Pages

Followers

Tuesday, April 9, 2013

dosa




Hujan turun membasahi bumi,
Lebat.
Selebat hati ini.
Kotor dengan dosa.
Penuh dengan cita cita dunia.
Lupa akan tujuan di cipta.

Pernah aku berbisik di hati,
Bilakah akan berhenti semua ini.
Kalah aku dengan ujian yang diberi.
Iman ku nipis. Ditiup nafsu,langsung daku rebah.

Berpura pura dihadapan manusia,
tertawa syaitan melihat kebodohan ku.
Sungguh ingin aku jerit pada alam.
Mengapa kau biar manusia memegang Amanah ?
Berat.
Berat.
Berat.

Ya Rab,
dapatkah aku menjawab segala amanah yang Kau berikan kepada ku?
Aku melihat diri di tepian neraka.
Banyak sekali amanah yang aku lalaikan.
Leka. Cuai aku dengan kemahuan diri.

Ya Rasulullah SAW,
pasti Kau bersedih.
Umat mu ini mengecewakan mu.
Layakkah aku bertemu dengan mu di dalam mimpi.
Ya Rasulullah SAW,
buruk sungguh perilaku ku dalam membawa ISLAM.
Andai Kau berada di sini, pasti hiba melihat akhlak ku.

Apakah aku akan disenaraikan sebagai pelapis pejuangan ISLAM.
Diri ku serba kekurangan untuk di letakkan di dalam barisan Ansarullah dan Hawariyyun.
Kecewa Tok Guru melihat amilin nya tidak bersungguh sungguh dalam melakukan gerak kerja..

Ya Rab, 
Jadikanlah aku hamba yang taat dalam melakukan ketaatan dan menjauhi kemungkaran.
Ya Rasulullah SAW,
hati ini ingin berjumpa dengan mu di dalam mimpi dan di mahsyar kelak..

Ya Allah Ya Karim, Ya Rahman Ya Rahim,
Thabbit Quluubanaa Ya Muqollibal Qulub.



jazakillahu khairan jaza teman dunia akhirat. [ AlHarir ]


|FORUM "THE LION KING, THE BEST MAN WIN"|


Bismillah..
Sikit perkongsian yang dapat ditulis dari
|FORUM "THE LION KING, THE BEST MAN WIN"|

moderator eh Syahmi Syazeril Azmi [ ketua badar skolah sey. heh ]

Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre :

- Jika politik itu kotor, maka kita buang yang kotor.
- Asas politik ISLAM :
>Muntolaq ( tempat terbit ) dari syariah
>Jalan ikut syariah
> Ghoyah ( Matlamat ) Mardhatillah ( Keredhaan Allah)
-Amar ma'ruf yang paling besar : Tegakkan kerajaan ISLAM
-Baiah ( berikrar janji setia ) kepada pemimpin yang nak tegakkan ISLAM.
- Cara pilih pemimpin :الناس على دين ملوكهم
> Qawiyul Amin [24:26]
> Hafiizun 'Alim [12:55]
> Orang yang mampu berijtihad dari nas asal ( Alquran
dan Hadis. Jika tiada, cari orang yang mampu
berijtihad secara jamaie. Contoh nya yang mempunyai Majlis Syura. dan Majlis Syura merupakan yang paling tinggi.
- Banyak orang kena tipu bukan sebab bodoh. Tapi sebab CINTAKAN DUNIA.

Imam Muda Fakhrulrazi

-Zaman Rasulullah SAW,suasana politik dipimpin anak muda.
-Tujuan manusia dicipta?? : Khalifah Allah[51:56] dan Hamba Allah [2:30]
-Sifat pemimpin yang perlu dipilih ialah mengikut sifat Nabi : Siddiq Amanah Fathonah dan Tabligh.

Hadis untuk anak muda,

يعجب ربك من الشاب ليست له صبوة

Allah kagum kepada PEMUDA tiada bagi nya MASA MUDA.
Assobwah dsini bermaksud masa muda nya dihabiskan untuk melakukan ketaatan dan menjauhkan diri nya dari kemaksiatan dan kejahatan.

WALLAHU 'ALAM.


Tuesday, April 2, 2013

Ini Kalilah!


Bismillah

Yang tua pernah merasai muda.
Yang muda tidak semestinya menjadi tua.

Aku pilih waktu muda ku untuk berdebu,berpeluh di jalanan.
Bukan bersenang bergembira bersama teman lelaki mahupun sahabat perempuan.
Berhabis duit,
namun aku tahu,itu sebaik baik pelaburan.
Bukan untuk dunia yang umpama tulang bangkai.
Tetapi destinasi terakhirku menuju syurga Nya dengan penuh kerahmatan.

Aku tahu apa yang aku pilih,
Kerana sudah aku tetapkan matlamat.

Allah tujuanku,
Rasul SAW ikutanku,
Alquran perlembagaanku,
Jihad di Jalan Allah,
Mati kerana dakwah Nya,
Cita-cita tertinggi ku.

Moga Allah tetap kan aku dan sahabat yang memilih jalan ini.
Tetap hingga ke akhir hembusan nafas.

Andai kau fikir, tanpa berkorban, ISLAM akan menang,
maka,
kau jelaskan semula.
Apakah benar jalan yang kau pilih ??
keran Muhammad SAW berdarah di kepala untuk memenangkan ISLAM,
tapi kau bersenang lenang,
empuk dan lalai dengan dunia yang penuh tipu daya.






Hamba dan Khalifah Allah sepenuh masa,