Pages

Followers

Showing posts with label SIASAH. Show all posts
Showing posts with label SIASAH. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Tawaran kami

Bismillah.


menjelang nak PRU ni,ade bende sket la nak kabor. kami ade menawarkan perkhidmatan terbaeeek dari ladang. hehe.



















Anda tolak? Anda RUGI!

Friday, June 17, 2011

The Caring State 2011-2013

 Berikut senarai terkini jawatankuasa Pas Pusat dan pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri. Pas pusat juga akan bermesyuarat pada hari khamis ini bagi menyusun lujnah-lujnah dan fokus tema muktamar Pas iaitu Membangun Negara Berkebajikan.

Presiden: Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden: Haji Muhamad Sabu
Naib Presiden: YB Solehudin Ayub
Naib Presiden: Dato Husam Musa
Naib Presiden: Dato Mahfuz Omar
Setiausaha Agung: Dato Mustafa Ali
Bendahari Agung: Dato Abdul Halim Abd Rahman
Ketua Penerangan: Ust Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengarah Pilihanraya: Yb Dr Mohd Hatta Ramli
Ketua Dewan Ulama: YB Ustaz Harun Taib
Ketua Dewan Pemuda: Ust Nasharudin Hasan
Ketua Dewan Muslimat: YB Siti Zailah Mohd Yusuf
Penolong Setiausaha: YB Dato Takiyuddin Hassan
Penolong Setiausaha: YB Dr Syed Azman
Penolong Setiausaha: Ahmad Sabki Yusuf 
Ajk Pas Pusat:
Mazlan Aliman
Dato Kamarudin Jaafar
Hj Hanipa Maidin
YB Dr Dzulkifly Ahmad
YB Dr Mujahid Yusuf Rawa
YB Ir Khalid Samad
Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
YB IR Amiruddin Hamzah
YB Abdul Wahid Endut
Ustaz Abu Bakar Chik
YB Ustaz Mohd Amar Abdullah
Dr Mahfuz Muhamed
YB Dr Siti Mariah Mahmud
YB Dr Hasan Ali
Ustaz Abdul Ghani Abd Rahman
YAB Ustaz Azizan Abd Razak
Ustazah Nuridah Salleh
YB Ust Nasharudin Mat Isa
Ust Idris Ahmad
Hj Asmuni Awi
Hj Anuar Tahir
YB Hj Nizar Jamaluddin
Hj Zulkefly Omar
Abang Ahmad Kardee Masagus

Pesuruhjaya Pas Negeri
Terengganu: YB Abdul Wahid Endut (baru)
Negeri Sembilan: YB Mohd Taufek Abdul Ghani (baru)
Selangor: YB Dr Abd Rani Osman (baru)
Melaka: Adly Zahari  (baru)
Sabah: Aminuddin Salim (baru)
Kelantan: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Pahang: Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor: Dato Dr Mahfodz Mohamed
Perak: Ust Abu Bakar Husin
Kedah: Ust Azizan Abd Razak
P.Pinang: Ust Salleh Man
Perlis: Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan: Mohd Nor Mohamad
Sarawak: Adam Ahid
IHSAN: sila tekan

Thursday, May 26, 2011

Andai Sultan Melaka memerintah



Bismillah                                                                                                                                                                                           
Rahmatilah kami Ya Allah 


Menyingkap kembali sejarah, saya tertanya apakah mungkin budaya politik negara dan nasib rakyat di bawah pemerintahan seorang Raja yang mulia lagi beriman dan budiman?
Sekiranya Sultan Melaka memerintah, mungkinkah rasuah dibenarkan sehingga sebuah istana yang bermula dengan kos RM400 juta dijangka melebihi RM1 bilion? Apa pula dengan ketirisan ekonomi berjumlah RM28 bilion setahun berterusan sehingga hanya kelompok elit yang bertambah kaya manakala rakyat jelata terus melata berkais pagi makan pagi?
Kalau Sultan Melaka memerintah, mungkinkah laksamana angkatan laut akan membeli kelengkapan perang, termasuk kapal yang mampu timbul atau yang sengaja tenggelam dengan harga berpatutan tanpa komisen beratus juta ringgit kepada seorang baginda yang hanya pada nama dan bukan pada takhta?
Bagaimana pula dengan perbelanjaan negara, adakah ia secara berhemah dan bijaksana atau boros membazir tanpa penghujung? Adakah jalan keretapi akan dibina dengan harga berlipat ganda dari biasa ibarat landasan bersalut emas?
Sekiranya Sultan Melaka memerintah, adakah hulubalang dan pahlawan penjaga keamanan akan mempertahankan rakyat atau menangkap lalu dikurung dan dipukul rakyat jelata tanpa sebab dan bicara kerana memelihara kepentingan puak tertentu.
Janganlah penjaga aman cepat menahan reman rakyat yang mungkin di’Kugankan’ atau di’Aminulrasyidkan’ atau di’Beng Hockan’ atau di’Sarbanikan’ tanpa saksi, warna kulit, umur dan hayat. Adakah begitu murah dijual janji ikrar sumpah pahlawan untuk beberapa keping emas atau kepingan timah tanda gelaran disemat di dada baju?Kalau Sultan Melaka memerintah, adakah rakyat dibiarkan menanggung beban hidup melampau tanpa subsidi hasil khazanah negara yang sememangnya mencukupi jika tidak diboroskan atau dikalihkan untuk projek-projek mewah maha membazir?
Harga barang naik termasuk gula melaka tetapi subsidi korporat besar dikurangkan dengan begitu perlahan sehinggakan sang siput dinobatkan juara pertandingan lari merentas desa?
Kalau Sultan Melaka memerintah, adakah tanah jajahan Pulau Batu Putih, Blok L dan M atau sumber air mentah diserahkan tanpa sebarang suara pahlawan berteriak marah atau keris keramat dihunus berani melainkan di perhimpunan agung para lanun buat tontonan di cermin sendiri?
Sekiranya Sultan Melaka memerintah, adakah tatasusila bangsa dan agama yang mencerminkan nilai-nilai murni sejagat menjadi pencorak budaya dan amalan rakyat?
Adakah baginda sanggup melihat martabat qazaf direndahkan dengan hanya lafaz sumpah buat selindung fitnah mengorbankan syariah akibat kerenah tiga sekawan yang buta hukum tetapi celik konspirasi berbayar demi mengaut untung sementara duniawi tetapi mengecap kerugian kekal ukhrawi?
Adakah baginda akan berjuang memperkasakan perlembagaan menyejahterakan rakyat atau berdiam saja apabila lanun politik memperkosa janji kemerdekaan hak rakyat? Di manakah Sultan Melaka atau pemerintah Melayu yang akan membela rakyat secara jujur?
Itulah dia seribu kemungkinan perjalanan sejarah yang menjadi tanda tanya kerana tidak lama lagi kita rakyat semua dapat membuat pilihan menentukan masa depan negara dan mencorak sejarah kita sendiri yang lebih baik, lebih makmur dan lebih saksama di peti undi.
Itupun kalau tidak dirompak lanun politik!
Marilah kita belajar dari sejarah untuk mencipta sejarah lebih gemilang kerana sudah tiba masanya kita laksanakan reformasi politik secara berkesan dan menyeluruh.


~Nurul Izzah Anwar,HarakahDaily~


Khalifah Umar Al-Khattab berkata:


'Pemerintah tergolong dalam 4 golongan:
Pertama: pemerintah yang kuat,ia dapat ,mengawal diri nya dan juga pengawai nya. Mereka seperti seorang mujahid yg sedang berjihad di jalan Allah SWT. sedangkan pertolongan Allah SWT terbentang luas dgn penuh rahmat kepadanya.
Kedua: pemerintah yang lemah dan gagal mengawal diri nya.sedangkan pegawainya bermewah-mewahan dan bertindak sewenang-wenangnya disebabkan kelemahannya.Maka ia berada di jurang kebinasaan melainkan Allah SWT merahmatinya. (menyelamatkannya)
Ketiga: pemerintah yang dapat menguasai pegawainya,namun dirinya bermewah-mewahan.Itulah al-hutamah.
Sebagaimana sabda Rasullullah SAW;
شر الرعاة الحطمة. فهو الهالك وحده.


Maksudnya:"Pemimpin-pemimpin hutamah(satu nama daripada nama neraka,kerana ianya akan memecahkan barang yang dicampak ke dalamnya),kerana dia sedang membinasakan dirinya sendiri"
Keempat: pemerintah dan pegawainya yang bertindak sewenang-wenangnya,maka mereka semuanya akan binasa
 Al-Auza'i berkata kepada Amirul Mukminin Abu Jaafar Al-Mansur:
"Wahai Amirul Mukminin,sesungguhnya perkara yang paling susah ialah menegakkan dan menunaikan segala hak Allah SWT sedangkan yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah ketaqwaan.Sesungguhnya sesiapa yang mencari kemuliaan dengan melakukan ketaatan kepada Allah SWT,nescaya Allah SWT kan menaikkan martabatnya dan memuliakannya.Sebaliknya bagi mereka yang mencari kemuliaan dengan melakukan maksiat,penderhakaan kepada Allah SWT,nescaya Allah SWT akan menghinanya dan merendahkan kedudukannya.Inilah nasihatku kepadamu dan salam sejahtera ke atasmu."


*Buku Wasiat sebelum dirimu bergelar Ulama


Pemerintah di Malaysia berada digolongan yang mana???


sekadar renungan bersama..
Fi Amanillah-saiyidsufi-

p/s:penulis adalah seorang insan yang tidak terlepas daripada sebarang kesilapan,maaf atas segalanya..



Monday, February 21, 2011

dialog.

Bismillah. ikuti dialog ini.


Xdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang sara rasa tanggungjawab pada anak.

Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu... dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.

Xdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya...Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.

Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.

Xdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara.

Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka.

Xdaily: Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan.

Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat.





~ARTIKEL INI TELAH AKU COPY PASTE DAN EDIT DARI SUMBER YANG SOHIH.SEMOGA ALLAH MENTHABATKAN DIRI DAN HATI KITE DI DALAM JALAN KEBENARAN. WALLAHU'ALAM.~

Monday, December 13, 2010

ISLAM UNTUK SEMUA !!

Bismillah.
Alhamdulillah kerana masih diberi 2 nikmat yang besar iaitu nikmat IMAN & ISLAM.hari ini,ambo xsey kecek banyok..ambo juz nak kabo ke semua senarai2 pemimpin kito ! sapo dop tahu tu,bulih pakat2 ngapa deh..hehheeh..






 1. PRESIDEN  : YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG 
 2. TIMBALAN PRESIDEN  : YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA
 3. NAIB PRESIDEN : DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
 4. NAIB PRESIDEN : YB SALAHUDDIN AYUB
 5. NAIB PRESIDEN : YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
 6. KETUA DEWAN ULAMAK : YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
 7. KETUA DEWAN PEMUDA : USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
 8. KETUA DEWAN MUSLIMAT : USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
 9. SETIAUSAHA AGUNG : DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
 10. BENDAHARI PAS PUSAT : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
 11. KETUA PENERANGAN PAS PUSAT : USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
 12. KETUA PENGARAH PILIHANRAYA : YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN
 13. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
 14. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR
 15. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK
 16. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALI
 17. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDIN
 18. AHLI JAWATANKUASA KERJA : DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK
 19. AHLI JAWATANKUASA KERJA : MOHAMED HANIPA MAIDIN
 20. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH
 21. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALI
 22. AHLI JAWATANKUASA KERJA : USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
 23. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR DZULKEFLY AHMAD
 24. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
 25. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
 26. AHLI JAWATANKUASA KERJA : MAZLAN ALIMAN
 27. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB
 28. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA
 29. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA
 30. AHLI JAWATANKUASA KERJA : HAJI MOHAMAD SABU
 31. AHLI JAWATANKUASA KERJA : HJ MOHD ANUAR TAHIR
 32. AHLI JAWATANKUASA KERJA : HAJI ASMUNI AWI
 33. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
 34. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD
 35. AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB WAN UBAIDAH WAN OMAR
 36. AHLI JAWATANKUASA KERJA : HAJI AHMAD DOLLAH

senarai namo ni,den amik ikhlas dari ,tekan siniii ..heheh.untuk perkembangan lanjut,anda boleh lah baco yo.. :D ...last but not least,i would like to taakid that,only Islam can change the world.mari lah bersama-sama kita membangun bersama Islam.jika anda perjuangkan bangsa anda,nampaknya anda sudah lari dari sunnah Rasulullah SAW.salam koreksi diri untuk diriku dan dirimu ..



-PRAY HARD WORK SMART-