Pages

Followers

Showing posts with label HIDUP KU. Show all posts
Showing posts with label HIDUP KU. Show all posts

Friday, November 20, 2020


Apa khabar 2020?
 Khabar tidak berapa baik.Kerana kita diuji dengan wabak covid 19.
 Ekonomi tidak berapa baik, begitu juga kehidupan. 

Tapi ini adalah semua yang sudah ditetapkan oleh Allah subhanahu wa Taala.

Lama dah Cikna tak menulis di blog ini. Sudah berhabuk. Dan sekarang Cikna tak tahu apa yang nak tulis.

Okay nak update.

i am married woman with a great husband. Best friend of mine. And this year already more than five year.

thats all from me. bye.








Sunday, December 7, 2014

Aku dan cinta Allah



Bismillah,

Sungguh 
kerap kali aku terjatuh,
ke lubang dalam dosa.

Sungguh
 kerap kali aku putus asa,
dari Maghfirah-Nya yang Maha Luas.

Sungguh
 kerap kali aku ingin lari,
dari medan menjadi daie.

Sungguh
 kerap kali aku lupa,
Tiap kali aku pergi,
Cinta Allah pada ku semakin kuat.

Sungguh
 kerap kali aku lupa,
Ujian itu tanda kasihNya pada ku.

Sungguh
 kerap kali aku lupa,
pada ARRAHIM Nya.

Tiap kali aku jatuh,
Allah akan hadirkan perasaan seorang Attaibun padaku.

Tiap kali aku putus asa,
Allah akan hadiahkan padaku nikmatNya,
Yang sudah lama aku doakan.

Tiap kali aku ingin lari,
Allah hadirkan manusia bersama ukhuwwah,
Bukti ini perjuangan Nubuwwah.

dan tiap kali aku lupa,
Datang peringatan dari Nya,
dari arah yang tidak dapat ku sangka,

Sungguh Tuhan,
Jika Kasih dan Cinta Mu sungguh utuh,
tidak aku perlukan selain dari Mu,
di dunia ini.

Cukuplah Engkau,
Yang memimpinku,
Yang memberi hidayah padaku,
Yang memberi nikmat padaku,
Yang seringkali mengampuniku,
Tatkala aku berulangkali berdosa.






Friday, May 23, 2014

Masa

بسم الله الرحمن الرحيم

Bukan kah tuhan sudah berfirman,

Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu didalam kerugian.
Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.
Dan berpesan dengan kebenaran,
Dan berpesan dengan kesabaran.

Tetapi,
Manusia pasti akan  berada dalam kerugian yang nyata.
Manusia yang lupa,
Manusia yang leka,
Manusia yang derhaka.

Meskipun jam di tangan berharga jutaan ringgit,
Berlalu nya waktu itu tidak mampu dibayar dengan sepuluh harga jam.

Sungguh waktu itu berharga.
Buat mereka,
Yang beriman,
Yang beramal soleh,
Yang berpesan dengan kebenaran
Dan yang berpesan dengan kesabaran.

Benar kata Imam Syafie,
Cukup saja surah Al-Asr diturunkan kepada manusia.

Saturday, May 25, 2013

final exam. year 2, 1 sem.






Tuhan,
hamba Mu ini tahu,
Kau akan memberikan kejayaan.
Maka,
permudahkanlah urusan ku..



Sunday, January 15, 2012

yang teristimewa

Bismillah~


ni hadiah dan permintaan kamu berdua :")

saya dah siapkan,. hihi. sori kalau x lawa. Paint kan. hehe.



Jazakumullah khairan kathira atas segala nye sepanjang sem ni. 
Belanje saye dinner, hu, terharu. sanggup dtg bilik :'(

Maaf tak dapat jumpe sebelum pulang PD.
Jage diri baik2 cuti ni.
hadam sirah. hehe. nati kite main kuiz! =)
semoga Allah melindungi kita semua~

Fi Amanillah ya kholilati wa habibati.



Monday, December 19, 2011

teringat..

Bismillah..
Alhamdulillah..

segala perkara yang tidak di mulakan dengan Bismillah,tiada keberkatan.


teringat..


hujung minggu yang terisi. mendapat taujihat daripada orang-orang yang 


dibersihkan malah di jaga hati mereka oleh Allah. setiap kali mereka 


mengeluarkan butir bicara,meremang bulu roma. mendapat semangat. moga 


semangat itu tidak berhenti di sini. biarlah ia terhenti sewaktu aku di 


mengakhiri kehidupan ku.. Allah,.

usrah petang tadi. membicarakan rukun thabat,taat,tajarrud,ukhwah dan 


thiqoh. supaya dapat mengingat semula. memahami semula,menghayati 


semula rukun yang telah di sediakan oleh Hasan Al-Banna. buat mereka yang 


hadaf hidup nya, ALLAHU GHAYATUNA.


tak mampu mengulas panjang mengenai thabat. Nauzubillah andai gugur dari 


jalan dakwah,gugur dari jalan perjuangan Rasulullah SAW. 




Ya Allah,Thabatkan lah hati ku,dan teman seperjuangan dalam jalan fisabillah Mu..


teringat lagi,


Rehat tentera Allah hanya lah sewaktu bertemu dengan TuhanNya. saat itu. 


seperti mahu mengalir air mata.


melihat diri yang banyak dosa. adakah layak di gelar tentera Allah. sayu 


memikirkan amanah yang tidak tertunai. Sunnah yang tidak di amalkan.. 


Namun,hati pantas mengakui, ini sunnah perjuangan. tidak bergelar ansarullah 


andai hidup tanpa ujian.

Khabbab Al-Arat di tegur kerana meminta kemenangan setelah tidak tahan 


menerima seksaan. Takut juga memikirkan diri yang lebih dhaif ini. Allahu 


Robbi.,


teringat saat itu,


apabila sedarkan. bahawa aku manusia lemah. mudah mempamerkan emosi. 


aku memerlukan manusia. malah aku memerlukan Allah,


Kalam Nya diberi pada ku,

agar hati yang buas ini,

mudah tunduk..


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.[59:18]


teringat lagi,


ketika ayat ini di bacakan;


Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.[9:38]


aku menyedari bahawa untuk mendapatkan syurga itu bukanlah mudah,
apabila panggilan jihad dilaungkan,
andai kata tiada tarbiyyah,pasti aku akan melupakan ayat ini,.
tarbiyyah yang diberi malah mesti dicari,,..
Tarbiyyah bukan segala-galanya,
tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.



Wassalam~

Wednesday, November 9, 2011

Labbaik~

Bismillah,,

 Labbaik Allahumma Labbaik:
Kami memenuhi dan akan melaksanakan perintah-Mu ya Allah.

Labbaika la syarika laka labbaik:
Tiada sekutu bagi-Mu dan kami insya Allah memenuhi panggilan-Mu.

Inna al hamda wa an ni’mata laka wa al mulka la syarika laka:
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan begitu juga kerajaan adalah milik-Mu dan tidak ada sekutu bagi-Mu.
tibetibe hajat untuk ke sana, 
[Mekah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah]
semakin menggila ~ hmm..

 Khabarkan aku tentang Islam ? 
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila "berdaya ke sana".
Ya Allah sampaikanlah aku ke sana..

Tuesday, November 8, 2011

a.k.u

Bismillah.
post yang tak ilmiah.
saje nak tambah post[suke hati la.hehe]

Iman itu,,bertambaH dan berkurang.
Malaikat saje iman nya tak berganjak.kerana mereka maLAIkat! bukan MANUSIA,INSAN.
ni lah,,masalah aku sebenarnya..


Kejap hamasah tinggi,kejap macam )$^%$^#^&$%& [huruhara]
adakah sebab AL-FAHMU aku sikit @ CETEK ??!!
atau hati aku semakin penuh dengan titik hitam..
Allahu Robbi..
 Jangan KAU palingkan hatiku setelah KAU beri hidayah..
Aku ingin mati dalam jalan dakwah ini YA ALLAH...

Friday, August 26, 2011

Balik kampung .. ooooo balik kampung ~~

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamulaikum WaRahmatullahi WaBarakatuh .. 
Alhamdulillah. Pada pagi 26 Ramadhan 1432H,Allah masih beri peluang pada saya untuk hidup malah bernafas dan masih diberi nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah.


InsyaAllah,hari ini saya ingin berkongsi mengenai solat jamak dan qasar. Sebelum itu,saya sebagai PA yang tidak bertauliah [haha,berangan] ingin menyampaikan perutusan daripada Al-Fadhil Ustaz Nasharudin Hassan; Ketua DPP Malaysia


Tip Balik kampung sempena Aidil Fitri 1432 :

1. Ikhlas niat kerana Allah untuk pulang menghubung silaturrahim
2. Rancang perjalanan awal dan hati - hati memandu
3. Bawa pulang ole - ole raya buat yang tersayang dan mereka yang menanti
4. Sampaikan maklumat isu semasa yang benar untuk keluarga di kampung
5. Didik dan pujuk keluarga di kampung agar menyokong perjuangan Islam.





Mesti ramai yang sudah bersedia untuk menyambut lebaran. [aku pon same je] Dalam masa yang sama para pencinta Ramadhan sedang menangisi pemergiaannya. Allahu Robbi.

Muhasabah bersama,sama ada kita dapat kad result MUTTAQIN pada penghujung Ramadhan atau mandapat HOOSIRIIN.. Nauzubillah.


Mari kita teruskan. Waktu balik raya je,saya mesti menyelak buku yang mengandungi solat jamak dan qasar [penyakit lupa yang kronik aku ni]  Tahun ini,alhamdulillah,dah tulis dalam blog ni,tak kan nak lupa plak kan.. [huuuu


Okey. yang pertama  apa itu SOLAT JAMAK ? 




  1. Solat Jamak adalah mengumpulkan 2 solat dalam 1 waktu; misalnya solat zuhur kepada Asar begitu juga sebaliknya serta solat Maghrib kepada Isyak begitu juga sebaliknya.[faham tak ni]
Solat Jamak ada 2 iaitu;

  1. Jamak Takdim; Solat Zuhur dijamakkan dengan Asar pada waktu ZUHUR. dan Solat Maghrib dijamakkan dengan Isyak pada waktu MAGHRIB.
  2. Jamak Takhir pula ; Solat Zuhur dan Asar dilakukan pada waktu ASAR dan solat Maghrib dan Isyak dilakukan pada waktu ISYAK.
Syarat Jamak Taqdim;

  • Hendaklah dimulai solat pada waktunya terdahulu, maksudnya lakukan Zohor daripada Asar dan Maghrib daripada Isyak [ Oke tak ni,ke ade pening.. hee]
  • Niat Jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbiratulihram atau ditengah-tengah solat selama mana ia belum memberi salam.
  • Berturut-turut antara solat pertama dan kedua. Tidak boleh diselangi oleh pekerjaan atau perbuatan lain.
  • Sekiranya diselangi oleh iqamat dan mengambil wudhu maka jamaknya tidak batal.
  • Berkekalan musafir sehingga solat yang kedua tetapi tidaklah  disyaratkan sehingga selesai solat.
Syarat Jamak Takhir [bukan jamak Toksey =.=']
    • Apabila masuk waktu Zuhur atau Maghrib,kita mestilah memasang NIAT hendak mengerjakan solat Zuhur pada waktu Asar dan solat Maghrib pada waktu Isyak.
    • Solat Jamak Takhir tidak disyaratkan tertib - xkisah la nak buat zuhur dulu ke asar dulu ke- tapi diGALAKKAN supaya mendahulukan Asar dahulu atau pun Isyak dahulu.
Okey,sekarang kita beralih pada pengertian dan syarat Solat Qasar pula..

Pengertian;

Memendekkan solat daripada empat rakaat menjadi dua rakaat. Solat yang boleh dipendekkan ialah Zuhur,Asar dan Isyak. [sapo koba subuh ngan maghrib bole,meh sini den nak jumpo]





* Solat Jamak dan Qasar hanya boleh dilakukan apabila seseorang itu bermusafir lebih daripada dua marhalah *

Syarat Qasar ;

  • Musafirnya hendaklah tidak bertujuan MAKSIAT !
  • Perjalanannya tidak KURANG daripada dua marhalah.[Banyak pendapat sebenanye tentang 2 marhalah ni,ade kate 90 km,ade 91 km dan ade kate 100km.Aku amik 90 km,.hu ustaz time kat skolah cakap .. ]
  • Solat yang hendak diqasarkan hanyalh solat Zuhur,Asar dan Isyak yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak boleh dilakukan solat Qasar Qada dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa didalam kawasan tempat kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan dalam musafir.
Hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratulihram. Lafaz niat (contoh bagi solat Zuhur)   
     
                      أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا لِلَهِ تَعَالَى 
"Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala."
  • Tidak boleh berimam orang yang solat tamam -sempurna-
  • Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu,maka tidak boleh qasar.
  • Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  • Dia tahu bahawa orang musafir itu harus mengerjakan qasar.
" Solat Jamak dan Qasar adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hambaNya dalam segenap masa bagi orang musafir,sama ada senang atay susah asalkan melebihi dua marhalah "

Permulaan Musafir dikira setelah kita keluar kawasan,sama ada melalui sungai,perit,kota sempadan atau kawasan yang tidak ada bangunan lagi.
Akhir Musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi. 

Niat Jamak Takdim dan Qasar: Zuhur-Asar


أُصَلَّي فَرْضَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ العَصْرُ أَدَاءِ لِلَّهِ تَعَلَى

"Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala"

Selepas beri salam maka iqamah sekali lagi tanpa menangguhkan-kecuali nak amik wudhu-
dan niat semula :


أُصَلِّي فَرْضَ العَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَى الظُّهْرِ أَدَاءً لِلِّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada Zuhur kerana Allah Taala"


Niat Jamak Takdim dan Qasar: Maghrib-Isyak

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلَيْهِ العِشَاءُ أَدَاءً لِلِّهِ تَعَالَى

"Sengaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah Taala"


Selepas beri salam maka iqamah sekali lagi tanpa menangguhkan-kecuali nak amik wudhu-
dan niat semula :


أُصَلِّي فَرْضَ العِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat fardu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada Maghrib tunai kerana Allah Taala"


Niat Jamak Takhir dan Qasar: Asar- Zuhur


أُصَلِّي فَرْضَ العَصْرِ رَ!كْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى


"Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada nya Zuhur tunai kerana Allah Taala"


Selepas beri salam maka iqamah sekali lagi tanpa menangguhkan-kecuali nak amik wudhu-
dan niat semula :


اُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَى العَصْرِ أَدَاءً لِلِّهِ تَعَلَى


"Sahaja aku solat fardu zuhur dua rakaat dipendekkan den dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala"


*MAGHRIB TIDAK BOLEH QASAR*


Niat Jamak Takhir dan Qasar: Isyak - Maghrib


أُصَلِّي فَرْضَ العِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى


"Sahaja aku solat fardu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah Taala"


Selepas beri salam maka iqamah sekali lagi tanpa menangguhkan-kecuali nak amik wudhu-
dan niat semula :


أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثًلَاثً رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلَى العِشَاءِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى


"Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isyak tunai kerana Allah Taala"

Sebelum tu,nak kongsi doa bermusafir.



الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَر وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ
Maksudnya : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami. 




Alhamdulillah. Semoga perkongsian saya pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Sahabat,solat lah anda walau di mana jua anda berada. Perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah pada hari Kiamat nanti ialah SOLAT. Andai baik solat kita,pengakhiran yang indah buat kita di 'sana' nanti,begitu juga sebaliknya sekiranya solat dilakukan dengan lalai dan tidak bersungguh,maka tunggulah balasan di hari pembalasan kelak. Semoga kita tergolong dalam golongan mukminin.
 Sirru 'ala barakatillah. Semoga ketemu lagi. Maaf salah silap.






[Sumber rujukan: Buku Indahnya hidup bersyariat Dato Ismail Kamus]


tak sabar nak bermusafir ke Pahang raye ni..






Tuesday, July 26, 2011

LAYAK KAH AKU ??

Layakkah Aku menjadi da'ie?
Jika diri sendiri belum di islahi
Bercakap bukan main tinggi
Nak laksanakan,masyaallah, susah sekali.

Layakkah aku menjadi da'ie?
Qiamullail setahun sekali
Baca quran pun semuka je sehari
Ada hati nak jadi kekasih Ilahi 

Layakkah aku menjadi da'ie?
Sedangkan masalah hati penuh dalam diri
Muamalat pun sesuka hati
Panggilan abang sayang dah jadi lali

Layakkah aku menjadi da'ie ?
Akhlak pun macam tahi
Gelak tak tengok kanan kiri
Orang sekeliling jenuh dok perhati

Ya Allah Ya Rabbi
Pimpilah diriku ini
Yang sentiasa di uji
Dari kanan dan kiri

Aku sedar segala kelemahan diri
Semoga dengan sentuhan kasihMU
Memberikan kekuatan untukku mengubah diri
Menjadi mukmin sejati
Yang mampu berjuang sepanjang hari
Demi mencari syurgamu Ilahi...

Wednesday, May 25, 2011

Beratnya perjalanan ini ..

BISMILLAH..


Alhamdulillah. Allah masih memberi nikmat untuk hidup,nikmat untuk berkata,nikmat untuk menulis,nikmat untuk bersuka .. Alhamdulillah ..namun ..dengan nikmat ini,berapa ramai yang bersyukur dengan penuh penghayatan ?? Tepuk dada,tanyalah iman ya ikhwan wa akhowat fillah ..untuk diri ku jua ..
dah lame x update blog.. kekurangan teknologi internet di rumah melambat kan pergerakan aku di alam maya ..FB pon aku 'rehat' kejap .. ramai plak yang bertanya..aku sekadar memberi jawapan.. nak 'UZLAH' kejap ..yelah ..terkadang di FB xperasan ..berlaku nya dosa yang tidak sengaja.. berbual xkena..memang xdinafikan,FB boleh memberi 1001 pahala andai betul tindakan kita..namun,FB boleh menjadi sebaliknya andai terleka mengikut nafsu dan tidak mendapat teguran dan nasihat daripada sahabat-sahabat yang ikhlas..
ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE ..IRK.. atau dalam bahasa melayu nya,Ilmu wahyu dan warisan islam.. bersyukur aku pada perancanaanNya..pilihan pertama aku sewaktu mengisi UPU..actually,bukan mudah menjadi orang yang belajar ilmu agama ni ..apatah lagi apabila mengetahui,jika tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari adalah Gila dan sia-sia..dek kerana hati yang penuh karat,mungkin hanya memejamkan 'mata' atau pun Allah yang memejamkan'mata' (hati) daripada mengamalkan ilmu yang dipelajari ..Nauzubillahu min zalik..
bukan pelajar irk sahaja ..malah,sesiapa yang mengetahui tentang agama ..seWAJIBnya mereka mengamalkan ..malah memberi tahu kepada semua masyarakat dunia akan isi ilmu itu ..amat besar kemurkaan Allah,andai kita mendiamkan kebenaran ataupun dengan bahasa mudah nya menjadi syaitan bisu ..Nauzubillah...masuk kelas bagaikan mendengar ceramah-ceramah agama ..memang itu pun perkara perlu pelajar irk hadapi tiap-tiap hari ..ade ceramah yang fully arabic..satu patah pon xde bahasa melayu..tapi itu yang perlu pelajar irk bangga kan ..masuk kelas bahasa syurga ..malah itu yang perlu kami tingkatkan..untuk memahami dengan sepenuh pemahaman bahasa Al-quran itu..persiapan yang lengkap untuk masuk ke main campus ..
pelajaran di cfs menjadi semakin menarik apabila ade ustaz yang menerangkan dengan sepenuh hati ..bukan nak compare ustaz2 ni..sume ustaz bagus ..tapi satu yang paling aku suke tentang ustaz ni ..dia suke meangingatkan kami bahawa kami adalah pelajar IRK ..jika ada pelajar yang memakai seluar pendek,atau bergelak ketawa tanpa hala tuju di hadapan FB,itu bukan pelajar IRK ..yelah,ape yang kami belajar dalam core course??? subjek aqidah,fiqh,dirasat al-quran,hadis ..xkan pelajar IRK nak buat perkara pelik2 macam tu ?? jawapan nya,ustaz suruh jawab dalam hati ..tepuk dada,tanya lah iman :)
perjalanan semakin jauh dan panjang ..perjuangan mengejar  cita-cita sendiri dan tanggungjawab membawa agama yang di amanahkan perlu di utamakan .. agama dan cita-cita,aku letak dihadapan..persiapan nya ?persediaan nya ? hanya Allah dan aku sahaja yang tahu .. bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian ..yep ..memang mudah nak taip ..nak jadikan realiti perlukan usaha yang tinggi ..musuh dalaman dan luaran perlu di kenalpasti ..paling parah musuh dalaman ..iaitu nafsu aku sendiri..
kepada teman dan sahabat seperjuangan ..aku doakan kite selamat belayar di Gombak nanti ..semoga kita sentiasa di jaga iman dan hati oleh Allah .. tomorrow is mystery..we never know what will happen to us..do pray to Allah always..semoga aku diterima untuk menjadi anak-anak kapal membawa bahtera Islam di sana ..


Akhir sekali,hayati cerita ini ..


Seorang wartawan bertanya Imam al-Syahid tentang dirinya dan meminta 
beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata: 
“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang 
mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan 
sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah 
naungan Islam yang murni. 
Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia 
berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan 
sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada 
saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri. 
Inilah saya, anda pula siapa?” 


Hasan al-Banna 

Fi Amanillah-saiyidsufi-


p/s:penulis hanya seorang hamba yang tidak terlepas daripada kesilapan.maaf atas segalanya

Tuesday, April 26, 2011

mencari SAKINAH ..

Salam alaik ya ikhwan wa akhowati fillah,


Dengarlah,Hayatilah...


Wahai UMAT QURAN! 
‘Aqidah dan Wijhah hidupmu menyuruh engkau tampil ke depan, mengkutbahkan, “Suara Langit” di 
bumi. Isilah fungsimu dengan kegiatan dan kesungguhan; jalankan Amanat ini dengan segala kepenuhan 
dan ketekunan. 
Dunia dan Kemanusiaan menunggu pimpinan dan bimbinganmu. Bumi menantikan “Cahaya Langit” yang 
mampu menyapu kegelapan. 
Jaga dan peliharalah jangan sampai “jambatan” ini runtuh, agar hubungan Bumi dengan Langit tidak patah 
atau terputus. 
(1) Qum, Faanzir ! 
Bangkit dan berdirilah, susun barisan dan kekuatan. Barisan dan kesatuan Umat. 
Canangkan seruan dan ancaman. Seruan kebenaran dan ancaman kebinasaan jika menolak atau menentang 
kebenaran. Gemakan sentiasa Kalam Ilahi, kumandangkan selalu suara dan seruan kebenaran. 
Sampai peringatan ini ke kuping segala Insan! Gempitakan kepada dunia dan kepada manusia ajaran agama 
Tauhid, ajaran Cita dan Cinta. 
(2) Worabbaka fakabbir 
Besarkan Tuhanmu, di atas segala! Tiada kebenaran yang menyamai KebesaranNya. Tiada kekuasaan yang 
menyamai KekuasaanNya. Tiada urusan atau kepentingan yang lebih dan urusan dan kepentingan 
menjalankan perintahNya. Kecil semuanya dihadapan Allahu Akbar. Fana, lenyap dan binasa segala dalam 
ke BaqaanNya. Tiada ketakutan selain dan lazab, siksaNya yang akan menimpa. 
Tiada harapan selain dan ke RidhaanNya belaka. Tiada kesulitan apabila ruh telah bersambung dengan 
Maha Kebesaran dan Maha Kekuasaan Tuhan yang Tunggal itu. 
(3) Wathiabaka fathahhir!  
Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu! Hanya dengan kesucian ruh jua Amanah dan Risalah ini dapat 
engkau jalankan. 
Risalah dan Amanah ini adalah suci. Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumur 
dosa dan noda. 
Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban berat ini. 
Sucikanlah dirimu, lahir dan batin, baru engkau ajar manusai menempuh tugas dan beban berat ini. 
Thahirum muthahir suci dan mensucikan, itulah peribadi Mukmin yang sejati. 
Tangan yang berlumur darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia. Jiwa 
yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti dunia dan manusia. 
(4) Warrujza fahjur ! 
Jauhilah maksiat, singkiri mungkarat! Dosa itu akan menodai dirimu, akan menghitamkan wajah 
riwayatmu. 
Engkau tidak akan sanggup menghadap, jika mukamu tebal dan hitam dengan dosa dan maksiat, Namamu 
akan cemar dihadapan Rabbi, kalau laranganNya tidak engkau singkiri dan jauhi. 
Bersihkanlah keluargamu, jiran dan tetanggamu, masyarakat bangsamu dan maksiat dan mungkarat dan 
dosa dan noda. 
Bangsa dan Negaramu akan karam-tenggelam dalam lembab kehancuran dan kebinasaan, jikalau maksiat 
dan mungkarat telah menjadi pakaiannya. Makruf yang harus tegak dan mungkar yang harus roboh, adalah 
program perjuanganmu. A1-Haq yang mesti dimenangi dan bathil yang harus dibinasakan, adalah acara 
dan jihadmu. 
(5) Wala tumnun tastakthir’ 
Janganlah engkau memberi kerana harapkan balasan yang banyak! 
Jalankan tugas ini tanpa mengharapran balasan dan ganjaran dan manusia ramai. 
Menjalankan tugas adalah berbakti dan mengabdi, tidak mengharapkan balasan  dan pujian, keuntungan 
benda dan material. 
Kekayaan manusia tidak cukup untuk “membalas” jasamu yang tidak ternilai itu. Bukankah tanpa engkau, 
masyarakat ini akan kering dan ketiadaan Iman, kepercayaan dan, pegangan? 
Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa 
engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama? 
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang ke dunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan 
tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. 
Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua. 
(6) Walirabbika fasybir ! 
Kerana Tuhanmu, hendaklah engkau sabar! 
Lakukanlah tugas dan kewajipan ini dengan segala 
kesabaran dan ketahanan. 
Sabar menerima musyibah yang menimpa, ujian dan percubaan yang datang silih berganti. Sabar 
menahan dan mengendalikan diri, menunggu pohon yang engkau tanam itu berpucuk dan berbuah.  
Tidak putus asa dan hilang harapan atau kecewa melihat hasil yang ada kerana tidak seimbang 
dengan kegiatan dan pengorbanan  yang diberikan. Hanya Ummat yang sabar yang akan mendapat 
kejayaan sejati dan kemenangan hakiki. Hanya Ummat yang sabar yang akan sampai kepada tujuan. 
Haza dzikrun! 
Inilah enam peringatan dan enam arahan! 
Untuk Mujahid Dakwah. Syahibud Dakwah, si Tukang Seru. 
Bukankah tanpa engkau, masyarakat ini lenyap ditelan kesepian, tiada suluh dan pelita? Bukankah tanpa 
engkau, hidup ini akan kerdil; hidup kehampaan dan segala kehampaan, kerana tiada Iman dan Agama? 
Kalau tidak adalah “penyuluh-penyuluh” baru datang kedunia seperti engkau, alam ini seluruhnya akan 
tenggelam dalam kegelapan, kesepian dan kehampaan. 
Jalankan tugas ini kerana hanya mengharapkan ke Ridhaan Tuhanmu jua. 


-Usrah dan Dakwah,Hasan Al-Banna-






 "Hai Tuhan kami, tetapkanlah tapak-tapak kaki kami di atas jalanMu"