إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚوَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-Hujurat:10)
Semakin hari semakin banyak berita dan informasi yang memaparkan tentang kezaliman yang berlaku kepada saudara Muslim di negara luar. Kisah Palestin umpama di bawa angin apabila manusia seperti sudah lali mendengar saudara Muslim di sana ditembak, dipukul dan dipenjara. Allahu robbi. Dan kisah kezaliman kepada saudara Muslim di Syria,Mesir, dan Rohingya tidak mampu memberi satu tindakan yang cepat dan penting buat penguasa negara yang beragama Islam untuk tampil membela saudara Muslim yang dizalimi.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda;
مَن لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ المُسْلِمِينَ فَلَيْسَ مِنهُمْ
“Sesiapa yang tidak peduli dengan urusan kaum muslimin, maka dia bukan sebahagian daripada mereka”. (HR al-Tabrani, Ibn Hibban)
Dan kini, saudara di Afrika tengah dicabuli hak kebebasan dan kemerdekaan mereka. Apabila mereka sebagai penganut agama minoriti di Afrika Tengah telah diseksa dan ditindas tanpa mendapat sebarang pembelaan daripada pihak berkuasa seperti Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Malah kerajaan yang memiliki majoriti rakyat beragama Islam juga tidak mampu bersuara untuk mempertahankan kehormatan dan harga diri saudara Muslim kita di Afrika Tengah. OIC dan Persatuan-Persatuan Islam perlu bersatu dan mengambil tindakan pantas bagi menyuarakan isu ini ke mata dunia khususnya PBB. Sebarang kezaliman kepada rakyat yang beragama Islam perlu dihentikan segera. Tindakan tegas perlu dilakukan agar Islam kembali menjadi agama yang rahmat kepada sekalian alam. Sebagaimana Islam tidak pernah menghalalkan sebarang kezaliman dan penindasan berlaku kepada sesiapapun tanpa mengira agama dan bangsa.
من نفَّس عن مؤمنٍ كربةً من كُرَبِ الدنيا نفَّس اللهُ عنه كُربةً من كُرَبِ يومِ القيامةِ ، ومن يسَّر على مُعسِرٍ ، يسَّر اللهُ عليه في الدنيا والآخرةِ ، ومن ستر مسلمًا ، ستره اللهُ في الدنيا والآخرةِ ، واللهُ في عَونِ العبدِ ، ما كان العبدُ في عَوْنِ أخيه ، ومن سلك طريقًا يلتمسُ فيه علمًا ، سهَّل اللهُ له طريقًا إلى الجنَّةِ ، وما اجتمع قومٌ في بيتٍ من بيوتِ اللهِ ، يتلون كتابَ اللهِ ، ويتدارَسونه بينهم ، إلا نزلت عليهم السَّكينةُ ، وغشِيتهمُ الرحمةُ ، وحفَّتهمُ الملائكةُ ، وذكَرهم اللهُ فيمن عندَه ، ومن أبطأ به عملُه لم يُسرِعْ به نسَبُه
(HR Muslim)
Cukuplah hadis ini buat kita semua memahami bahawa, Islam merupakan agama universal yang tidak mengira bangsa dan kaum. Maka sewajibnya bagi kita khususnya pemerintah yang beragama Islam untuk membantu saudara Muslim di luar negara yang semakin hari darah mereka percuma untuk diberikan kepada si penzalim. Dan moga-moga Allah tidak menyoal kita di akhirat sana kerana tidak cakna kepada saudara muslim yang lain. Wallahu'alam.
gambar kredit kepada Ma'ruf Club UIAM