Bismillah.
Alhamdulillah
segala puji bagi Allah Pemilik Alam yang indah ini. Selawat dan Salam serta
rindu buat kekasih Allah, Nabi Muhammad Sallahu’ Alaihi Wasalam. Juga kepada
ahli keluarga Baginda dan Sahabat Radiallahu anhum ajmain. Moga Allah
mengurniakan kita untuk bertemu mereka. Amiiiin.
Sekarang
musim peperiksaan akhir. Final exam. Saya pun tak terkecuali untuk pulun semua
yang dah belajar. Sebenarnya sekarang kalau ikut jadual yang saya buat, waktu
saya belajar subjek Bahasa Melayu Lanjutan. Tapi entah kenapa, bila terpandang
Gen Q : Tujuan Hidup rasa nak baca pulak.
(Maaf ye ain, akak pinjam dulu buku kamu) Ain, adik usrah saya. Kesian
dia, saya baca dulu sebelum dia sempat habiskan baca.
Saya nak
kongsi sedikit apa yang saya dapat. Saya tertarik dengan kolum Strategi Belajar
dari Ustaz Umar M Noor. Ustaz Umar berkongsi tentang tip menghafal yang beliau
kumpulkan daripada ucapan ulama. Subhanallah. Terbaik ustaz ^_^
Mudah-mudahan
perkongsian ini dapat membantu sesiapa yang berminat menyimpan ilmu nya dalam
hati.
1)
Jauhkan maksiat dan banyak bermain
Hafalan yang kuat bermula daripada minda yang jernih dan hati yang
bersih. Maksiat dan dosa dapat mengotorkan hati. Oleh sebab itu,perkara utama
bagi seorang pelajar adalah untuk menjauhi maksiat dan banyak melakukan
ketaatan.
Seseorang bertanya kepada Imam Malik : “ Apakah amalan yang dapat
menguatkan hafalan ?” Beliau menjawab : “ Jika ada amalan yang dapat menguatkan
hafalan, maka ia semestinya meninggalkan maksiat . “
2)
Kurangkan makan dan tidur
Imam Syafie berkata : “ Sesiapa yang kenyang dengan makanan halal,ia
akan banyak minum dan banyak tidur, kemudian menyesal kerana telah melewatkan
banyak keuntungan . “
3)
Cintai pelajaran dan baca berulang-ulang
Sesiapa yang menyukai sesuatu
pelajaran, ia akan selalu membacanya. Kesannya, ia akan mudah ingat. Imam
Bukhari pernah diminta tip kuat hafalan. Beliau menjawab : “ Aku tidak
mengetahui sesuatu yang lebih bermanfaat untuk hafalan selain kecintaan kepada
pelajran dan selalu memandangnya. “
Berkata Abu Ishak Al-Shirazi : “Aku selalu membaca pelajaranku seribu
kali agar benar-benar menghafalnya .”
4)
Cari masa yang tepat untuk menghafal
Waktu malam dan sebelum subuh ialah saat yang sangat tepat untuk
menghafal pelajaran. Pada saat itu, keheningan dunia dan hati bersiap sedia
menerima pancaran ilmu. Ismail bin Abi Uwais berkata : “ Jika engkau hendak
menghafal sesuatu,maka tidurlah lalu bangunlah sebelum subuh. Buka lampu
kemudian bacalah. Sesungguhnya engkau tidak akan lupa setelah itu,in sya Allah
.”
5)
Praktik ilmu dan muzakarah bersama rakan
Ilmu akan melekat dihati jika ia diamalkan dan dipraktikkan. Setiap kali
mendapat kosa kata baru, gunakanlah ia dalam perbincangan. Setiap kali mendapat
maklumat baru, bincangkanlah bersama teman-teman. Dengan itu,ia akan terus
kekal dihati. Ibrahim al-Nakhai berkata : “ Sesiapa yang ingin menghafal
hadis,maka sampaikanlah hadis itu. Walaupun ia mesti menyampaikannya kepada
orang yang enggan mendengarnya . “
Itu sahaja perkongsian yang saya ambil dari majalah Gen Q. Moga ia
berguna untuk saya dan sahabat sekalian.
Assalamualaikum.
29/12/12 , Sabtu , 3.50pm
No comments:
Post a Comment