Pages

Followers

Monday, September 30, 2013

pertemuan yang mengasyikkan!

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah ala kulli hal.
Allahumma solli ala Muhammad wa ala alihi sohbihi wassallim.

28 September 2013. Merupakan satu pertemuan yang tidak mungkin ku lupa. Bertemu dengan seorang guru yang alim. Sangat menyentuh kata-kata nya. Jua taujihatnya buat abnaul harakah. Sungguh, hingga saat ini aku rindu dan terngiang-ngiang segala mutiara yang dikeluarkan.

Al-Fadhil Tuan Guru Zulkifli Ismail.

Mungkin beliau tidak mahu dipanggil Tuan Guru, tapi bagi ku, ilmunya jua sudah layak dipanggil dengan gelaran sedemikian. Beliau bukan sahaja seorang yang sentiasa mendampingi ulama tasawwuf, malah beliau juga seorang ulama haraki. Iaitu beraksi di medan dakwah dengan matlamat tertinggi iaitu menegakkan Islam di Malaysia dan alam seluruhnya. 

Dalam daurah seharian bersama Tuan guru, banyak yang aku dapati malah menyedarkan akan kelemahan dan kekurangan aku dalam menguruskan perihal diri dan ummah. Al-Fadhil Ustaz membedah buku Al-Mauziah Al-Hasanah lil Murobbitin fi amri lil dakwah illah. Peringatan yang baik buat mereka yang mengikat diri dalam dakwah kepada Allah.

Antara yang dapat aku kongsikan adalah, di dalam Al-Quran menyebut bahawa, ' tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah (Ku) '
MenyembahKu atau Ubudiyyah kepada Allah itu menghasilkan Sidqul Iman, berpegang dengan ilmu dan beramal dengan pedoman yang baik. 
Sidqul Iman itu pula bermaksud dengan mencintai Allah, mencintai RasulNya Sallallahu alaihi wassallam dan mencintai jihad dijalanNya.

Mencintai Allah dapat ditunjukkan dengan mengetahui sifatNya, Asma Nya dan mengakui nikmatnNya yang teragung. Jua dengan membaca Al-Kitab yang diturunkan kepada hambaNya Sallallahu alaihi wassallam. Jua dengan menjauhi segala pekerjaan yang membuatNya murka dan mengamalkan apa yang telah diredha Nya.
Mencintai Rasul Sallallahu alaihi wasallam adalah dengan mengetahui sirah hidup Baginda Sallallahu alaihi wasallam, kesempurnaan Baginda Sallallahu alaihi wasallam, keistimewaan Baginda Sallallahu alaihi wasallam, mengikuti sunnah Baginda Sallallahu alaihi wasallam, jua dengan mencintai Ahli keluarga Baginda Sallallahu alaihi wasallam, memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Sallallahu alaihi wasallam.

Yang kedua pula Ubudiyyah itu adalah dengan berpegang dan bertafaqquh dengan ilmu. Cara yang sempurna untuk itu adalah dengan bertalaqqi ilmu bersama guru-guru yang rabbani, memperbanyakkan tadabbur makna Al-Quran, jua menjaga waktu dengan perkara ibadah dan ketaatan. Rasul Sallallahu alaihi wasallam berkata, ' Sesungguhnya ilmu itu adalah dengan belajar ' - perlukan guru untuk mengajar. Perkara yang paling bahaya adalah dengan mengambil ilmu dari ulama dunia. Ulama dunia itu adalah pada mereka tiada perkara haq yang perlu kita ikut. Seperti firman Allah Subhanahu wa taala di dalam surah Al-Jumuah,

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
 
Nauzubillahu min zaalik. Hendaklah kita mengikuti ulama akhirat. Yang mana menunjukkan kita kepada Allah dan Rasul Sallallahu alaihi wasallam. Di dalam berpegang kepada ilmu jua hendak kita menjauhi dalam perkara berlebih dalam memberi nasihat, melazimi tawadu' dan mengetahui kadar ilmu kita. dan Allah sentiasa merahmati mereka yang mengetahui kadar ilmu nya. Mengetahui kadar ilmu ini supaya dapat menjauhi kita dari takabbur dan di pengaruhi kejahilan. 

Di antara ilmu yang perlu dipelajari adalah ilmu quran wa suunah, ilmu aqidah, fiqh, tasawwuf, usul fiqh, bahasa arab, sirah, fiqh dakwah, ilmu aliran semasa dan yang lama. Kita perlu mempelajari nya juaga mengetahuinya dan khususnya kepada para pemimpin murobitun dalam pekerjaan dakwah kepada Allah. 

Yang terakhir adalah beramal dengan pedoman yang baik.
Iaitu adalah dengan  mengikuti ilmu para ulama yang bertaqwa. Setiap ulama itu pakar dalam bidang masing-masing dan tersendiri. Dan hendaklah kita merujuk mereka melalui kepakaran mereka mengikut situasi yang sesuai dan tertentu. Juga hendaklah kita ikuti para ulama atas ilmu nya, juga kejujuran mereka dalam menyampaikan ilmu, bukan kepada gelaran mereka, jua kemahsyuran mereka.
Dan hendaklah kita mengetahui keperluan dan kepentingan sesuatu apa yang telah di suruh Allah. Melebihkan dahulu perkara wajib dari perkara sunat, dan seterusnya.dan nasihat terakhir dari Tuan Guru Zulkifli adalah hendaklah kita meribatkan diri dengan perkara dakwah kepada Allah dan menunjukkan sifat siddiq. Ikhlas dalam apa yang didakwah kan.Bersifat dengan akhlak yang lembut dan belas kasihan sesama manusia dan bersabar dan berhikmah dalam dakwah. Sesunggunya orang yang bijak adalah mereka yang tahu kebaikan diantara dua kebaikan..

Sedikit sebanyak yang dapat dikongsi dari mutiara yang dapat dari Al-Fadhil Ustaz. Moga bermanfaat kepada diriku dan mereka yang membaca.
Wallahu'alam.

Thursday, September 26, 2013

patah tumbuh, susah dikau ku cari


Bismillah,

sayu. sebak. sedih. 3 perkataan yang berlegar dan bermain difikiran dan perasaan aku waktu ini. Sungguh aku tidak mengenali beliau secara rapat. Namun, kehilangan satu mata dari rantai perjuangan ini membuatkan aku sedih. Benar, kematian itu pasti. Dan setiap amalan akan dihisab dan dipersembahkan kepada Allah subhanahu wa taala ketika kembali menemui Nya.

26 September 2013, jam 11 pagi. Telah sampai berita kematian Ustaz Azizan, bekas Menteri Besar Kedah. Moga Allah menempatkan beliau bersama para syuhada dan solihin. In sya Allah.


Kematian itu pasti.

Dalam sibuk kita menguruskan hal-hal dunia, berpencak di medan tarbiyah, siyasah dan dakwah, sama-sama kita meneliti adakah ia semakin mendekatkan kita pada Allah atau menambahkan ujub dan segala penyakit hati. Kematian adalah sebaik-baik peringatan buat mukmin agar selalu memperbaharui niat dan membersihkan hati dan amal dari segala maksiat kepada Allah subhanahu wa taala. Sesungguhnya, tiap amal itu bermula dari niat.

Sayu hati melihat gambar ini. Meskipun bukan anak jati Kedah dan hanya berjumpa sekali Ustaz Azizan, namun rabitah hati dari Illahi tetap menghantar perasaan sayu dan sedih kepada sebuah kehilangan permata dakwah.

Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Ustaz Azizan.
Selamat menunggu janji dari Allah subhanahu wa taala.

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. [ Al-Ahzab:23 ]

moga kita bertemu di sana Ustaz!






Sunday, September 22, 2013

Mengharapkan pembalasan bukan debu bertebangan



Bismillahirrahmanirrahim.

Pening kepala. Baca buku Fiqh Addaulah karangan Syeikh Yusuf Qardawi. Walaupun baru masuk bab pertama. Kepala aku dah berpusing dan berulang kali aku membaca isi nya. Dari muqaddimah dan bab pertama iaitu Kedudukan Daulah menurut perspektif Islam. Mungkin point utama dalam bab ini sekadar pengenalan seperti dalil dari Al-Quran dan hadis mengenai daulah atau persoalan sekitar kewajiban daulah Islam. Ada dalam Al-Quran atau tidak. Sejarah dan sirah dari hayat Baginda Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam. Bersangkut dan berkaitan sejarah penegakan Darul Islam yang pertama iaitu Madinatul Munawwarah.Kemudian beralih kepada point samaada kita memerlukan daulah ISLAM  dan pandangan masa hadapan mengenai Daulah Islam.

 Fuh. Tapi, yang berlegar dalam kepala aku sekarang ini adalah sesuatu yang remeh. kot? iaitu Takrif sebenar ISLAM, DAULAH dan Al-Quran wal As-Sunnah An-Nabawiyah As-Sohihah. Pada tahun pertama di Gombak, kami sudah berusrah Risalah Taalim karangan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, Yang di dalam nya terkandung 20 Usul. dan Usul pertama adalah mengenai takrif yang a'miq (mendalam) mengenai Islam. As-Syahid membahagikan pengertian Islam kepada 5 bahagian, iaitu Islam adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan umat, akhlak dan kekuatan atau rahmah dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan kekayaan atau hasil usaha dan kecukupan, dan jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Sungguh teliti dan mendalam apa yang telah dibahaskan Imam Hasan Al-Banna mengenai takrif ISLAM. Aku juga merujuk karangan Tuan Guru Haji Hadi Abdul Awang, Islam : Fikrah, Harakah dan Daulah. Tuan Guru membahagikan takrif Islam kepada 5  makna. Iaitu, seperti yang tertulis di Hadis ke 2 dari hadis 40 mengenai rukun Islam. Islam juga bermakna tunduk dan menyerah diri. yang ketiga, Islam didefiniskan kepada way of life, ataupun cara hidup manusia di muka bumi. keempat, Islam adalah kumpulan peraturan yang terdiri daripada aqidah, ibadah,muamalat dan sebagainya. Segala peraturan yang mengatur kehidupan manusia adalah ISLAM. dan terakhir, Islam adalah pedoman dan petunjuk manusia yang aku definisikan sebagai satu jalan untuk manusia memperbaiki diri dan masyarakat sekeliling. 

dan makna islam dan agama juga telah dibahaskan oleh pelbagai lapisan ulama dan cendiakawan yang terdiri daripada ulama Islam dan orientalis barat. dan sekarang aku sedang cuba memahamkan pengertian Islam yang diberikan oleh Imam Hasan Al-Banna. 

Mungkin korang semua pelik dan tak tau apa kaitan tajuk dan point aku tulis. haha. aku pun tak tau. saja nak share kot? dan nak bagi aku ingat apa yang dah baca. tapi yang pasti, aku mengharapkan, segala yang aku buat, bukanlah menjadi debu bertebangan. yang bermaksud, aku inginkan di ikhlaskan hati aku dalam mengerjakan amal. sebelum, semasa dan selepas. kerana setiap pembacaan aku bukanlah untuk diri sendiri, tapi untuk aku berikan kepada makhluk Allah yang lain. dan dengan perkongsian ini tidak lain tidak bukan aku harapkan hanya untuk Allah aku membuat nya. Allahumma AAmiiin. Allahumma AAmiiin. 
Allahumma AAmiiin. 

oklah kawan, dalam mengejar kejayaan dan kecemerlangan dalam memperbaiki diri, jangan lupa niat kan hanya kerana Allah. kerana apa aku menegaskan? kerana apabila kau bertemu Allah di langit yang tertinggi, segalanya akan tertolak jika kau meletakkan selain dari Nya. Jangan sekali kau bermain-main dengan ikhlas dan niat. Mungkin kau fikir ia hanya perkara kecil. Namun ingatlah, ia amat besar di sisi Rabb mu.

Wallahu'alam.