Pages

Followers

Monday, September 30, 2013

pertemuan yang mengasyikkan!

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah ala kulli hal.
Allahumma solli ala Muhammad wa ala alihi sohbihi wassallim.

28 September 2013. Merupakan satu pertemuan yang tidak mungkin ku lupa. Bertemu dengan seorang guru yang alim. Sangat menyentuh kata-kata nya. Jua taujihatnya buat abnaul harakah. Sungguh, hingga saat ini aku rindu dan terngiang-ngiang segala mutiara yang dikeluarkan.

Al-Fadhil Tuan Guru Zulkifli Ismail.

Mungkin beliau tidak mahu dipanggil Tuan Guru, tapi bagi ku, ilmunya jua sudah layak dipanggil dengan gelaran sedemikian. Beliau bukan sahaja seorang yang sentiasa mendampingi ulama tasawwuf, malah beliau juga seorang ulama haraki. Iaitu beraksi di medan dakwah dengan matlamat tertinggi iaitu menegakkan Islam di Malaysia dan alam seluruhnya. 

Dalam daurah seharian bersama Tuan guru, banyak yang aku dapati malah menyedarkan akan kelemahan dan kekurangan aku dalam menguruskan perihal diri dan ummah. Al-Fadhil Ustaz membedah buku Al-Mauziah Al-Hasanah lil Murobbitin fi amri lil dakwah illah. Peringatan yang baik buat mereka yang mengikat diri dalam dakwah kepada Allah.

Antara yang dapat aku kongsikan adalah, di dalam Al-Quran menyebut bahawa, ' tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah (Ku) '
MenyembahKu atau Ubudiyyah kepada Allah itu menghasilkan Sidqul Iman, berpegang dengan ilmu dan beramal dengan pedoman yang baik. 
Sidqul Iman itu pula bermaksud dengan mencintai Allah, mencintai RasulNya Sallallahu alaihi wassallam dan mencintai jihad dijalanNya.

Mencintai Allah dapat ditunjukkan dengan mengetahui sifatNya, Asma Nya dan mengakui nikmatnNya yang teragung. Jua dengan membaca Al-Kitab yang diturunkan kepada hambaNya Sallallahu alaihi wassallam. Jua dengan menjauhi segala pekerjaan yang membuatNya murka dan mengamalkan apa yang telah diredha Nya.
Mencintai Rasul Sallallahu alaihi wasallam adalah dengan mengetahui sirah hidup Baginda Sallallahu alaihi wasallam, kesempurnaan Baginda Sallallahu alaihi wasallam, keistimewaan Baginda Sallallahu alaihi wasallam, mengikuti sunnah Baginda Sallallahu alaihi wasallam, jua dengan mencintai Ahli keluarga Baginda Sallallahu alaihi wasallam, memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Sallallahu alaihi wasallam.

Yang kedua pula Ubudiyyah itu adalah dengan berpegang dan bertafaqquh dengan ilmu. Cara yang sempurna untuk itu adalah dengan bertalaqqi ilmu bersama guru-guru yang rabbani, memperbanyakkan tadabbur makna Al-Quran, jua menjaga waktu dengan perkara ibadah dan ketaatan. Rasul Sallallahu alaihi wasallam berkata, ' Sesungguhnya ilmu itu adalah dengan belajar ' - perlukan guru untuk mengajar. Perkara yang paling bahaya adalah dengan mengambil ilmu dari ulama dunia. Ulama dunia itu adalah pada mereka tiada perkara haq yang perlu kita ikut. Seperti firman Allah Subhanahu wa taala di dalam surah Al-Jumuah,

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
 
Nauzubillahu min zaalik. Hendaklah kita mengikuti ulama akhirat. Yang mana menunjukkan kita kepada Allah dan Rasul Sallallahu alaihi wasallam. Di dalam berpegang kepada ilmu jua hendak kita menjauhi dalam perkara berlebih dalam memberi nasihat, melazimi tawadu' dan mengetahui kadar ilmu kita. dan Allah sentiasa merahmati mereka yang mengetahui kadar ilmu nya. Mengetahui kadar ilmu ini supaya dapat menjauhi kita dari takabbur dan di pengaruhi kejahilan. 

Di antara ilmu yang perlu dipelajari adalah ilmu quran wa suunah, ilmu aqidah, fiqh, tasawwuf, usul fiqh, bahasa arab, sirah, fiqh dakwah, ilmu aliran semasa dan yang lama. Kita perlu mempelajari nya juaga mengetahuinya dan khususnya kepada para pemimpin murobitun dalam pekerjaan dakwah kepada Allah. 

Yang terakhir adalah beramal dengan pedoman yang baik.
Iaitu adalah dengan  mengikuti ilmu para ulama yang bertaqwa. Setiap ulama itu pakar dalam bidang masing-masing dan tersendiri. Dan hendaklah kita merujuk mereka melalui kepakaran mereka mengikut situasi yang sesuai dan tertentu. Juga hendaklah kita ikuti para ulama atas ilmu nya, juga kejujuran mereka dalam menyampaikan ilmu, bukan kepada gelaran mereka, jua kemahsyuran mereka.
Dan hendaklah kita mengetahui keperluan dan kepentingan sesuatu apa yang telah di suruh Allah. Melebihkan dahulu perkara wajib dari perkara sunat, dan seterusnya.dan nasihat terakhir dari Tuan Guru Zulkifli adalah hendaklah kita meribatkan diri dengan perkara dakwah kepada Allah dan menunjukkan sifat siddiq. Ikhlas dalam apa yang didakwah kan.Bersifat dengan akhlak yang lembut dan belas kasihan sesama manusia dan bersabar dan berhikmah dalam dakwah. Sesunggunya orang yang bijak adalah mereka yang tahu kebaikan diantara dua kebaikan..

Sedikit sebanyak yang dapat dikongsi dari mutiara yang dapat dari Al-Fadhil Ustaz. Moga bermanfaat kepada diriku dan mereka yang membaca.
Wallahu'alam.

No comments: