Yang tua pernah merasai muda.
Yang muda tidak semestinya menjadi tua.
Aku pilih waktu muda ku untuk berdebu,berpeluh di jalanan.
Bukan bersenang bergembira bersama teman lelaki mahupun sahabat perempuan.
Berhabis duit,
namun aku tahu,itu sebaik baik pelaburan.
Bukan untuk dunia yang umpama tulang bangkai.
Tetapi destinasi terakhirku menuju syurga Nya dengan penuh kerahmatan.
Aku tahu apa yang aku pilih,
Kerana sudah aku tetapkan matlamat.
Allah tujuanku,
Rasul SAW ikutanku,
Alquran perlembagaanku,
Jihad di Jalan Allah,
Mati kerana dakwah Nya,
Cita-cita tertinggi ku.
Moga Allah tetap kan aku dan sahabat yang memilih jalan ini.
Tetap hingga ke akhir hembusan nafas.
Andai kau fikir, tanpa berkorban, ISLAM akan menang,
maka,
kau jelaskan semula.
Apakah benar jalan yang kau pilih ??
keran Muhammad SAW berdarah di kepala untuk memenangkan ISLAM,
tapi kau bersenang lenang,
empuk dan lalai dengan dunia yang penuh tipu daya.
No comments:
Post a Comment