Pages

Followers

Thursday, September 30, 2010

H.U.J.A.N

Bismillah.
Hujan?ape yg hujan.xde pape.saje aku taip hujan.coz aku suka hujan.hujan Rahmat dari Illahi.walaupun ade org xsuke.terutame akak2 yg sidai baju kat ampaian xde bumbung.memangla kann!!dapat plak dorm E-3-10.berlari lah kamu bagaikan Nelson mandela??.-aku lupe name negro yg kuat lari tu.huhu.-lupekan negro tu.sambung balik.hujan.ye.aku memg suke hujan.bagi aku,hujan tu,Allah turunkan untuk membersih bumiNya ni dari maksiat.makin lebat makin aku suke.hari ini.stat lah cuti sem 1 untuk aku.maka,sebelum sampai ke rumah..macam2 lah benda terjadi.terutame adegan banjir membanjir.huhu.yelah.ade sahabat yg nak pergi Gombak,mcm2lah kenangan pahit manis tawar.yg penting itulah ramuan ukhwah kami.InsyaAllah.sedih hati ini.namun,tiap pertemuan pasti Allah takdirkan dengan perpisahan.aku sebagai hambaNya,hanya mampu redha.Allah tahu yg terbaik untuk kite.betul x??sahabat2 di Nilai ade..InsyaAllah.kite teruskan perjuangan di bumi Nilai!!aku di tenangkan dengan hadis.."tiada naungan lain selain naungan Allah iaitu bertemu dan berpisah krn Allah"..syukran :)
untuk sahabat2 yg akan berjuang di Gombak..ade lagu khas untuk kamu:


Terkenang sebuah memori lalu 
Kisah persahabatan kita bersama 
Di dalam satu pengajian 
Menuntut ilmu dan pengalaman 
Mengingatkanku pengorbananmu 
Terpahat padu di kalbuku 

Bersama rakan taulan dan guru 
Tawa riangmu menghiburkan hatiku 
Indahnya suasana ketika itu 
Terjalin ukhuwah sejati 

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku 
Mengenalkanku erti kehidupan 
Susah payah kita hadapi bersama 
Itulah asam garam dalam kehidupan 

Ya Tuhanku tabahkan hatinya 
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup 
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu 
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat 


sesungguhnya,kalian adalah permata berharga buatku.teguran dan nasihat kalian membuatkan aku masih disini..bersama kalian.InsyaAllah,jika ditakdirkannya.kita jumpe di Gombak yep.terima kasih kerana sudi memahami ku.sebagai sahabat,dan adik beradikku.aku xperlukan kawan yg mampu membelanja ku tiap masa.hanya ku mahu,sahabat yg memahami siapa aku dan sering mengingatkan aku akan kalam2 NYA.mengingatkan akan sirah2 Nabi Nya.dan membawa ku ke jalan perjuangan meskipun perjuangan itu penuh dengan kepahitan.InsyaAllah.
hari ini juga.bapa kepada seorg sahabat ku telah kembali kerahmatullah AL-FATIHAH.semoga ayahanda ditempatkan di tempat org soleh.InsyaAllah.
bermula saat aku jejak kaki di rumah,maka tanggunjawab ku secare jelas kepada ibu bapa dan keluarga.Semoga Allah melindungi kite dari perkara yg tidak baik.ye.minggu ni Along kawen.maka,ramai lah nanti sanak saudara dari jauh dan sebelah umah akan dtg.maksudnye disini,aku kene lah mengemas umah yep.huhu.tema wane Along turqoise.huhu.kalo aku rajen,nanti aku letak gambo dy kawen.huhu.along nak kawen.semoga bahagia ke anak cicit dan dikurniakn keturunan yg taat perintahNya.InsyaAllah.
esok majid ade open house kot.tpi aku xpat dtg.huhu.awal2 lagi aku da kene warning.jgn nak kua gi mane2.hehe.maap majid.pahni aku msg ko.
tetibe aku rase macam da keputusan idea.hm.otak da stop memikir jap.jdi aku xpat menaip.nampaknye.sampai sini jelah post aku untuk kali ni.doakan kenduri kawen along aku bejalan lancar yep!
selamat bercuti semua.gunekan masa cuti untuk berbakti pada ibu bapa kita.Semoga Allah melindungi kita!
-PRAY HARD,WORK SMART-
p/s:aku bakal merindui suapan 'dia'!

Wednesday, September 29, 2010

hari ini

Bismillah.
ye.hari ini.hari ini aku selesai exam.hari ini aku tasmi yusuf ngan ustaz MAMAD YAIDI(BEST TEAcher!!!)
hari ini aku reactive FB aku(moge xlagho---aminn!)
hari ini aku tukar template blog aku.ye.semuanye hari ini.pergi makan KFC bersama *** hari ini juga.
membeli hadiah untuk *** hari ini.
aku melihat ramai menulis MERDEKA di status2 YM dan FB hari ini juga.
kesemuanya menulis hari ini.MERDEKA?belum lagi.hari ini belum MERDEKA.MERDEKA kerana exam?oh tidak.sesungguhnya,selesai exam,maka bertambahlah tanggungjawab kite untk meMAHAMI pelajaran2 itu.mengulang surah2 yg diAMANAHkan(IRK STUDENTS escpecially).aku pula.berteleku ditingkap dorm.memikir..tugasan2 di waktu cuti..umph2.byk buku nak kene habiskan nih!!
tadi gi jupe ustaz YAIDI.ingat nak tye hadis yg kene hafal untuk sem depan.rupe2nye,sem depan baru tentukan ape yg akan dihafalkan..erkkk..semangat ke bawah.aku angkat semula!(xkn nak tggu ustaz suruh hafal,baru nak hafal).ye!satu perubahan perlu dilakukan.hafalkan HADIS!!walaupun 1 hadis.lirik lagu wali band bole hafal 5 minit.hadis NABI xkan xbole2.cube dulu!ye!!mari kita cuba.InsyaAllah.
buku2 yg dibeli.kene habiskan.ye!belum MERDEKA sebenarnye.belum MERDEKA selagi tiada HUDUD(apakah? :p)-case closed.hehe.
buku2 mesti habis
:fiqh sirah 1(habis la....)
:cinta di langit Gaza
:fikrah islamiyyah...
:teori domino BE END tumbang.....(sape nak pinjam :p)
dan ade lagi buku2 nye.kebanyakannye karangan Al-Fadhil UstazRiduan.(kenal?:p)
Alhamdulillah,TRAGEDI meMALI suda khatam.cool beb!hehe.
nanti ade mase aku post kat blog yep.lepas bedah buku dgn dokter la.hehe.
IQRO.BACAlah.so.dont waste ur time guys.lets full our rohani(tebarai english.hihi.da bekaratt)
penuhi waktu cuti anda dengan membaca.ye.membaca.mengelakkan anda dari membuang mase,marilah READING.jika malas membaca buku tebal(bacelah buku nipis!!).jgn MALAS.jangan MALAS!terutama yg menulis.kerana yg menulis akan diuji dahulu.Jauhkan kami dari sifat PEMALAS.aku ade cerita ttg MALAS.ade suami isteri,dan anak laki nye.xbesa la.kecik je.(nampk x?hihi.xnampk lgi 3 jumaat)
anak laki dyorg ni,POMALEH(kua dah nogori den..).sampai makan pon mak eh suapkan.nak dijadikan cerita,mak ngan abah eh kua.outstation barangkali.parents dy pon sediakan satu donat besa.tok anak dy yg pemalas nih.parent dy kalungkan donat tu kat leher dy.nak tahu x tahap pemalas dewa bdk nih??dy meninggal!!sebab pemalas..(apesal plak kan??)
sebab..dy nak pusingkan kepale dy nak habiskan donat tu pon pemalas.(bole ke pusingkan kepale.?haha)ikutla.yg penting.disebabkan donat dy xhabis.dy lapar dan dy..kiok..mati..so jangan malas2.hihih.
NAUZUBILLAH MIN PEMALAS...(amin Ya Rab)
-PRAY HARD,WORK SMART-
p/s:aku rindu meeting dgn ***.

Thursday, September 9, 2010

AMALAN MALAM 'AIDAIN aka 2 HARI RAYA

Ramadan sudah pergi..xsemestinya amalan yg kite buat time Ramadan pon ikot skali..btol x??berduyun2 msg ucapan hinggap di kotak pesanan ringkas ku..tetibe..masuk 1 msg..USTAZ MUHADIR..huu.rupenye..ade yg ingin disampaikan..Alhamdulillah,,.malam2 raye ni,jgn sibuk tgok tb jeh,marilah kite penuhi dengan amalan2 yg baru aku dapat dari Al-Fadhil Ustaz Muhadir..amalan nya ialah:
~SOLAT TAHAJUD
~SOLAT TASBIH-4 rakaat,2 salam
~SOLAT HAJAT
~ZIKIR LAILAHAILLALLAH 1000x
kemudian baca lah
~ALLAHUMMA THABBITNAA BI QAULITH THAABIT3x
~ISTIGHFAR 1000x
~SELAWAT 1000x
~YA HAYYU YA QAYYUM,LA ILAAHA ILLA ANTA 40x
~YA HAYYU YA QAYYUM,AHYIL QULUUBA TAHYAA,WA ASHLIH LANAL A'MAALA FID DIINI WAD DUNYAA 18x


itulah antara amalan2 yg bole kite buat malam nih..InsyaAllah..hm..aku suke satu lagu nih-tetibe-huhu..xkisahla..liriknye best!
aku kongsi la untuk sesape yang terbuka blog aku ni,


Lirik Hujan feat Raihan - Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda

Terkenang
Di ketika itu
Ku di manja
Dan di sayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba di penuhi

Walau hidup
Dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda yang di cintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerana belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibir mu kan menutur senyum
Andainya anak-anak mu bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda yang di cintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerana belum cukup berbakti

Di Aidilfitri X2


kat sini aku nak letak gak perutusan dari TUAN GURU kite..





Allahuakbar, Allahukbar, Allahuakbar…
Lailaha Hilallah Wallahu Akbar,
Allahuakbar Walillahil Hamd.
 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
 Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;
Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari raya kurnia Allah SWT bersempena dengan kita menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan. Menjadi kelaziman selepas menunaikan ibadat-ibadat yang besar. Allah Ta’ala, mengurniakan hari yang besar. Bagi sembahyang lima waktu dikurniakan hari Jumaat, bagi puasa Ramadan dikurniakan Hari Raya Aidilfitri dan bagi ibadat Haji dikurniakan Hari Raya Korban (Aidiladha).
Hari Raya Aidlifitri mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Setelah umat Islam dididik, ditarbiyyah dengan mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadan, supaya menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah SWT. Adalah juga menjadi suatu hikmah yang besar apabila Allah SWT memilih di bulan Ramadan ini berlakunya peristiwa al-Quran Karim diturunkan dan peristiwa peperangan Badar. Peristiwa pembukaan Mekah, diikuti dengan bulan Rejab, bulan Syawal dengan peristiwa Ahzab.
Ini menunjukkan bahawa kemuncak kepada taqwa yang ditarbiyyahkan melalui puasa Ramadan. Orang-orang yang beriman hendaklah menerima al-Quran Karim, satu-satunya petunjuk yang benar kerana ia (al-Quran) daripada Allah SWT. Setelah Allah SWT menyatakan tujuan ibadat puasa itu, supaya kamu (manusia) bertaqwa kepada Allah SWT.
Allah SWT juga menegaskan, “Kitab (al-Quran) ini tidak syak lagi memberi Petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa”. Dan hanya orang-orang yang bertaqwa yang menjadikan al-Quran Karim sebagai Petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quran Karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Apabila beramal dengan al-Quran bukan sahaja mengaku menjadi seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, disertakan dengan keimanan yang sungguh-sungguh dan dalam masa yang sama menegakkan al-Quran itu menjadi Petunjuk dalam seluruh cara hidup individu, keluarga dan masyarakat.
Apabila Rasulullah SAW berusaha untuk mendirikan sebuah negara atau amalan politik. Ini menunjukkan bahawa seluruh al-Quran Karim tidak boleh dilaksanakan melainkan dengan adanya amalan (kuasa) politik yang menjadi syarat, kerana hukum-hukum yang ada dalam al-Quran Karim mensyaratkan adanya negara yang didirikan. Negara yang dilandaskan al-Quran Karim itu dan Petunjuk yang diajar oleh Rasulullah SAW supaya hukum-hukumnya diamalkan.
Para ulama’ mengatakan, “Apa yang tidak sempurna dari perkara yang wajib melainkan dengannya, maka ia (perkara itu) menjadi wajib”. Bagi mendirikan sembahyang syaratnya mestilah berwudhuk, maka berwudhuk untuk sembahyang yang wajib hukumnya wajib. Bagi menutup aurat yang wajib mestilah mempunyai pakaian yang lengkap bagi menutup aurat. Maka, mencari pakaian yang lengkap bagi menutup aurat hukumnya adalah wajib. Bagi melaksanakan seluruh perintah-perintah al-Quran Karim memerlukan amalan politik bagi mendirikan negara yang mendaulatkan Syariat (hukum) Allah. Maka, berpolitik mendirikan negara adalah wajib. Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW. Apabila di sana terdapat di kalangan manusia yang tidak boleh menerima petunjuk al-Quran Karim. Ini kerana, al-Quran itu menghalang hawa nafsu mereka untuk memerintah secara zalim dan diktator. Untuk mereka melakukan cara yang melampau dalam menyalahgunakan kuasa, menyalahgunakan nikmat harta negara yang diberi oleh Allah SWT. Meneguhkan kuasa menyebabkan seseorang itu boleh membuat apa sahaja.
Apabila al-Quran Karim menghalang kelakuan yang haram dan buruk itu, menyebabkan kumpulan-kumpulan yang mahu melakukan amalan itu menentang usaha Nabi SAW untuk mendirikan negara Islam. Maka, berlakulah pertembungan antara haq dan batil, di antara benar dan salah, di antara adil dan zalim. Inilah yang menimbulkan peristiwa Badar, yang menimbulkan pembukaan Mekah, yang menimbulkan peristiwa Ahzab.
Apa yang menarik, peristiwa-peristiwa ini melibatkan bangsa Arab, melibatkan orang-orang Yahudi Ahlil Kitab. Ini menunjukkan bahawa pertembungan yang melahirkan Furqan, yang membezakan haq dan batil, bukan di atas asas kebangsaan, bukan di atas asas ke negerian. Tetapi di atas asas prinsip aqidah Islam yang benar, yang menegakkan iman, yang menolak kufur, yang menegakkan Islam, yang menolak jahiliah, yang menegakkan adil yang menolak kezaliman.
Inilah semangat yang perlu dilahirkan dari Ramadan, semangat yang diperlukan lahir dari hari raya. Di sinilah hikmatnya, mengapa tiap-tiap hari raya kita bertakbir membesarkan Allah SWT dengan menyebut ‘Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar’ dan Allah sahaja Yang Maha Besar. Dan bagi Allah sahaja kepujian dan kita menyebut (maksudnya): “Tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, Esa-Nya dan tidak ada sekutu bagi-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang berjuang untuk menegakkan Islam, yang menghancurkan bala tentera Ahzab. Yang menentang usaha bagi menegakkan Islam itu”.
Inilah semangat hari raya yang perlu disambut. Dalam masa yang sama, kita hendaklah mengukuhkan saf umat Islam itu sendiri. Khususnya, di kalangan mereka yang menegakkan Islam dengan mengeratkan hubungan persaudaraan di antara satu sama lain. Dan mereka yang terlanjur melakukan kesilapan hendaklah sedar dan insaf serta kembali ke pangkal jalan. Sebagaimana yang ditunjuk oleh generasi awal umat Islam yang membawa mereka kepada kemuliaan. Kemuliaan yang diberi oleh Islam sebagaimana yang dinyatakan oleh Khalifah Umar al-Khatab, “Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain dari Islam, nescaya kita akan menerima penghinaan daripada Allah”.
Cukuplah, kehinaan yang menimpa umat Islam hari ini mereka diratah oleh kaum yang lain. Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada umat yang lain, tiba-tiba mereka terpengaruh dengan umat yang lain. Marilah, kita kembali dengan semangat Ramadan, dengan semangat hari raya melahirkan umat yang dinyatakan oleh Allah (bermaksud): “Kamu adalah umat yang dijadikan oleh Allah untuk dikeluarkan kepada manusia, untuk menjadi contoh, untuk memimpin manusia, dengan ciri-ciri dan sifat-sifat kamu menyuruh kepada yang baik dan kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”.
Dan mudah-mudahan kita dapat melaksanakan kewajipan ini dengan penuh mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah SWT sebagaimana yang dijanjikan (bermaksud): “Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mereka itu mengabdikan diri  kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasiq.
Sekian.                
Salam Hormat,
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

-PRAY HARD,WORK SMART-

Wednesday, September 8, 2010

sedikit sahaja..

hm..malam ni..malam ke 29 Ramadan..bulan Rahmat makin meninggalkan ku..apakah Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan sebelumnya??apakah akan ku temui Ramadan lagi....semoga Allah menerima amalan Ramadan ku kali ini..byk perkara yg terjadi Rmadan kali ini..suka,duka..semuanya memberi pengajaran pada ku..aku rase,belum terlambat lagi untuk menyeru semua sahabat...rebutlah amalan yep...
-PRAY HARD,WORK SMART-