Pages

Followers

Wednesday, March 20, 2013

midterm


Bismillah.

Alhamdulillah. Sudah selesai 2 ujian pertengahan semester. Khamis ada satu lagi kertas sebelum cuti.
Fuh. Agak mengancam soalan. Terutama Al-Jarh wa Ta'dil. Memang aku tulis jelah apa yang terlintas.
Ulum Quran. Memang aku stress sikit. sikit lah. sebab aku boleh lak lupe ada exam sebenanya! hari yang sama dengan Jarh. Memang mencabar keimananlah kan. Yang pasti, aku percaya, kalau dalam kelas kita tak faham, memang la susah nak faham. Kalau ada terskip kelas [ sebab sakit ], memang kepayahan lah aku.
Tapi yang aku kepelikan, lepas keluar dari hall exam ulum qurann, aku rasa tenang yang lain macam. Aku gelak sorang time on the way nak balik mahallah. Kenapa eh? 
Memang aku ada solat hajat sebelum pergi exam ulum quran. tapi. Takpelah.
Allah bagi ketenangan. he. Alhamdulillah.
Khamis exam Muqaddimah Ilm Qiraat. Kalau tak dapat tinggi markah, habislah. ha. sebab kelas ni ustaz memang suka tag nama aku.ha. sebab aku kalau ustaz cakap aku selalu sahut. aku tak tahu kenapa budak-budak ni tak menyahut. sunyi. takpelah.
Doakan aku. Aku doakan kau berjaya jugaklah. Sama-sama kita berjaya.
Yang penting, sama-sama dimasukkan syurga dengan penuh kerahmatan. Aamiin.



Wassalam.
1.05 pagi
20.Mac.2013
Mahallah Safiyyah

No comments: