Pages

Followers

Saturday, December 29, 2012

Simpan ilmu dalam hati




Bismillah.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Pemilik Alam yang indah ini. Selawat dan Salam serta rindu buat kekasih Allah, Nabi Muhammad Sallahu’ Alaihi Wasalam. Juga kepada ahli keluarga Baginda dan Sahabat Radiallahu anhum ajmain. Moga Allah mengurniakan kita untuk bertemu mereka. Amiiiin.

Sekarang musim peperiksaan akhir. Final exam. Saya pun tak terkecuali untuk pulun semua yang dah belajar. Sebenarnya sekarang kalau ikut jadual yang saya buat, waktu saya belajar subjek Bahasa Melayu Lanjutan. Tapi entah kenapa, bila terpandang Gen Q : Tujuan Hidup rasa nak baca pulak.  (Maaf ye ain, akak pinjam dulu buku kamu) Ain, adik usrah saya. Kesian dia, saya baca dulu sebelum dia sempat habiskan baca.

Saya nak kongsi sedikit apa yang saya dapat. Saya tertarik dengan kolum Strategi Belajar dari Ustaz Umar M Noor. Ustaz Umar berkongsi tentang tip menghafal yang beliau kumpulkan daripada ucapan ulama. Subhanallah. Terbaik ustaz ^_^ 
Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu sesiapa yang berminat menyimpan ilmu nya dalam hati.

1)      Jauhkan maksiat dan banyak bermain

Hafalan yang kuat bermula daripada minda yang jernih dan hati yang bersih. Maksiat dan dosa dapat mengotorkan hati. Oleh sebab itu,perkara utama bagi seorang pelajar adalah untuk menjauhi maksiat dan banyak melakukan ketaatan.
Seseorang bertanya kepada Imam Malik : “ Apakah amalan yang dapat menguatkan hafalan ?” Beliau menjawab : “ Jika ada amalan yang dapat menguatkan hafalan, maka ia semestinya meninggalkan maksiat . “

2)      Kurangkan makan dan tidur

Imam Syafie berkata : “ Sesiapa yang kenyang dengan makanan halal,ia akan banyak minum dan banyak tidur, kemudian menyesal kerana telah melewatkan banyak keuntungan . “

3)      Cintai pelajaran dan baca berulang-ulang

Sesiapa yang  menyukai sesuatu pelajaran, ia akan selalu membacanya. Kesannya, ia akan mudah ingat. Imam Bukhari pernah diminta tip kuat hafalan. Beliau menjawab : “ Aku tidak mengetahui sesuatu yang lebih bermanfaat untuk hafalan selain kecintaan kepada pelajran dan selalu memandangnya. “
Berkata Abu Ishak Al-Shirazi : “Aku selalu membaca pelajaranku seribu kali agar benar-benar menghafalnya .”

4)      Cari masa yang tepat untuk menghafal

Waktu malam dan sebelum subuh ialah saat yang sangat tepat untuk menghafal pelajaran. Pada saat itu, keheningan dunia dan hati bersiap sedia menerima pancaran ilmu. Ismail bin Abi Uwais berkata : “ Jika engkau hendak menghafal sesuatu,maka tidurlah lalu bangunlah sebelum subuh. Buka lampu kemudian bacalah. Sesungguhnya engkau tidak akan lupa setelah itu,in sya Allah .”

5)      Praktik ilmu dan muzakarah bersama rakan

Ilmu akan melekat dihati jika ia diamalkan dan dipraktikkan. Setiap kali mendapat kosa kata baru, gunakanlah ia dalam perbincangan. Setiap kali mendapat maklumat baru, bincangkanlah bersama teman-teman. Dengan itu,ia akan terus kekal dihati. Ibrahim al-Nakhai berkata : “ Sesiapa yang ingin menghafal hadis,maka sampaikanlah hadis itu. Walaupun ia mesti menyampaikannya kepada orang yang enggan mendengarnya . “


Itu sahaja perkongsian yang saya ambil dari majalah Gen Q. Moga ia berguna untuk saya dan sahabat sekalian.

Assalamualaikum.


29/12/12 , Sabtu , 3.50pm



Sunday, December 23, 2012

Kubur..




" Achik, gitau kat yang lain suruh tutup mata dengan kain "  Achik pun keluar pergi ke kereta yang lain.
" Sume tutup mata eh, Along suruh. Driver tak yah ler.hehe "
" Ala, angah tak habis baca buku lagi "
" Takpe,tutup je. Along suruh "
" Ok.."

Mata kami diikat dengan kain. Perjalanan ke tempat yang tidak diketahui. Hanya Along sahaja yang tahu. Anje dan Ateh hanya mengikuti kereta Along.
Mula-mula rasa serabut jugak. Kena tutup mata. Yelah, dah biasa dapat nikmat penglihatan percuma..
Hampir 15 minit perjalanan, sampai juga kami.
" Along dah boleh bukak mata? "
" Nanti, belum lagi. "
" Oke2 " Achik pun layan lagu Rabbani yang tersedia pasang dalam kereta Along.

" Oke semua, keluar. Mata jangan bukak lagi " Semua mengikut sahaja arahan Along. Disuruh naik tangga, naik. Bagaikan si buta yang tiada tongkat. Jalan sahaja mengikut orang yang memimpin.

" Oke dah sampai. Semua boleh bukak mata "
" Allah. sakit mata. Alhamdulillah dapat tengok balik " semua mengomen.hehe~

Semua memandang sekeliling. Kami berada dikawasan perkuburan. Terdetik dalam hati.. "MATI" . Serta merta teringat mati bile sampai kubur.
" Semua gi amek 5 helai daun. Seorang 5 je tau " Along menyuruh kami.
"Baik.."

" Oke,semua boleh duduk dengan selesa.. Kita mulakan dengan Ummul Kitab.. "
Kemudian,Along memulakan usrah kami dengan menyatakan.. " Bila Along tanye soalan, kalau jawapannya tidak, buang satu helai daun ke lantai.. Daun ini umpama saham. Kalau siapa yang dah habis,nak minta yang lain pun boleh. Atau yang ada lagi nak kongsi ke.. Bismillah.."

 "Siapa semalam tak qiammulail? Solat duha, mathurat, telefon mak ayah kat kampung..."  dan soalan-soalan lain terkeluar dari mulut Along..
Satu persatu daun dibuang ke bawah. Sehingga soalan terakhir ada yang tinggal 1,2 dan ada yang tiada. Kami sekadar merenung daun yang telah dibuang. Allahu robbi..

Merenung diri..
Bekalan apa yang akan kami bawa untuk bertemu Raja Hari Pembalasan kelak??
Apakah amalan yang kami ada cukup untuk berada di dalam syurga kenikmatan yang kekal abadi??
Apakah sahabat yang ada hari ini sanggup untuk berkongsi amalan mereka sedangkan amalan kita pun tidak seberapa..


Jazakillah khairan jaza buat Along. Usrah yang cukup bermakna buat kami.