Pages

Followers

Sunday, September 22, 2013

Mengharapkan pembalasan bukan debu bertebangan



Bismillahirrahmanirrahim.

Pening kepala. Baca buku Fiqh Addaulah karangan Syeikh Yusuf Qardawi. Walaupun baru masuk bab pertama. Kepala aku dah berpusing dan berulang kali aku membaca isi nya. Dari muqaddimah dan bab pertama iaitu Kedudukan Daulah menurut perspektif Islam. Mungkin point utama dalam bab ini sekadar pengenalan seperti dalil dari Al-Quran dan hadis mengenai daulah atau persoalan sekitar kewajiban daulah Islam. Ada dalam Al-Quran atau tidak. Sejarah dan sirah dari hayat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam. Bersangkut dan berkaitan sejarah penegakan Darul Islam yang pertama iaitu Madinatul Munawwarah.Kemudian beralih kepada point samaada kita memerlukan daulah ISLAM  dan pandangan masa hadapan mengenai Daulah Islam.

 Fuh. Tapi, yang berlegar dalam kepala aku sekarang ini adalah sesuatu yang remeh. kot? iaitu Takrif sebenar ISLAM, DAULAH dan Al-Quran wal As-Sunnah An-Nabawiyah As-Sohihah. Pada tahun pertama di Gombak, kami sudah berusrah Risalah Taalim karangan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, Yang di dalam nya terkandung 20 Usul. dan Usul pertama adalah mengenai takrif yang a'miq (mendalam) mengenai Islam. As-Syahid membahagikan pengertian Islam kepada 5 bahagian, iaitu Islam adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan umat, akhlak dan kekuatan atau rahmah dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan kekayaan atau hasil usaha dan kecukupan, dan jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Sungguh teliti dan mendalam apa yang telah dibahaskan Imam Hasan Al-Banna mengenai takrif ISLAM. Aku juga merujuk karangan Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang, Islam : Fikrah, Harakah dan Daulah. Tuan Guru membahagikan takrif Islam kepada 5  makna. Iaitu, seperti yang tertulis di Hadis ke 2 dari hadis 40 mengenai rukun Islam. Islam juga bermakna tunduk dan menyerah diri. yang ketiga, Islam didefiniskan kepada way of life, ataupun cara hidup manusia di muka bumi. keempat, Islam adalah kumpulan peraturan yang terdiri daripada aqidah, ibadah,muamalat dan sebagainya. Segala peraturan yang mengatur kehidupan manusia adalah ISLAM. dan terakhir, Islam adalah pedoman dan petunjuk manusia yang aku definisikan sebagai satu jalan untuk manusia memperbaiki diri dan masyarakat sekeliling. 

dan makna islam dan agama juga telah dibahaskan oleh pelbagai lapisan ulama dan cendiakawan yang terdiri daripada ulama Islam dan orientalis barat. dan sekarang aku sedang cuba memahamkan pengertian Islam yang diberikan oleh Imam Hasan Al-Banna. 

Mungkin korang semua pelik dan tak tau apa kaitan tajuk dan point aku tulis. haha. aku pun tak tau. saja nak share kot? dan nak bagi aku ingat apa yang dah baca. tapi yang pasti, aku mengharapkan, segala yang aku buat, bukanlah menjadi debu bertebangan. yang bermaksud, aku inginkan di ikhlaskan hati aku dalam mengerjakan amal. sebelum, semasa dan selepas. kerana setiap pembacaan aku bukanlah untuk diri sendiri, tapi untuk aku berikan kepada makhluk Allah yang lain. dan dengan perkongsian ini tidak lain tidak bukan aku harapkan hanya untuk Allah aku membuat nya. Allahumma AAmiiin. Allahumma AAmiiin. 
Allahumma AAmiiin. 

oklah kawan, dalam mengejar kejayaan dan kecemerlangan dalam memperbaiki diri, jangan lupa niat kan hanya kerana Allah. kerana apa aku menegaskan? kerana apabila kau bertemu Allah di langit yang tertinggi, segalanya akan tertolak jika kau meletakkan selain dari Nya. Jangan sekali kau bermain-main dengan ikhlas dan niat. Mungkin kau fikir ia hanya perkara kecil. Namun ingatlah, ia amat besar di sisi Rabb mu.

Wallahu'alam.




No comments: