Pages

Followers

Thursday, May 26, 2011

Andai Sultan Melaka memerintah



Bismillah                                                                                                                                                                                           
Rahmatilah kami Ya Allah 


Menyingkap kembali sejarah, saya tertanya apakah mungkin budaya politik negara dan nasib rakyat di bawah pemerintahan seorang Raja yang mulia lagi beriman dan budiman?
Sekiranya Sultan Melaka memerintah, mungkinkah rasuah dibenarkan sehingga sebuah istana yang bermula dengan kos RM400 juta dijangka melebihi RM1 bilion? Apa pula dengan ketirisan ekonomi berjumlah RM28 bilion setahun berterusan sehingga hanya kelompok elit yang bertambah kaya manakala rakyat jelata terus melata berkais pagi makan pagi?
Kalau Sultan Melaka memerintah, mungkinkah laksamana angkatan laut akan membeli kelengkapan perang, termasuk kapal yang mampu timbul atau yang sengaja tenggelam dengan harga berpatutan tanpa komisen beratus juta ringgit kepada seorang baginda yang hanya pada nama dan bukan pada takhta?
Bagaimana pula dengan perbelanjaan negara, adakah ia secara berhemah dan bijaksana atau boros membazir tanpa penghujung? Adakah jalan keretapi akan dibina dengan harga berlipat ganda dari biasa ibarat landasan bersalut emas?
Sekiranya Sultan Melaka memerintah, adakah hulubalang dan pahlawan penjaga keamanan akan mempertahankan rakyat atau menangkap lalu dikurung dan dipukul rakyat jelata tanpa sebab dan bicara kerana memelihara kepentingan puak tertentu.
Janganlah penjaga aman cepat menahan reman rakyat yang mungkin di’Kugankan’ atau di’Aminulrasyidkan’ atau di’Beng Hockan’ atau di’Sarbanikan’ tanpa saksi, warna kulit, umur dan hayat. Adakah begitu murah dijual janji ikrar sumpah pahlawan untuk beberapa keping emas atau kepingan timah tanda gelaran disemat di dada baju?Kalau Sultan Melaka memerintah, adakah rakyat dibiarkan menanggung beban hidup melampau tanpa subsidi hasil khazanah negara yang sememangnya mencukupi jika tidak diboroskan atau dikalihkan untuk projek-projek mewah maha membazir?
Harga barang naik termasuk gula melaka tetapi subsidi korporat besar dikurangkan dengan begitu perlahan sehinggakan sang siput dinobatkan juara pertandingan lari merentas desa?
Kalau Sultan Melaka memerintah, adakah tanah jajahan Pulau Batu Putih, Blok L dan M atau sumber air mentah diserahkan tanpa sebarang suara pahlawan berteriak marah atau keris keramat dihunus berani melainkan di perhimpunan agung para lanun buat tontonan di cermin sendiri?
Sekiranya Sultan Melaka memerintah, adakah tatasusila bangsa dan agama yang mencerminkan nilai-nilai murni sejagat menjadi pencorak budaya dan amalan rakyat?
Adakah baginda sanggup melihat martabat qazaf direndahkan dengan hanya lafaz sumpah buat selindung fitnah mengorbankan syariah akibat kerenah tiga sekawan yang buta hukum tetapi celik konspirasi berbayar demi mengaut untung sementara duniawi tetapi mengecap kerugian kekal ukhrawi?
Adakah baginda akan berjuang memperkasakan perlembagaan menyejahterakan rakyat atau berdiam saja apabila lanun politik memperkosa janji kemerdekaan hak rakyat? Di manakah Sultan Melaka atau pemerintah Melayu yang akan membela rakyat secara jujur?
Itulah dia seribu kemungkinan perjalanan sejarah yang menjadi tanda tanya kerana tidak lama lagi kita rakyat semua dapat membuat pilihan menentukan masa depan negara dan mencorak sejarah kita sendiri yang lebih baik, lebih makmur dan lebih saksama di peti undi.
Itupun kalau tidak dirompak lanun politik!
Marilah kita belajar dari sejarah untuk mencipta sejarah lebih gemilang kerana sudah tiba masanya kita laksanakan reformasi politik secara berkesan dan menyeluruh.


~Nurul Izzah Anwar,HarakahDaily~


Khalifah Umar Al-Khattab berkata:


'Pemerintah tergolong dalam 4 golongan:
Pertama: pemerintah yang kuat,ia dapat ,mengawal diri nya dan juga pengawai nya. Mereka seperti seorang mujahid yg sedang berjihad di jalan Allah SWT. sedangkan pertolongan Allah SWT terbentang luas dgn penuh rahmat kepadanya.
Kedua: pemerintah yang lemah dan gagal mengawal diri nya.sedangkan pegawainya bermewah-mewahan dan bertindak sewenang-wenangnya disebabkan kelemahannya.Maka ia berada di jurang kebinasaan melainkan Allah SWT merahmatinya. (menyelamatkannya)
Ketiga: pemerintah yang dapat menguasai pegawainya,namun dirinya bermewah-mewahan.Itulah al-hutamah.
Sebagaimana sabda Rasullullah SAW;
شر الرعاة الحطمة. فهو الهالك وحده.


Maksudnya:"Pemimpin-pemimpin hutamah(satu nama daripada nama neraka,kerana ianya akan memecahkan barang yang dicampak ke dalamnya),kerana dia sedang membinasakan dirinya sendiri"
Keempat: pemerintah dan pegawainya yang bertindak sewenang-wenangnya,maka mereka semuanya akan binasa
 Al-Auza'i berkata kepada Amirul Mukminin Abu Jaafar Al-Mansur:
"Wahai Amirul Mukminin,sesungguhnya perkara yang paling susah ialah menegakkan dan menunaikan segala hak Allah SWT sedangkan yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah ketaqwaan.Sesungguhnya sesiapa yang mencari kemuliaan dengan melakukan ketaatan kepada Allah SWT,nescaya Allah SWT kan menaikkan martabatnya dan memuliakannya.Sebaliknya bagi mereka yang mencari kemuliaan dengan melakukan maksiat,penderhakaan kepada Allah SWT,nescaya Allah SWT akan menghinanya dan merendahkan kedudukannya.Inilah nasihatku kepadamu dan salam sejahtera ke atasmu."


*Buku Wasiat sebelum dirimu bergelar Ulama


Pemerintah di Malaysia berada digolongan yang mana???


sekadar renungan bersama..
Fi Amanillah-saiyidsufi-

p/s:penulis adalah seorang insan yang tidak terlepas daripada sebarang kesilapan,maaf atas segalanya..



Wednesday, May 25, 2011

Beratnya perjalanan ini ..

BISMILLAH..


Alhamdulillah. Allah masih memberi nikmat untuk hidup,nikmat untuk berkata,nikmat untuk menulis,nikmat untuk bersuka .. Alhamdulillah ..namun ..dengan nikmat ini,berapa ramai yang bersyukur dengan penuh penghayatan ?? Tepuk dada,tanyalah iman ya ikhwan wa akhowat fillah ..untuk diri ku jua ..
dah lame x update blog.. kekurangan teknologi internet di rumah melambat kan pergerakan aku di alam maya ..FB pon aku 'rehat' kejap .. ramai plak yang bertanya..aku sekadar memberi jawapan.. nak 'UZLAH' kejap ..yelah ..terkadang di FB xperasan ..berlaku nya dosa yang tidak sengaja.. berbual xkena..memang xdinafikan,FB boleh memberi 1001 pahala andai betul tindakan kita..namun,FB boleh menjadi sebaliknya andai terleka mengikut nafsu dan tidak mendapat teguran dan nasihat daripada sahabat-sahabat yang ikhlas..
ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE ..IRK.. atau dalam bahasa melayu nya,Ilmu wahyu dan warisan islam.. bersyukur aku pada perancanaanNya..pilihan pertama aku sewaktu mengisi UPU..actually,bukan mudah menjadi orang yang belajar ilmu agama ni ..apatah lagi apabila mengetahui,jika tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari adalah Gila dan sia-sia..dek kerana hati yang penuh karat,mungkin hanya memejamkan 'mata' atau pun Allah yang memejamkan'mata' (hati) daripada mengamalkan ilmu yang dipelajari ..Nauzubillahu min zalik..
bukan pelajar irk sahaja ..malah,sesiapa yang mengetahui tentang agama ..seWAJIBnya mereka mengamalkan ..malah memberi tahu kepada semua masyarakat dunia akan isi ilmu itu ..amat besar kemurkaan Allah,andai kita mendiamkan kebenaran ataupun dengan bahasa mudah nya menjadi syaitan bisu ..Nauzubillah...masuk kelas bagaikan mendengar ceramah-ceramah agama ..memang itu pun perkara perlu pelajar irk hadapi tiap-tiap hari ..ade ceramah yang fully arabic..satu patah pon xde bahasa melayu..tapi itu yang perlu pelajar irk bangga kan ..masuk kelas bahasa syurga ..malah itu yang perlu kami tingkatkan..untuk memahami dengan sepenuh pemahaman bahasa Al-quran itu..persiapan yang lengkap untuk masuk ke main campus ..
pelajaran di cfs menjadi semakin menarik apabila ade ustaz yang menerangkan dengan sepenuh hati ..bukan nak compare ustaz2 ni..sume ustaz bagus ..tapi satu yang paling aku suke tentang ustaz ni ..dia suke meangingatkan kami bahawa kami adalah pelajar IRK ..jika ada pelajar yang memakai seluar pendek,atau bergelak ketawa tanpa hala tuju di hadapan FB,itu bukan pelajar IRK ..yelah,ape yang kami belajar dalam core course??? subjek aqidah,fiqh,dirasat al-quran,hadis ..xkan pelajar IRK nak buat perkara pelik2 macam tu ?? jawapan nya,ustaz suruh jawab dalam hati ..tepuk dada,tanya lah iman :)
perjalanan semakin jauh dan panjang ..perjuangan mengejar  cita-cita sendiri dan tanggungjawab membawa agama yang di amanahkan perlu di utamakan .. agama dan cita-cita,aku letak dihadapan..persiapan nya ?persediaan nya ? hanya Allah dan aku sahaja yang tahu .. bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian ..yep ..memang mudah nak taip ..nak jadikan realiti perlukan usaha yang tinggi ..musuh dalaman dan luaran perlu di kenalpasti ..paling parah musuh dalaman ..iaitu nafsu aku sendiri..
kepada teman dan sahabat seperjuangan ..aku doakan kite selamat belayar di Gombak nanti ..semoga kita sentiasa di jaga iman dan hati oleh Allah .. tomorrow is mystery..we never know what will happen to us..do pray to Allah always..semoga aku diterima untuk menjadi anak-anak kapal membawa bahtera Islam di sana ..


Akhir sekali,hayati cerita ini ..


Seorang wartawan bertanya Imam al-Syahid tentang dirinya dan meminta 
beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata: 
“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang 
mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan 
sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah 
naungan Islam yang murni. 
Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia 
berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan 
sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada 
saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri. 
Inilah saya, anda pula siapa?” 


Hasan al-Banna 

Fi Amanillah-saiyidsufi-


p/s:penulis hanya seorang hamba yang tidak terlepas daripada kesilapan.maaf atas segalanya