Pages

Followers

Friday, August 26, 2011

Balik kampung .. ooooo balik kampung ~~

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamulaikum WaRahmatullahi WaBarakatuh .. 
Alhamdulillah. Pada pagi 26 Ramadhan 1432H,Allah masih beri peluang pada saya untuk hidup malah bernafas dan masih diberi nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah.


InsyaAllah,hari ini saya ingin berkongsi mengenai solat jamak dan qasar. Sebelum itu,saya sebagai PA yang tidak bertauliah [haha,berangan] ingin menyampaikan perutusan daripada Al-Fadhil Ustaz Nasharudin Hassan; Ketua DPP Malaysia


Tip Balik kampung sempena Aidil Fitri 1432 :

1. Ikhlas niat kerana Allah untuk pulang menghubung silaturrahim
2. Rancang perjalanan awal dan hati - hati memandu
3. Bawa pulang ole - ole raya buat yang tersayang dan mereka yang menanti
4. Sampaikan maklumat isu semasa yang benar untuk keluarga di kampung
5. Didik dan pujuk keluarga di kampung agar menyokong perjuangan Islam.





Mesti ramai yang sudah bersedia untuk menyambut lebaran. [aku pon same je] Dalam masa yang sama para pencinta Ramadhan sedang menangisi pemergiaannya. Allahu Robbi.

Muhasabah bersama,sama ada kita dapat kad result MUTTAQIN pada penghujung Ramadhan atau mandapat HOOSIRIIN.. Nauzubillah.


Mari kita teruskan. Waktu balik raya je,saya mesti menyelak buku yang mengandungi solat jamak dan qasar [penyakit lupa yang kronik aku ni]  Tahun ini,alhamdulillah,dah tulis dalam blog ni,tak kan nak lupa plak kan.. [huuuu


Okey. yang pertama  apa itu SOLAT JAMAK ? 




  1. Solat Jamak adalah mengumpulkan 2 solat dalam 1 waktu; misalnya solat zuhur kepada Asar begitu juga sebaliknya serta solat Maghrib kepada Isyak begitu juga sebaliknya.[faham tak ni]
Solat Jamak ada 2 iaitu;

  1. Jamak Takdim; Solat Zuhur dijamakkan dengan Asar pada waktu ZUHUR. dan Solat Maghrib dijamakkan dengan Isyak pada waktu MAGHRIB.
  2. Jamak Takhir pula ; Solat Zuhur dan Asar dilakukan pada waktu ASAR dan solat Maghrib dan Isyak dilakukan pada waktu ISYAK.
Syarat Jamak Taqdim;

  • Hendaklah dimulai solat pada waktunya terdahulu, maksudnya lakukan Zohor daripada Asar dan Maghrib daripada Isyak [ Oke tak ni,ke ade pening.. hee]
  • Niat Jamak pada solat yang pertama pada permulaan takbiratulihram atau ditengah-tengah solat selama mana ia belum memberi salam.
  • Berturut-turut antara solat pertama dan kedua. Tidak boleh diselangi oleh pekerjaan atau perbuatan lain.
  • Sekiranya diselangi oleh iqamat dan mengambil wudhu maka jamaknya tidak batal.
  • Berkekalan musafir sehingga solat yang kedua tetapi tidaklah  disyaratkan sehingga selesai solat.
Syarat Jamak Takhir [bukan jamak Toksey =.=']
    • Apabila masuk waktu Zuhur atau Maghrib,kita mestilah memasang NIAT hendak mengerjakan solat Zuhur pada waktu Asar dan solat Maghrib pada waktu Isyak.
    • Solat Jamak Takhir tidak disyaratkan tertib - xkisah la nak buat zuhur dulu ke asar dulu ke- tapi diGALAKKAN supaya mendahulukan Asar dahulu atau pun Isyak dahulu.
Okey,sekarang kita beralih pada pengertian dan syarat Solat Qasar pula..

Pengertian;

Memendekkan solat daripada empat rakaat menjadi dua rakaat. Solat yang boleh dipendekkan ialah Zuhur,Asar dan Isyak. [sapo koba subuh ngan maghrib bole,meh sini den nak jumpo]





* Solat Jamak dan Qasar hanya boleh dilakukan apabila seseorang itu bermusafir lebih daripada dua marhalah *

Syarat Qasar ;

  • Musafirnya hendaklah tidak bertujuan MAKSIAT !
  • Perjalanannya tidak KURANG daripada dua marhalah.[Banyak pendapat sebenanye tentang 2 marhalah ni,ade kate 90 km,ade 91 km dan ade kate 100km.Aku amik 90 km,.hu ustaz time kat skolah cakap .. ]
  • Solat yang hendak diqasarkan hanyalh solat Zuhur,Asar dan Isyak yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak boleh dilakukan solat Qasar Qada dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa didalam kawasan tempat kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan dalam musafir.
Hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratulihram. Lafaz niat (contoh bagi solat Zuhur)   
     
                      أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا لِلَهِ تَعَالَى 
"Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala."
  • Tidak boleh berimam orang yang solat tamam -sempurna-
  • Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu,maka tidak boleh qasar.
  • Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  • Dia tahu bahawa orang musafir itu harus mengerjakan qasar.
" Solat Jamak dan Qasar adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hambaNya dalam segenap masa bagi orang musafir,sama ada senang atay susah asalkan melebihi dua marhalah "

Permulaan Musafir dikira setelah kita keluar kawasan,sama ada melalui sungai,perit,kota sempadan atau kawasan yang tidak ada bangunan lagi.
Akhir Musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi. 

Niat Jamak Takdim dan Qasar: Zuhur-Asar


أُصَلَّي فَرْضَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ العَصْرُ أَدَاءِ لِلَّهِ تَعَلَى

"Sahaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala"

Selepas beri salam maka iqamah sekali lagi tanpa menangguhkan-kecuali nak amik wudhu-
dan niat semula :


أُصَلِّي فَرْضَ العَصْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَى الظُّهْرِ أَدَاءً لِلِّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada Zuhur kerana Allah Taala"


Niat Jamak Takdim dan Qasar: Maghrib-Isyak

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَاثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلَيْهِ العِشَاءُ أَدَاءً لِلِّهِ تَعَالَى

"Sengaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah Taala"


Selepas beri salam maka iqamah sekali lagi tanpa menangguhkan-kecuali nak amik wudhu-
dan niat semula :


أُصَلِّي فَرْضَ العِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى

"Sahaja aku solat fardu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada Maghrib tunai kerana Allah Taala"


Niat Jamak Takhir dan Qasar: Asar- Zuhur


أُصَلِّي فَرْضَ العَصْرِ رَ!كْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى


"Sahaja aku solat fardu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada nya Zuhur tunai kerana Allah Taala"


Selepas beri salam maka iqamah sekali lagi tanpa menangguhkan-kecuali nak amik wudhu-
dan niat semula :


اُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَى العَصْرِ أَدَاءً لِلِّهِ تَعَلَى


"Sahaja aku solat fardu zuhur dua rakaat dipendekkan den dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala"


*MAGHRIB TIDAK BOLEH QASAR*


Niat Jamak Takhir dan Qasar: Isyak - Maghrib


أُصَلِّي فَرْضَ العِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ قَصْرًا مَجْمُوعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى


"Sahaja aku solat fardu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah Taala"


Selepas beri salam maka iqamah sekali lagi tanpa menangguhkan-kecuali nak amik wudhu-
dan niat semula :


أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثًلَاثً رَكَعَاتٍ مَجْمُوعًا إِلَى العِشَاءِ أَدَاءً لِلَّهِ تَعَالَى


"Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isyak tunai kerana Allah Taala"

Sebelum tu,nak kongsi doa bermusafir.



الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر ، الله أَكْبَر سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنْ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَر وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ
Maksudnya : Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami. 




Alhamdulillah. Semoga perkongsian saya pada kali ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Sahabat,solat lah anda walau di mana jua anda berada. Perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah pada hari Kiamat nanti ialah SOLAT. Andai baik solat kita,pengakhiran yang indah buat kita di 'sana' nanti,begitu juga sebaliknya sekiranya solat dilakukan dengan lalai dan tidak bersungguh,maka tunggulah balasan di hari pembalasan kelak. Semoga kita tergolong dalam golongan mukminin.
 Sirru 'ala barakatillah. Semoga ketemu lagi. Maaf salah silap.






[Sumber rujukan: Buku Indahnya hidup bersyariat Dato Ismail Kamus]


tak sabar nak bermusafir ke Pahang raye ni..






No comments: