Pages

Followers

Friday, June 17, 2011

The Caring State 2011-2013

 Berikut senarai terkini jawatankuasa Pas Pusat dan pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri. Pas pusat juga akan bermesyuarat pada hari khamis ini bagi menyusun lujnah-lujnah dan fokus tema muktamar Pas iaitu Membangun Negara Berkebajikan.

Presiden: Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden: Haji Muhamad Sabu
Naib Presiden: YB Solehudin Ayub
Naib Presiden: Dato Husam Musa
Naib Presiden: Dato Mahfuz Omar
Setiausaha Agung: Dato Mustafa Ali
Bendahari Agung: Dato Abdul Halim Abd Rahman
Ketua Penerangan: Ust Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengarah Pilihanraya: Yb Dr Mohd Hatta Ramli
Ketua Dewan Ulama: YB Ustaz Harun Taib
Ketua Dewan Pemuda: Ust Nasharudin Hasan
Ketua Dewan Muslimat: YB Siti Zailah Mohd Yusuf
Penolong Setiausaha: YB Dato Takiyuddin Hassan
Penolong Setiausaha: YB Dr Syed Azman
Penolong Setiausaha: Ahmad Sabki Yusuf 
Ajk Pas Pusat:
Mazlan Aliman
Dato Kamarudin Jaafar
Hj Hanipa Maidin
YB Dr Dzulkifly Ahmad
YB Dr Mujahid Yusuf Rawa
YB Ir Khalid Samad
Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
YB IR Amiruddin Hamzah
YB Abdul Wahid Endut
Ustaz Abu Bakar Chik
YB Ustaz Mohd Amar Abdullah
Dr Mahfuz Muhamed
YB Dr Siti Mariah Mahmud
YB Dr Hasan Ali
Ustaz Abdul Ghani Abd Rahman
YAB Ustaz Azizan Abd Razak
Ustazah Nuridah Salleh
YB Ust Nasharudin Mat Isa
Ust Idris Ahmad
Hj Asmuni Awi
Hj Anuar Tahir
YB Hj Nizar Jamaluddin
Hj Zulkefly Omar
Abang Ahmad Kardee Masagus

Pesuruhjaya Pas Negeri
Terengganu: YB Abdul Wahid Endut (baru)
Negeri Sembilan: YB Mohd Taufek Abdul Ghani (baru)
Selangor: YB Dr Abd Rani Osman (baru)
Melaka: Adly Zahari  (baru)
Sabah: Aminuddin Salim (baru)
Kelantan: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Pahang: Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor: Dato Dr Mahfodz Mohamed
Perak: Ust Abu Bakar Husin
Kedah: Ust Azizan Abd Razak
P.Pinang: Ust Salleh Man
Perlis: Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan: Mohd Nor Mohamad
Sarawak: Adam Ahid
IHSAN: sila tekan

Thursday, June 16, 2011

Tabuk


Bismillah.
Alhamdulillah,Allah masih mengurniakan nikmat yg bermillion2 dan aku masih hidup di bumi :)
Sekarang bulan Rejab,aku rase aku agak terlambat nak cite.aku bukan nak cite pasal hukum puase bulan rejab,kalu nak tahu leh tengok kat blog kak Faezza.die ade carik. aku nak kongsi pasal perang yang terjadi semasa bulan Rejab.dari awal bulan Rejab nak post,sekarang baru dapat hidayah .. T__T
Oke lah,siapa tahu Ghazwah(perang yang disertai Nabi SAW) atau sariyah (pasukan tentera Islam yang tidak disertai oleh Nabi SAW,dan Baginda melantik seorang Amir*panglima* untuk mengetuainya) yang terjadi semasa bulan Rejab ? siapa tahu jawab 'saya' dalam hati(influence by dora the explorer :P)
Ghazwah yang berlaku semasa bulan Rejab,tahun 9hijrah adalah Ghazwah Tabuk atau dikenali sebagai Ghuzwah al'Usrah(kepayahan).Ghazwah Tabuk adalah yang terakhir Nabi SAW sertai sebelum Baginda wafat.
Faktor terjadinya ghazwah ini adalah apabila telah sampai berita kepada Nabi Muhammad SAW bahawa kerajaan Rom,pimpinan Hercules telah menyiapkan angkatan tentera nya untuk menyerang kuasa Islam selepas mereka kalah dalam peperangan Muktah.
Dikatakan tentera Rom dan sekutu nya seramai 40 000 orang manakala tentera muslimin seramai 30 000 orang.
Ghazwah Tabuk ini dikenali sebagai Ghazwah Al'Usrah adalah berikutan cuaca ketika itu panas terik dan tanaman dan pokok-pokok ketika itu sedang berbuah.Malah,perjalanan untuk ke Tabuk amatlah jauh.Walaupun menyedari bahawa cuaca yang panas terik dan pokok-pokok sedang berbuah,namun itu tidak melunturkan keimanan dan keikhlasan para muslimin ketika itu,Para sahabat berlumba-lumba menginfaqkan harta mereka fi sabilillah.Abu Bakar Al-Siddiq sendiri menyerahkan seluruh harta nya tanpa meninggalkan apa-apa untuk keluarganya selain Allah dan Rasul.Saidina Umar Al-Khattab pula menyerahkan separuh daripada hartanya,Di dalam perlumbaan kaum muslim membiayai peperangan, Uthman bin Affan teleh tampil ke hadapan dengan pakej yang tersendiri, satu kafilah unta sebanyak dua ratus ekor sarat dengan
muatannya, dua ratus auqiyah makanan diserahkan kepada Rasulullah sebagai sedekah,
malah beliau membawa seratus ekor unta yang lain, kemudian beliau membawa seribu dinar
yang dicurahnya ke dalam riba Rasulullah (s.a.w). Rasulullah (s.a.w) segera menerimanya
sambil bersabda: "Uthman tidak akan binasa selepas ini, lantaran apa yang beliau lakukan itu
Selepas itu beliau memberi lagi sedekah dan bersedekah lagi, hingga sedekahnya sahaja
menjadi sembilan ratus (900) ekor unta dan seratus (100) ekor kuda, selain dari wang.
Adapun Abdul Rahman bin Auf telah membawa dua ratus Auqiyah perak.Dalam Surah Taubah,ayat 79:

Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, - Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Sebaik sahaja tentera muslimin sampai di Tabuk,mereka terus berkhemah di situ,siap siaga untuk berhadapan dengan musuh. Di awal-awal lagi Rasulullah (s.a.w) telah bangun 
membuat satu ucapan sulungnya di situ, satu ucapan  yang amat bernilai, lengkap dan padat 
(jawami'ul kalim). Baginda menggesa untuk kebaikan dunia dan akhirat, memberi nasihat dan 
peringatan, sekaligus menyemarakkan jiwa ketahanan di kalangan tentera Islam, kesemuanya 
dapat mengganti kekurangan makanan dan bekalan yang sememangnya dialami selama ini 

oleh tentera Islam. 
Manakala,Rom dan sekutu nya,apabila mengetahui kemaraan tentera muslimin,mereka menjadi gerun dan terpaksa berpecah-pecah dan mengelak di sepanjang perbatasan.Ini menunjukkan bahawa Islam semakin disegani kawan dan lawan.Setelah berbelas-belas hari Nabi Muhammad SAW dan sahabat berkhemah di Tabuk,namun tentera Rom dan sekutunya tidak muncul-muncul.
Semasa di Tabuk,Rasul SAW telah didatangi oleh pemerintah Yohanna bin Ru'bah iaitu pemimpin di kawasan Ailah.Yohanna mengikat perjanjian perdamaian dan sanggup membayar jizyah.Kemudian datang pula penduduk Jarbaa' dan Azdra.Kepada mereka Baginda SAW menulis satu surat jaminan yang menjamin keamanan mereka.Dengan pertolongan Allah,tentera Muslimin pulang ke Madinah tanpa bertempur dengan musuh.Dari perbincangan bersama-sama sahabat ku,Ibrah dalam perang ini ialah cabaran cintakan keduniaan buat Pejuang Islam sebagaimana ALLAH mguji 3 sahabat yg tidak pergi berperang tanpa sebarang keuzuran.Hal ini dinyatakan dalam surah Ahzab,ayat yang ke 13 :

Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan", pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).

3 sahabat yang tidak menyertai perang Tabuk iaitu Kaab bin Malik,Mararah bin Al-Rabi' dan Hilal bin Umaiyah telah mendapat pengajaran yang sewajar nya daripada Allah dan RasulNya.


Semoga kita berlumba-lumba untuk menginfaqkan jiwa dan harta ke 
jalan Allah dengan IKHLAS~

**Sumber:RaheeqMaktum,Peperangan Rasulullah SAW(ustaz Riduan) dan Nota2 ku ..huu**