Pages

Followers

Sunday, January 29, 2012

Pesanan Al-Farouq

Bismillah.
Alhamdulillah.
Allah yang Maha Penyayang mengurniakan nikmat IMAN dan ISLAM buat kita.
Disini,ingin saya berkongsi nasihat daripada seorang sahabat Nabi SAW iaitu Umar Al-Khattab.
Yang mana salah seorang yang dikhabarkan dan dijamin akan masuk syurga. Subhanallah.
Al-Farouq di beri kepada Umar kerana ketika beliau masuk Islam,ketika itu dakwah sudah boleh di jaharkan.
Rasulullah SAW dan sahabat2 sudah boleh solat di kaabah.
Umar juga pembeza di antara hak dan batil. Insya Allah,biodata Umar akan saya post di waktu lain. Insya Allah.


Mari kita amalkan pesanan Amirul Mukminin Umar Al-Khattab.


> Orang yang banyak ketawa akan menyebabkan kehebatan dirinya berkurangan.


> Orang yang suka bergurau akan dipermainkan disebabkan gurauannya itu.


Orang yang kerap melakukan suatu perkara akan dikenali melalui perbuatannya itu.


> Orang yang banyak bercakap akan menyebabkan kesilapannya bertambah.


>  Orang yang sentiasa silap pula akan mengurangkan malu nya.


> Orang yang kurang malu nya,kurang lah sifat warak nya.


> Orang yang kurang sifat waraknya,maka hatinya telah mati.






Semoga dapat di amalkan. Terutama nya tuan blog ini.. Allahu Robbi~


Wassalam.

No comments: