Pages

Followers

Thursday, July 28, 2011

Kenapa saya berpuasa (^____^)

Bismillah. Alhamdulillah. Saya masih hidup di bumi ini kerana Rahim Nya :)
InsyaAllah,kali ini,ingin saya berkongsi serba sedikit mengenai PUASA.Memandangkan bulan Ramadan bakal mengunjungi kita beberapa hari saja lagi.Umat Islam masing-masing ingin bertemu Ramadan,dengan hasrat yang tersendiri.Ada yang sudah bermimpi akan mendapat RM5k dipenghujung Ramadan,tidak kurang juga yang bersemangat untuk mengkhatamkan Al-Quran dan bangun pada setiap malam.Semuanya mengikut niat tersendiri dan akhirnya akan menjadikan sama ada ia ibadah atau sekadar keperluan hidup. (^___^)







Tahukah sahabat sekalian atas dalil apa kita menunaikan ibadah PUASA?Kita semua memang sudah maklum akan WAJIB nya puasa ini.Tapi,kurang sekali untuk kita mengetahui,di surah apa atau hadis mana yang menyatakan hukum puasa ini.Mari,kita hafal dan hayati dalil diwajibkan puasa ke atas kita. :)



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
[Al-Baqarah:183]

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. " 

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah,kita sudah tahu dalil berpuasa..
Seterusnya,apakah SYARAT WAJIB BERPUASA ??
  1. ISLAM
  2. BALIGH dan MUKALLAF -Namun,anak-anak yang belum baligh perlu dididik dan dilatih berpuasa agar tidak menjadi kejutan untuk mereka apabila sudah menjadi tanggungjawab mereka :)
  3. BERAKAL
  4. SIHAT -Orang sakit tidak wajib puasa,tetapi WAJIB qada'.Dalilnya,



(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

[Al-Baqarah:184]

5.MAMPU 
~ Orang-orang yang sangat lemah atau tua sehingga tidak mampu berpuasa,maka mereka tidak diwajibkan puasa.

6. BERMUKIM(Tinggal tetap dalam negeri)
~Orang musafir tidak diwajibkan berpuasa,tetapi SAH jika ia memilih untuk berpuasa dalam musafirnya.Tetapi,jika seseorang itu bermusafir kerana perkara maksiat maka ia tidak layak mendapat rukhsah untuk berpuasa.

Ha! Adakah anda tergolong dalam golongan yang WAJIB? :) Jika Ya,buatlah persiapan yang secukupnya :)



Mari kita lihat SYARAT SAH PUASA pula ~~~
  • Beragama ISLAM
  • Suci dari Haid,nifas dan wiladah(bersalin)
  • Berakal
  • Mumaiyiz iaitu kanak-kanak yang dapat membezakan antara perkara baik dan buruk.
  • Dilakukan pada hari yang dibolehkan berpuasa.Puasa pada hari-hari yang dilarang puasa adalah tidak sah,bahkan HARAM iaitu:
-Eid al-Fitr (1 Syawal)
-Eid Al-Adha (10 Zulhijjah)
-Hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah)
-Puasa sehari pada hari jumaat tanpa didahului dengan sebelum atau sesudahnya kecuali ada kaitan dengan puasa sunat lain seperti puasa sunat Daud.
-Puasa pada hari Syak(30 Syaaban) iaitu bila orang ragu-ragu tentang awal ramadan kerana bulan tidak kelihatan.

Okey,jika anda mengikuti syarat-syarat sah tersebut,InsyaAllah,puasa anda akan SAH :)
Sekarang mari saya ceritakan tentang rukun puasa. :)

Pertama; Niat

Iaitu azam(ketetapan) dalam hati untuk berpuasa sebagai mematuhi perintah Allah dan taqarrub (pendekatan diri) kepada Nya.Niat ini sangat PENTING dan perlu dilakukan sebelum terbit fajar. Sabda Nabi SAW

من لم يبيت الصيام قبل طلوع الفجر فلا صيام له

Sesiapa yang tidak berniat puasa pada waktu malam sebelum terbit fajar,maka tiada puasa baginya.

Tetapi,puasa SUNAT boleh berniat meskipun telah siang asalkan belum melakukan perkara membatalkan puasa dan belum tergelincir matahari.Sabda Nabi SAW,

هل عندكم من غداء؟قالت لا, قال فإني إذا أصوم

Adakah apa-apa makanan tengahari padamu?Aisyah menjwab: Tidak ada.Rasulullah SAW mendengar jawapan itu lalu bersabda,"Kalau begitu aku puasa"

Kedua; Imsak

Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.Firman Allah SWT,




Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.
[Al-Baqarah:187]

  • makan atau minum dengan SENGAJA
  • memasukkan benda ke dalam rongga tubuh seperti hidung,mulut,mata dan telinga secara SENGAJA
  • melakukan seks pada siang hari secara SENGAJA
  • Muntah dengan SENGAJA
  • Hilang atau berubah niat - Jika terdetik di hati seseorang yang berpuasa niat untuk berbuka,maka pada saat itu juga terbatal puasa nya walaupun dia belum makan atau minum kerana niat adalah rukun puasa.Apabila niat hilang,maka terBATALlah puasa anda....
  • Murtad
  • Keluar mani secara SENGAJA -dengan melihat gambar porno,imaginasi,bercumbu.Tetapi jika keluar dengan sendiri disebabkan mimpi,maka puasa itu tidak batal kerana ia berlaku bukan dengan kehendaknya.
  • Datang Haid atau Nifas


Alhamdulillah selesai sudah SYARAT WAJIB,SYARAT SAH dan RUKUN..Jadi,mudahlah untuk kita berpuasa tanpa melanggar syarat dan rukun yang ditetapkan.Ok,kita ke PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA.Antaranya adalah;

-Makan dan minum kerana lupa(Jangan buat-buat LUPA ye :D)
Sabda Nabi SAW:
 من نسي وهو صائم فأكل أو شرب فاليتم صومه, فإنما  أطعمه الله و شقاه

Barangsiapa yang lupa lalu dia makan dan minum,maka sempurnakanlah puasanya.Sesungguhnya Allah telah memberinya makan dan minum.

-Keluar mani dengan sendiri
-Memakai celak mata
-Berbekam
-Bersiwak/menggosok gigi
-Kumur dan memasukkan air ke hidung
-Mandi,berenang atau memakai pakaian basah
-Masuk asap,debu atau lalat ke dalam mulut secara tidak SENGAJA
-Bejunub(Janabah) dan bercumbu
-Suntikan
Suntikan ubat kepada seorang pesakit adalah tidak membatalkan.Tetapi memasukkan makanan ke dalam tubuh dengan wayar adalah membatalkan puasa kerana hakikatnya ia beerti memasukkan makanan ke dalam badan.
-Menghidu aroma wangi


Perkara yang mengharuskan anda untuk berbuka puasa adalahhhhh.. 

  1. Safar(perjalanan)
  2. Hamil dan menyusukan anak.
  3. Lanjut usia
  4. Terlampau haus dan lapar
  5. Dipaksa berbuka atau terpaksa
  6. Orang yang bekerja berat


Perkara SUNAT dalam berpuasa pula adalah .. :)
 1. Makan sahur dengan melewatkannya.


Sabda Nabi SAW,

تسحروا فإن في السحور بركة
Bersahurlah kamu,kerana sahur itu keberkatan
(Hadis Bukhari dan Muslim)
"Bersahurlah kamu walaupun dengan seteguk air"
2. Menyegerakan waktu berbuka
"Baginda Rasulullah SAW apabila berbuka puasa Baginda memulakan dengan bebrapa biji kurma basah sebelum mendirikan solat.Jika tidak ada kurma basah,maka Baginda berbuka dengan kurma kering,Jika tidak ada kurma kering,Baginda meminum air beberapa teguk"
3. Berdoa ketika berbuka

4.Memberi makan kepada orang yang berpuasa

من فطر صائما كان له أجره, غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئ
"Sesiapa yang memberi makan kepada seseorang yang berpuasa,akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya"
(Riwayat al-Tirmizi)

5.Mandi wajib sebelum fajar
6.Menjaga lidah dan anggota tubuh
"Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya maka Allah SWT tidak mempunyai sesuatu hajat pada orang itu untuk meninggalkan makan dan minumnya"
(Hadir Bukhari,al-Tirmizi,Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah)
7. Memperbanyakkan sedekah


8. Menyibukkan diri dengan ilmu dan tilawah
9. Beriktikaf
"Bila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadan,Nabi SAW menghidupkan malam-malamnya,membangunkan keluarganya(isterinya) dan menjauhi isteri-isterinya(tidak berhubungan suami isteri)

Alhamdulillah.Saya sudah menyatakan sebab mengapa saya berpuasa pada bulan Ramadan[InsyaAllah].Anda pula bagaimana?? (^___^) 
InsyaAllah,kita ketemu pada post yang seterusnya.[InsyaAllah]
Semoga bermanfaat untuk semua! Sirru 'ala Barokatillah.

~Dapatkan buku ini! WAJIB BELI :)


Sumber Rujukan saya untuk post kali ini :)

Ya Allah,Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai satu madrasah Tarbiyyah buat ku ..



3 comments:

Khiyar said...

Ayuh! Mencari ijazah taqwa di universiti ramadhan... :)

Nice post...

سيدة السكينة محمد عيزان said...

InsyaAllah :)

fadhlinsakina said...

Selamat menyambut ramadhan al mubarak kinah.. :)