Pages

Followers

Showing posts with label uia. Show all posts
Showing posts with label uia. Show all posts

Thursday, January 8, 2015

Maryam Insyirah.




Maryam Insyirah Muhammad Mujahid 

Selamat datang Maryam,
Ke dunia ciptaan Tuhan.
Dunia yang penuh duri bagi pembencinya,
Dan bagaikan bunga bagi pencintanya.

Kain putih mu masih bersih,
Moga ummi dan abi mu lakarnya,
Dengan tauhid dan qudwah.
Biarlah warna warni kain itu diredhai Tuhan.

Jaga dirimu Maryam.
Kau akan membesar umpama mawar wangi.
Cantik dipandang harum baunya.
Biarlah duri yang kau ada membentengimu.
Dari khianat manusia durjana.

Tetaplah solehah Maryam.
Umpama Ummu Isa Alaihissalam.
Dijaga Tuhan kerana pilihanNya.
Muliakanlah dirimu,
Dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Selamat Datang Maryam,
Pewaris perjuangan ummi dan abimu.

وَإِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاكِ وَطَهَّرَكِ وَاصْطَفَاكِ عَلَىٰ نِسَاءِ الْعَالَمِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).

(MakYong QA,2015)





Saturday, May 25, 2013

final exam. year 2, 1 sem.






Tuhan,
hamba Mu ini tahu,
Kau akan memberikan kejayaan.
Maka,
permudahkanlah urusan ku..



Wednesday, March 20, 2013

midterm


Bismillah.

Alhamdulillah. Sudah selesai 2 ujian pertengahan semester. Khamis ada satu lagi kertas sebelum cuti.
Fuh. Agak mengancam soalan. Terutama Al-Jarh wa Ta'dil. Memang aku tulis jelah apa yang terlintas.
Ulum Quran. Memang aku stress sikit. sikit lah. sebab aku boleh lak lupe ada exam sebenanya! hari yang sama dengan Jarh. Memang mencabar keimananlah kan. Yang pasti, aku percaya, kalau dalam kelas kita tak faham, memang la susah nak faham. Kalau ada terskip kelas [ sebab sakit ], memang kepayahan lah aku.
Tapi yang aku kepelikan, lepas keluar dari hall exam ulum qurann, aku rasa tenang yang lain macam. Aku gelak sorang time on the way nak balik mahallah. Kenapa eh? 
Memang aku ada solat hajat sebelum pergi exam ulum quran. tapi. Takpelah.
Allah bagi ketenangan. he. Alhamdulillah.
Khamis exam Muqaddimah Ilm Qiraat. Kalau tak dapat tinggi markah, habislah. ha. sebab kelas ni ustaz memang suka tag nama aku.ha. sebab aku kalau ustaz cakap aku selalu sahut. aku tak tahu kenapa budak-budak ni tak menyahut. sunyi. takpelah.
Doakan aku. Aku doakan kau berjaya jugaklah. Sama-sama kita berjaya.
Yang penting, sama-sama dimasukkan syurga dengan penuh kerahmatan. Aamiin.



Wassalam.
1.05 pagi
20.Mac.2013
Mahallah Safiyyah

Tuesday, March 12, 2013

academic freedom


Bismillah.

selasa.
hari memang merdeka.
untuk belajar. akademik. nota. kerja rumah.
tapi aku merapu bukak blog bace blog,update. semalam dah update.

petang tadi dengar kuliah Tanyalah Asatizah.
oleh Ustaz Syaari Abd Rahman.
Aqidah Warisan.
sejak tengok link dan promosi kuliah ni.
aku terfikir satu.
islam pada kad pengenalan.
tapi ustaz bawa cara lain.
kisah Nabi Ibrahim,Yusuf. [ kene bukak tafsir . miskin tafsir! ]

Nabi Muhammad SAW, orang yang penuh matlamat.

aku?

....

kejap nak phd, kejap nak jadi cikgu tadika. kejap .. poyo sungguh aku.
yang pasti aku tak tampalkan lagi pada dinding. dinding bilik.
bukan, dinding hati. keliru ntah ape ntah.
berlambak motivasi aku pergi.
masih keliru.


yang pasti,
matlamat terakhir aku.

masuk syurga dengan kerahmatan.
tolong aku. ye.


Kau Maha Mendengar.

10.30pm,
Mahallah Safiyyah.