'alam.




Friday, August 16, 2013

Saudara dan Anak Muda



Wahai anak muda!

Tidakkah kau perhatikan apa yang berlaku di sekeliling mu.
Saudara seISLAM mu dibunuh merata-rata tanpa perikemanusiaan.
Tidakkah kau berfikir?
Apa yang terjadi ini daripada izin Allah.
Ya, Allah telah mengizinkannya.
Untuk kau menyaksikan.
Apa yang telah dilakukan kepada para Nabi dan Rasul terdahulu dan pengikut mereka.
Seruan dan tujuan mereka hanyalah ALLAH.
Namun,siksaan dan ujian yang datang tidak dapat kau terjemahkan dengan akal fikiran mu.
Amat dahsyat.
Amat zalim.

Tidakkah kau perhatikan?
Bagaimana saudara mu di Syria.
Dipaksa mengaku bahawa Basyar itu Tuhan.
Apakah kau lupa?
Bagaimana Bilal bin Rabbah yang diseksa hanya kerana mengucap ALLAH MAHA ESA?

Tidakkah kau perhatikan saudara mu di Mesir?
Ketika Presiden Mursi ingin menegakkan hukum Allah,
Beliau dipenjara, pengikutnya diseksa.
Apakah kau lupa,
Bahawa Junjungan besar Nabi Muhammad SAW ketika di Mekah,
Diseksa hingga berdarah di kepala,
Para Sahabat Radiallahu anhum ajmain ada yang dibunuh,di jemur di tengah panas terik padang pasir.

Tidakkah kau perhatikan?
Berulang episod yang telah Allah catatkan di kitab Nya Al-Quran Al-Karim.
Semuanya telah di izinkan Allah.
Untuk mu anak muda.
Untuk kau perhatikan.
Untuk kau tahu,
Bahawa menegakkan ISLAM bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah.
Kalimah itu perlu kau perjuangkan.

Sekarang.
Apa yang ingin kau lakukan anak muda?
Terus leka dalam dunia mu yang di reka penjajah?
Atau kau ingin tersenarai sebagai pembela agama.
Pilihan ada di hati mu.

Hidup mulia,
Mati syahid.







Tuesday, July 23, 2013

Fi Zilal Quran : An-Naba'


Bismillah.


Alhamdulillah. Selesai surah An Naba. Agak lambat dari perancangan sebenar. but, better late then never. hehe.

An-Naba , Surah Berita Qiamat, surah ke 78, 40 ayat.

* Pada permulaan nya Saiyd Qutb menerangkan mengenai persamaan antara surah An-Naba dan surah lain di dalam juz Amma,juz 30.
* Surah An-Naba ialah surah Makkiyah yang diturunkan sebelum hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
* Surah2 di dalam juz Amma banyak berfokus kepada : penciptaan alam dan pengadilan hari akhirat. Boleh rujuk surah seperti surah Al-Infithar,AtTakwir wa ghoiru zaalik.

****

- Penafsiran surah An-Naba berfokus kepada :

* Hari Qiamat
* Kejadian Bumi dan Gunung
* Kejadian manusia yang berpasang-pasangan
* Rahsia dan nikmat tidur
* Penciptaan langit dan makhluk yang bernyawa
* Hari Hisab atau pengadilan kepada manusia,selepas menikmati kehidupan di bumi dan kerehatan yang Allah berikan.
* Kesudahan kepada manusia yang melampaui batas iaitu Neraka Jahannam dan kesudahan kepada hamba yang bertaqwa iaitu Syurga yang tertinggi serta nikmat di dalam nya.
*Di akhiri surah ini dengan menunjukkan pada hari pengadilan apabila para malaikat berdiri dihadapan Allah SWT tidak akan bercakap melainkan dengan izin Allah dan hanya bercakap perkara yang benar. Bagi memuliakan ALLAH SWT, Pemilik hari Pembalasan.

Wallahu'alam. Serba ringkas dari ana mengenai Tafsir Surah An-Naba.



:: Mencari Piala Muttaqin ::

Thursday, July 18, 2013

kemboja,jagakan dia :)




'Aku ada Allah'
berkali-kali mengulangi.
agar aku tidak alpa akan satu janji.

Ramadan ini,
cuba untuk berdikari,
menjadi Muttaqin sejati,
jatuh bangun melawan nafsu berkali-kali.

Selamat bermusafir teman,
bukan tiada pamitan,
ataupun ucapan,
namun,
satu perasaan aneh berlegar.

aku tahu Allah akan selalu menjagamu di sana,
selamat kembara mencari Tuhan,
doa ku untuk mu berpanjangan.






Wednesday, June 26, 2013

Muqaddimah



Bismillah.

Di kamar ini aku memasang niat. Meneguhkan azam. Merenung ke belakang. Memerhatikan segala yang perlu di perbaiki. Pulang nya aku dari satu pertemuan yang mendamaikan. Seringkali menjentik hati dan iman ku agar kembali bersih seperti baru dilahirkan.
Sepanjang perjalanan pulang ke kamar aku koreksi diri. Akan segala tindak tanduk ku. Acap kali aku cuba menyamakan. Andai Baginda buat begini, bagaimana kehalusan akhlak nya? Sungguh insan itu aku rindu. Setiap kali membaca lembaran hidup Baginda aku terpesona. Kau sungguh sempurna. dan menyempurnakan. Apakah selayaknya aku tuturkan melainkan selawat dan salam kepada mu. Allahumma solli ala Muhammad wa ala alaihi wassalam.

Apabila tekadku untuk mendalami ilmu Nya, sering aku goyah. Takut sekali akan tidak mampu nya aku untuk mengamalkan. Bahkan takut nya aku andai dengan ilmu ini aku ke neraka. Nauzubillahu min zalik.

Tuhan,
pada muqaddimah ini,
Kau pimpinlah aku menuju sirat mustaqim,
Bersama-sama mereka yang Kau beri nikmat.
Jernihkanlah segala niat ku,
Agar sentiasa ikhlas hanya kerana Mu.
Jauhkan lah aku dari sebarang amal yang membawa ku ke neraka Mu,
jua mereka yang melalaikan aku dengan dunia yang fana ini.
Kurniakanlah aku akhlak sehalus Muhammad SAW,
Untuk terus menjalankan amanahku sebagai Khalifah fil ard.
Tanamkan di dalam hati ku akan tugas ku sebagai Hamba Mu,
hanya sebagai Hamba Mu.
Berilah aku hikmah agar aku bisa menjadikan kompas,
Untuk menuju Jannah Mu.

Tuhan,
Kau Mengetahui akan yang lepas dan mendatang,
akan yang zahir dan batin,
akan yang jauh dan dekat,
seandainya perancangan hidup ku menjadi keMurkaan Mu,
Maka perbaikilah aku,
Jangan biarkan aku meneruskan kehidupan,
Tanpa pimpinan dan tarbiyah dari Mu.









Mahallah Safiyyah,
G 3.1
25 Jun 2013
11.58pm

Tuesday, June 4, 2013

hati




barangkali, hanya hati mampu menyentuh hati.
ya,
hati yang bersih mampu membersihkan hati yang kotor.
kerana itu aku merasakan,
opick mempunyai hati yang bersih.
lirik lagu nya mampu membersihkan hatiku yang kotor..

Tuhan,
apa yang aku cari di dunia ini..

:'(

Sunday, June 2, 2013

O.S.E.M













dan ini saya paling suka. 




' Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. '[ Alkahfi:31 ]

mengharapkan dapat memakai sutera hijau di sana..


Jazakallahu Khairan encik S :)



Thursday, May 30, 2013

maas salamah dunia yang panjang




sungguh.
kadang kadang aku sendiri tidak memahami kehendak hati.
aku terkadang keliru. berada di alam rekaan diri. 
dan jua kadang kadang aku keliru dalam memahami manusia.
bukan niat mahu memecahkan. sungguh aku ingin menyampaikan.
pada Nya aku menceritakan. akan kekusutan dan kurang matang nya aku dalam berhikmah
ingin sekali aku bertemu Baginda. menyampaikan hasrat hati. meminta petunjuk rabbani.
dalam setiap langkah ku.
benar aku sering membaca nya,
rasulullah meninggalkan alquran dan alhadis.
saat ini aku merenung satu per satu. mengapa manusia tidak cuba mencari ibrah di sebalik 2 peninggalan ini.
mengapa mereka mengambil dari sumber yang mampu memuaskan hati?
aku yang jumud atau aku yang sesat.
andai Baginda SAW ada disini. ingin aku hamburkan segala kerumitan ini.
kerna aku sering terkeliru.
sekarang aku hanya mampu berada di balik ulama. mengambil ilmu ladunni yang Allah pinjam kan kepada mereka.
kerana aku masih muda dalam dunia ini. 
dan aku merasakan aku perlu bermusafir dari dunia ini untuk mengambil bekalan.
ya aku akan kembali. bukan ingin kemenangan.
tapi ingin membuktikan kebenaran.
dan aku bersama Tuhanku.

selamat tinggal kalian.




Tuesday, May 28, 2013

menantikan hari itu


huh,
tengok video ni teruih rasa semangat!
terima kasih ya Allah :)

hari jubah :)


ujian gagal




Sendiri aku,
Berjuang, 
Menyaksikan kehitaman akhlak manusia.
Kabur aku akan tindakan akalku.
Jiwa ku menyuruh aku berhenti mengalah.
Diam iman ku memaksa,
Sampaikan amanah Tuhan mu!
Lantas aku menggigil,
Sayu,
Kerana masih di situ diam kaku..






Saturday, May 25, 2013

Tuesday, May 21, 2013

Tuhan, jagakan dia :)









Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku





***

maaf tak mampu beli hadiah hari jadi.
very sad about that.
:'(
Tak pernah lupa. ~ in sya Allah.
Moga Allah sentiasa pelihara mu dengan kasih sayang Nya.
Moga Allah sentiasa jaga mama mu :)
Moga Allah jaga persahabatan kita.
Hanya Allah mampu balas segala kebaikan mu.
Jazakillahu khairan wa kathira sahabat.
Uhibbuki fillah wa lillah 



safiyyah,21/5/13, 4.52pm