Saturday, March 19, 2011
" University Of Tarbiah"
PAS adalah Parti Tarbiah " University Of Tarbiah" , Jika anda mendaftar sebagai ahli, silibusnya lengkap bermula dengan Usrah & Seterusnya Tamrin .Selepas itu ada Liqa Fikr disamping Ijtima' Tarbawi.Anak-anak muda berpeluang menadah kitab Tafsir Al-Hujurat secara berguru , memahami kaedah amal islami melalui Kitab "Apa Erti Saya Memeluk Islam , menjadi professional dengan mempelajari siasah Islam melalui Kitab "Tahaluf Siasi".Jika semua pelajaran ini dikatakan Sesat , agak pelik tiada pengharaman yang dibuat oleh mana2 Mufti dimana Malaysia ada Mufti bagi setiap negeri...Tiada satu pun Fatwa yang mengatakan kami Sesat!
.Dalam adab muzakarah dan debat ada kitab Khilaf Ulama’ Dalam Hukum Figh : Sebab Dan Adab-Adabnya , Oleh : Prof. Madya Mohd. Saleh Bin Haji Ahmad.PAS tidak terkecuali dengan Seni Islam apabila munculnya Tokoh Seni Islam yang tidak mendapat apa2 pengiktirafan manusia iaitu Dr Muhaimin yang banyak memberikan khidmat di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Tokoh Pendidikan yang menyerlah seperti Dr.Halimah Ali dengan Program SPIES , Generasi Idaman Selangor dengan Gerakan Anak-Anak Muda yang terlibat dalam XPDC Dakwah malam tahun baru yang banyak membentuk rakyat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.Dr.Burhanuddin Al-Helmy menjadi sejarah Gerakan yang dipenjarakan.Tokoh Pendidikan Dato' Abdullah Chik yang banyak memberi inspirasi kepada pembinaan Sekolah Pondok Moden , Ahli Perubatan Sains dan Islam Dr Haron Din , yang banyak membantu masyarakat.
Tokoh Ulama' Muda yang disegani..Ustaz Zamri yang menjadi idola anak-anak kecil se-Malaysia , Tokoh Penyatuan Islam di peringkat Antarabangsa yang tidak diiktiraf dinegara sendiri Ayahanda Ustaz Hj Abdul Hadi Awang.Tokoh Warisan Ulama' Sejak Zaman Al-Fathoni Tuan Guru Nik Aziz,Tokoh Remaja & Belia Wanita , Dr Rusni.Dan masih ramai anak-anak muda yang berlumba-lumba ingin menjadi seperti mereka.Tokoh Gerakan Amal Anak Muda , Ustaz Jamsari dan pelapisnya kini Akhi
Satu JURANG besar diantara Orang Islam dan Orang Melayu ialah Gerakan Islam dan Gerakan Melayu..ialah PENGISIANNYA..Gerakan Islam diajar untuk memahami ayat-ayat Al-Quran , Diajar untuk Qiamulai dalam setiap program , Diajar untuk memahami hadis2 , Diajar untuk beramal bukan kerana MANUSIA.Silibusnya Cukup Cantik Sekali!
Jika Anda penyokong Gerakan Islam,anda masih tidak akan tahu apa tujuan anda menyokong sebenarnya kecuali anda cuba menghadiri walau 1 program usrah dikawasan anda...Jika anda berkata anda Cintakan Jemaah Islam tetapi diri anda Jauh dengan Jemaah maka anda umpama biri-biri keseorangan yang senang menjadi sasaran Musuh-musuh Gerakan Islam.
Semua Jawapan kepada persoalan anda berada di dalam Jemaah.
Jika anda masuk kedalam Jemaah atas Asbab Manusia nescaya anda akan kecewa akhirnya...Jika anda masuk ke dalam jemaah atas tanggungjawab untuk islah diri sendiri dan hanya cintakan Allah dan ingin mempraktikkan Siasah Saiyyiduna Rasulullah S.A.W maka syaitan-syaitan akan kecewa.
Anda sibuk untuk berjamaah tetapi tidak sibuk untuk membuat kumpulan kecil untuk bergebang-Gembo, apa yang anda perlu hanyalah seorang naqib usrah.
Anda sudah masak dengan usrah dan program tarbiah,tetapi anda kecewa dengan jemaah,maka anda tanya niat anda mengapa anda duduk di dalam jemaah?
Itulah Mehnah dan Tribulasi dalam perjuangan yang akhirnnya menyatukan kita kembali apabila kita menghadapi musuh-musuh Gerakan islam.
Kini paluan Gendang Perang sedang dimainkan , Perang akan bermula sebentar lagi..Anda tidak membawa MP5 , Styer atau M-16 , Anda tidak akan dibekalkan dengan Pajero Tentera yang Mewah , anda Tiada Apache ataupun Scorpone , Anda tiada jentera JASA , anda tidak ada wakil dalam menteri dalam mana-mana kementerian , malah tiada sebutir peluru yang ada dalam kocek anda!
Apa yang anda ada?
Anda hanya ada Allah dan Sayyiduna Rasulullah S.A.W ...Anda ada Akhlak sebagai Pejuang Islam, Anda ada Anak-anak yang soleh dan solehah hasil dari kerajinan anda menghantar mereka didalam program Nisa' dan Amal , Anda ada anak yang masih belajar di mesir , Anda ada mempunyai anak yang dilantik sebagai imam masjid.Anda mempunyai warisan yang bertebaran yang sedia mati kerana Allah.
Cucu anda yang berumur 5 tahun menyanyikan lagu Amal yang dipelajari dari PASTI ataupun melalui pemerhatian beliau setiap kali ada program2 Siasah Islam.
Anak anda seorang Professional yang selalu bertanyakan soal tarbiyah, anda mempunyai abang sebagai seorang guru yang menitiberatkan soal penjagaan aurat.
Anda sebenarnya sudah berjaya walaupun sebelum perang..malah kalah dan menang itu bukan satu perkara yang penting untuk anda!
Kini Anda dimana?
Allahu Yubarik Fikum ...Wallahu'alam..
Di ambil dari BLOG INI,SILE LAWAT :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment