Pages

Followers

Sunday, February 15, 2015

Kehilangan yang diredhai..


Bismillahirrahmanirrahim.

12 Februari 2015. Kira-kira jam 9.40 malam aku bergegas membersihkan diri. Seusai menyiapkan kerja jemaah, aku perlu menghadiri Kuliyah Haraki di MTD Gombak Setia. Pabila masuk ke bilik, seorang sahabatku dengan muka sugul berkata, " Tok Guru dah takde. " Aku seperti orang bingung, Tak mengerti. Dia menunjukkan keratan berita mengenai kematian Tok Guru. Saat itu  jantung ku umpama terhenti. Aku memandangnya kembali dan berkata adakah benar berita ini. Diam. Tiada jawapan. Selepas aku membuka Facebook, sudah ramai yang melaporkan berita itu. Aku hanya mampu berkata, Allah.. Allah..

Seisi bumi Malaysia terkejut akan takdir ini. Kerana masih tidak bersedia akan satu kehilangan permata Jemaah PAS. Maka aku mengambil keputusan untuk menziarah. Walaupun sewaktu hidupnya aku tidak pernah menjejakkan kaki ke Pulau Melaka, biarlah akhiran jasadnya aku temani hingga ke kubur.

Tok Guru,
Damailah engkau di sana, 
Dunia abadi yang diimani mukmin,
Tempat bersuka bertemu Tuhan,
Setelah penat kau diperhentian dunia,
Kami menjadi saksi tanaman mu,
Ranum berbuah di Kelantan.
Sayang kami padamu,
Hingga air mata tidak mampu berhenti,
Meski kami tidak pernah bersua mata dengan mu,
Kerana aqidah kami rindu padamu.
Tunggu kami di sana Tok Guru,
Doakan kami istiqamah seperti mu,
Meninggikan Islam meskipun kami tahu musuh dan cacian pasti ada.






No comments: