Pages

Followers

Sunday, November 24, 2013

Hijau Putih Hati



Dipapah menaiki tangga,
Disorong kau duduk atas kerusi roda,
Lurus pandanganmu,
Melihat masa depan ummah,
Yang berat tergalas dibahu mu,
Namun keluhmu tidak ku dengar,
Dek kerana kuatnya amalmu,
Andai Palestin berbangga dengan Assyahid Ahmad Yasin,
Maka aku berbangga kerana mempunyai mu,
Allahummahfaz murobbina alfadhil ustaz harun taib wa man tabiahu..

Dari kerumunan pemuda gagah,
Ku lihat satu jasad berbaju putih,
Kemas terikat serban di kepala,
Perlahan langkahnya dibantu tongkat,
Namun deras hati penuh keazaman,
Demi Illahi, segala derita menjadi nikmat,
Allahummahfaz murobbina wa ulamaina tuan guru nik abdul aziz nik mat..

Mampir laju turun,
Menghampiri sahabat nya yang bertongkat,
Penuh mahabbah dan ukhwah fillah,
Dicium dahi tanda rindu,
Mata yang melihat sayu,
Menahan sebak dua murobbi perjuangan,
Masa hanya untuk ummah,
Allahummahfaz murobbina wa amiruna tuan guru haji abdul hadi awang..

Hijau putih lapangan berkumpul,
Pelbagai hati pelbagai situasi,
Barisan hadapan pimpinan jemaah,
Sibuk fikirannya memikirkan maslahah,
Meski uban kian bercambah,
Meski urat kian menimbul,
Meski umur kian bertambah,
Kerana janji yang terindah,
Dilupakan semua gundah,
Menuntut satu kepastian dari Robbul izzah,
Iaitu Jannah

10.25am
Sabtu
Stadium Malawati