Alhamdulillah segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah juga kerana masih beri nikmat sihat dan masa lapang. Alhamdulillah sekali lagi kerana masih bernafas dan mendapat nikmat IMAN dan ISLAM. =)
InsyaAllah,hari ini ingin saya berkongsi serba sedikit mengenai tafsir surah Al-Qadr.Tafsir ini saya ambil dari Tafsir Al-Azhar,Prof Dr Hamka. Hari ini sudah masuk hari yang ke 24 Ramadhan 1432 Hijrah. Sudah 24 hari umat Islam mengerjakan ibadah wajib iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan. Saya tergerak untuk menulis mengenai surah Al-Qadr kerana ingin mengetahui keindahan malam Qadr.
Dari 'Aisyah ra katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Bersiap-siaplah untuk mendapatkan Malam Qadar itu pada bilangan ganjil daripada sepuluh malam yang akhir.
(Hadis Sahih Al-Bukhari)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam kemuliaan.
Dan sudahkah engkau tahu,apakah dia malam Kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih utama daripada 1000 bulan.
Turun Malaikat dan Roh pada malam itu,dengan izin Tuhan mereka membawa pokok-pokok dari tiap-tiap perintah.
Sejahteralah dia sehingga terbit fajar.
Dan sudahkah engkau tahu,apakah dia malam Kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih utama daripada 1000 bulan.
Turun Malaikat dan Roh pada malam itu,dengan izin Tuhan mereka membawa pokok-pokok dari tiap-tiap perintah.
Sejahteralah dia sehingga terbit fajar.
Ertinya Kami iaitu Allah Tuhan sekalian alam telah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Nya pada malam Kemuliaan. Lailatul Qadr diertikan malam Kemuliaan kerana setengah dari erti Qadr ialah Kemuliaan. Boleh juga dikatakan bahawa Lailatul Qadr adalah malam Penentuan kerana pada waktu itu ditentukan langkah atau khittoh yang akan ditempuh RasulNya di dalam memberi petunjuk kepada umat manusia. Kedua-dua erti ini boleh digunakan. Qadr-Kemuliaan beerti pada malam itu Kemuliaan tertinggi dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW kerana pada saat itulah permulaan Malaikat Jibril menyatakan diri di hadapan Baginda di Gua Hira. Pada malam Kemuliaan itu juga,umat manusia diberikan kemuliaan, iaitu dikeluarkan daripada kegelapan kepada cahaya petunjuk Allah.Malam itu juga menentukan garis pemisah antara iman dan kufur,Islam dan Jahiliyah,Tauhid dan syirik.
"Dan sudahkah Engkau tahu apakah dia malam Kemuliaan itu?"
Ayat kedua ini adalah suatu pertanyaan Allah kepada Nabi Muhammad SAW tentang Malam Qadr.Setelah pertanyaan itu timbul di dalam hati Nabi SAW,apakah makna yang terkandung dan rahsia yang tersembunyi dalam malam itu. Maka Allah pun menjawabnya dalam ayat ke 3.
"Malam Kemuliaan itu lebih utama daripada 1000 bulan"
Ayat ketiga ini menerangkan bahawa Malam Al-Qadr lebih utama,lebih baik daripada 1000 bulan.
"Turun Malaikat dan Roh pada malam itu,dengan izin Tuhan,mereka membawa pokok-pokok dari tiap-tiap perintah"
Kemuliaan malam Qadr adalah dimana malaikat berduyun-duyun turun ke bumi dan yang disebutkan Roh ialah malaikat Jibril. Malaikat Jibril kadang kadang disebut Ruhul Amin atau Ruhul Qudus yang menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad. Pada malam Al-Qadr itu kali pertama Malaikat Jibril menunjukkan diri nya yang asli kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad pernah melihat Malaikat Jibril dalam rupa asli dua kali,iaitu ketika Malam Al-Qadr dan ketika Mikraj,di SidratulMuntaha. Di dalam surah Addukhan,ayat 3 menyebutkan
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ ۚإِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ
lailatin mubarakatin iaitu malam yang diberkati Tuhan. Amat mulialah malam itu kerana pada malam itu Nabi Muhammad SAW mula berhubung dengan malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril menunjukkan rupanya yang asli dan berterusan selama 23 tahun; 10 tahun di Mekah dan 13 tahun di Madinah iaitu lengkap wahyu Allah diturunkan. Di hujung ayat menyebutkan malaikat dan Roh turun dengan izin Tuhan untuk menyampaikan setiap perintah Nya.
"Sejahteralah dia sehingga terbit fajar"
Dan ayat ini pula menunjukkan bahawa malam itu juga adalah malam SALAAM,iaitu malam SEJAHTERA,malam damai dalam jiwa Rasulullah SAW. Pada malam itulah Baginda diberikan pengertian mengapa sebelum itu,Baginda mengalami beberapa pengalaman ganjil. Baginda merasakan mimpi yang benar,mendengar bunyi loceng dekat di telinganya. Pada malam itu juga,mula terubat jiwa dan perasaan Nabi Muhammad SAW yang sudah lama merasa terpencil dalam kaumnya kerana perasaannya yang dari dahulu tidak bersetuju dengan sikap kaumnya yang menyemba berhala dan Baginda tidak pernah menyembah patung-patung yang berada sekelilinnya.Baginda SAW juga tidak bersetuju dengan adat buruk bangsa nya yang menanam anak perempuan hidup-hidup,menipu dan tidak menunaikan amanah.
Alhamdulillah. Itu yang dapat saya kongsi mengenai tafsir Surah Al-Qadr oleh Prof Dr Hamka dalam tafsir Al-Azhar. Saya ingin kongsi sedikit amalan yang boleh kita amalkan pada malam terakhir Ramadhan ini daripada Al-Fadhil Ustaz Muhadir , selepas subuh baca Ya Fattah sebanyak 71 kali,tangan letak di dada kemudian bacalah surah Al-Insyirah. Dalam sebuah hadis Saidatina Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah SAW; jika aku mendapati lailatul qadr,maka apakah sebaiknya aku berdoa? Jawab Nabi SAW: Bacalah..
(Hadis Riwayat Ahmad,At-l-Tirmizi,AnNasai dan Ibn Majah)
Semoga Ramadhan kali ini menjadi 1001 tarbiyah buat kita.
Maaf salah silap.
Wallahu'alam.
2 comments:
syukran atas perkongsian.sakinah! syaang mung
Afwan amira, JAZAkillahu khairan kathira atas lawatan :P semoga bermanfaat! =)
sayang mu gokkk!!!
Post a Comment