dua kalimah berbeza,
hampir serupa,
namun menganggu rasa
cinta di dunia,
boleh ke syurga,
namun cita memang terletak di syurga.
tiada siapa bisa memahami,
rasa cinta dan cita,
dalam masa yang sama.
buanglah cinta di jiwa,
semailah hati dengan cita,
meski cinta itu indah,
mengajar erti setia
biarlah ia berlalu
bermain di masa silam,
menjadi angan pagi,
mimpi di malam hari,
biarlah sakit kerana cita,
kerana pastinya cita itu berakhir di syurga..