Menelaah buku Taktik Strategi Berpolitik Gaya Khulafa’ Ar-Rashidin karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menambah lagi maklumat mengenai gaya kepimpinan generasi unggul yang ditarbiah oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan dijanjikan syurga. Hebatnya Rasulullah saw mampu menukar identiti manusia berubah 360 darjah.
Kewafatan baginda tidak meninggalkan pengganti. Kebanyakan hadis menceritakan kelebihan individu tertentu, tidak secara tepat Nabi Muhammad menyebut siapakah pengganti selepasnya. Kenyataan ini telah dibuktikan dengan kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang telah dinukilkan sahih oleh Bukhari dan Muslim.
“ Khalifah Umar ditanya ketika beliau dalam keadaan tenat akibat cedera ditikam, supaya menamakan penggantinya. Katanya. ‘ sekiranya aku menentukan, maka orang yang lebih baik daripada ku ialah Abu Bakar yang pernah menentukannya, sekiranya aku tinggalkan kepada kamu sendiri yang menentukan, maka orang yang terbaik ialah Rasulullah yang pernah meninggalkan dengan menyerah kepada umat memilihnya.”
Pemilihan khalifah pegganti Rasulullah telah diadakan di Thaqifah Bani Saidahsejurus mengetahui kewafatan baginda. Saat itu, jasad baginda masih belum dikebumikan. Ini memberi pengertiaan yang cukup jelas bahawa Islam mementingkan aspek pemrintahan dalam sesebuah negara yakni urusan politik.
Ahli Bait mencalonkan Saidina Ali sebagai khalifah kerana mereka menegaskan ketua negara perlu daripada keluarga baginda dan banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis menyebut kelebihan dan tugas yang diserahkan kepada Saidina Ali semasa hayat baginda, Kaum Ansar mencadangkan Saad bin Ubadah atas kapasiti mereka lebih layak dipilih kerana jihad mereka bersama Rasulullah dengan penuh pengorbanan dan mereka juga penduduk asal Madinah. KaumMuhajirin juga tidak terkecuali mencalonkan Saidina Abu Bakar kerana Al-Quran dan hadis banyak menegaskan tentang kelebihan mereka dan pemimpin mesti dalam kalangan Quraisy.
Pemilihan Abu Bakar dijalankan secara mesyuarat. Setelah Abu Bakar menyampaikan pidatonya bagi menenangkan para sahabat. Beliau mencadangkan Abu Ubaidah menjadi khalifah. Namun, Abu Ubaidah dan Saidina Ali mencalonkan Saidina Abu Bakar. Pendapat masing-masing dibahaskan sehangatnya sehinggalah Saidina Abu Bakar secara rasminya menjadi Khalifah pertama selepas kewafatan baginda s.a.w.
KETOKOHAN SAIDINA ABU BAKAR
Ibnu Khaldun berpendapat:
“ Keputusan memilih Saidina Abu Bakar daripada kalangan Muhajirin Quraisy dilihat dari segi ILMU POLITIK. Ketokohan Abu Bakar difikirkan layak kerana KEMATANGANnya melebihi orang lain dan ILMU. Daripada kalangan Quraisy, beliau daripada kabilah terkuat PENGARUH nya dalam masyarakat Arab, sehingga mempunyai kehebatan menghadapi cabaran dalaman dan luaran ketika itu.”
Elemen yang dilihat oleh para sahabat bagi melayakkan Saidina Abu Bakar menggantikan Rasulullah s.a.w ialah dari sudut ILMU, PENGALAMAN dan PENGARUH.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjelaskan dalam bukunya:
“ Masih terlalu awal menyerahkan jawatan yang besar ini kepada selain Abu Bakar. Kedudukannya menemani Rasulullah ketika berhijrah. Rasulullah pernah menugaskannya menjadi imam sembahyang dan tugas-tugas yang lain memberi kelebihan kepadanya menjadi orang yang paling layak bergelar Khalifah Pertama.
Dalam kalangan Ansar, mereka sendiri menghadapi masalah, akibat pertelingkahan yang mencetuskan peperangan ketika zaman jahiliah antara dua kabilah besar Aus dan Khazraj. Adalah sukar mencalonkan orang yang diterima semua pihak. Islam yang berjaya memadamkan api permusuhan dengan tidak mencetuskan pertelingkahan calon khalifah dalam kalangan Ansar sendiri.
Apabila dikhususkan kepada Ahli Bait, Islam membawa sistem mewariskan pemerintahan yang beku dalam satu keluarga. Pada masa yang sama, ia bercanggah dengan konsep mesyuarat yang ditegaskan oleh Al-Quran.”
Ilmu asas utama melayakkan seseorang menjadi pemimpin. Pemimpin jahil tidak mampu membawa sebuah organisasi jauh ke hadapan. Begitu juga, Pengalaman merupakan sebuah harta paling berharga. Tidak cukup hanya sekadar ‘alim tapi kurang pengalaman. Dengan pengalaman, mereka memahami selok belok dan kekurangan generasi terdahulu. Ilmu dan pengalaman hanya meletakkan seorang pemimpin pada tahap kedudukan rasmi. Mereka ada jawatan dan boleh bekerja tapi mereka tiada pengaruh. Kuasa Pengaruh mampu mengubah manusia. Dengan pengaruh, sebuah organisasi dirasai kewujudannya dan dihargai oleh masyarakat.
John C. Maxwell menyebut dalam bukunya The 360 degree Leader:
“ Kita mungkin dapat memberi kedudukan atau pangkat kepada seseorang, tetapi kita tidak dapat memberinya kepimpinan yang sebenar. Pengaruh perlu diperoleh dengan usaha sendiri. “
“ Pemimpin yang hebat dapat meluaskan pengaruh mereka ke peringkat yang lebih besar, jauh lebih besar daripada kedudukan mereka. Pemimpin yang lemah akan mengecilkan pengaruh mereka walaupun pangkat mereka tinggi. Kedudukan dan pangkat tidak menjadikan seseorang itu pemimpin tetapi pemimpi dapat mencipta kedudukannya.”
Amat malang bagi seseorang pemimpin, dia dikasihi oleh pekerja dek jawatan. Tamat jawatan, dia disisihkan oleh pekerja. Tiada nilai!. Jadilah pemimpin yang ditaati pekerja kerana kehormatan dan kasih sayang mereka kepada ketua bukan semata-mata disebabkan oleh kedudukan dan posisi dalam organisasi.
“PENGARUH BUKANLAH SESUATU YANG DICARI. APABILA KUALITI DIRI DIBANGUNKAN, PENGARUH DATANG SENDIRI”
> akan bersambung….
totally copy paste from Blog ini :)
No comments:
Post a Comment