Pages

Followers

Saturday, December 29, 2012

Simpan ilmu dalam hati




Bismillah.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Pemilik Alam yang indah ini. Selawat dan Salam serta rindu buat kekasih Allah, Nabi Muhammad Sallahu’ Alaihi Wasalam. Juga kepada ahli keluarga Baginda dan Sahabat Radiallahu anhum ajmain. Moga Allah mengurniakan kita untuk bertemu mereka. Amiiiin.

Sekarang musim peperiksaan akhir. Final exam. Saya pun tak terkecuali untuk pulun semua yang dah belajar. Sebenarnya sekarang kalau ikut jadual yang saya buat, waktu saya belajar subjek Bahasa Melayu Lanjutan. Tapi entah kenapa, bila terpandang Gen Q : Tujuan Hidup rasa nak baca pulak.  (Maaf ye ain, akak pinjam dulu buku kamu) Ain, adik usrah saya. Kesian dia, saya baca dulu sebelum dia sempat habiskan baca.

Saya nak kongsi sedikit apa yang saya dapat. Saya tertarik dengan kolum Strategi Belajar dari Ustaz Umar M Noor. Ustaz Umar berkongsi tentang tip menghafal yang beliau kumpulkan daripada ucapan ulama. Subhanallah. Terbaik ustaz ^_^ 
Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu sesiapa yang berminat menyimpan ilmu nya dalam hati.

1)      Jauhkan maksiat dan banyak bermain

Hafalan yang kuat bermula daripada minda yang jernih dan hati yang bersih. Maksiat dan dosa dapat mengotorkan hati. Oleh sebab itu,perkara utama bagi seorang pelajar adalah untuk menjauhi maksiat dan banyak melakukan ketaatan.
Seseorang bertanya kepada Imam Malik : “ Apakah amalan yang dapat menguatkan hafalan ?” Beliau menjawab : “ Jika ada amalan yang dapat menguatkan hafalan, maka ia semestinya meninggalkan maksiat . “

2)      Kurangkan makan dan tidur

Imam Syafie berkata : “ Sesiapa yang kenyang dengan makanan halal,ia akan banyak minum dan banyak tidur, kemudian menyesal kerana telah melewatkan banyak keuntungan . “

3)      Cintai pelajaran dan baca berulang-ulang

Sesiapa yang  menyukai sesuatu pelajaran, ia akan selalu membacanya. Kesannya, ia akan mudah ingat. Imam Bukhari pernah diminta tip kuat hafalan. Beliau menjawab : “ Aku tidak mengetahui sesuatu yang lebih bermanfaat untuk hafalan selain kecintaan kepada pelajran dan selalu memandangnya. “
Berkata Abu Ishak Al-Shirazi : “Aku selalu membaca pelajaranku seribu kali agar benar-benar menghafalnya .”

4)      Cari masa yang tepat untuk menghafal

Waktu malam dan sebelum subuh ialah saat yang sangat tepat untuk menghafal pelajaran. Pada saat itu, keheningan dunia dan hati bersiap sedia menerima pancaran ilmu. Ismail bin Abi Uwais berkata : “ Jika engkau hendak menghafal sesuatu,maka tidurlah lalu bangunlah sebelum subuh. Buka lampu kemudian bacalah. Sesungguhnya engkau tidak akan lupa setelah itu,in sya Allah .”

5)      Praktik ilmu dan muzakarah bersama rakan

Ilmu akan melekat dihati jika ia diamalkan dan dipraktikkan. Setiap kali mendapat kosa kata baru, gunakanlah ia dalam perbincangan. Setiap kali mendapat maklumat baru, bincangkanlah bersama teman-teman. Dengan itu,ia akan terus kekal dihati. Ibrahim al-Nakhai berkata : “ Sesiapa yang ingin menghafal hadis,maka sampaikanlah hadis itu. Walaupun ia mesti menyampaikannya kepada orang yang enggan mendengarnya . “


Itu sahaja perkongsian yang saya ambil dari majalah Gen Q. Moga ia berguna untuk saya dan sahabat sekalian.

Assalamualaikum.


29/12/12 , Sabtu , 3.50pm



Sunday, December 23, 2012

Kubur..




" Achik, gitau kat yang lain suruh tutup mata dengan kain "  Achik pun keluar pergi ke kereta yang lain.
" Sume tutup mata eh, Along suruh. Driver tak yah ler.hehe "
" Ala, angah tak habis baca buku lagi "
" Takpe,tutup je. Along suruh "
" Ok.."

Mata kami diikat dengan kain. Perjalanan ke tempat yang tidak diketahui. Hanya Along sahaja yang tahu. Anje dan Ateh hanya mengikuti kereta Along.
Mula-mula rasa serabut jugak. Kena tutup mata. Yelah, dah biasa dapat nikmat penglihatan percuma..
Hampir 15 minit perjalanan, sampai juga kami.
" Along dah boleh bukak mata? "
" Nanti, belum lagi. "
" Oke2 " Achik pun layan lagu Rabbani yang tersedia pasang dalam kereta Along.

" Oke semua, keluar. Mata jangan bukak lagi " Semua mengikut sahaja arahan Along. Disuruh naik tangga, naik. Bagaikan si buta yang tiada tongkat. Jalan sahaja mengikut orang yang memimpin.

" Oke dah sampai. Semua boleh bukak mata "
" Allah. sakit mata. Alhamdulillah dapat tengok balik " semua mengomen.hehe~

Semua memandang sekeliling. Kami berada dikawasan perkuburan. Terdetik dalam hati.. "MATI" . Serta merta teringat mati bile sampai kubur.
" Semua gi amek 5 helai daun. Seorang 5 je tau " Along menyuruh kami.
"Baik.."

" Oke,semua boleh duduk dengan selesa.. Kita mulakan dengan Ummul Kitab.. "
Kemudian,Along memulakan usrah kami dengan menyatakan.. " Bila Along tanye soalan, kalau jawapannya tidak, buang satu helai daun ke lantai.. Daun ini umpama saham. Kalau siapa yang dah habis,nak minta yang lain pun boleh. Atau yang ada lagi nak kongsi ke.. Bismillah.."

 "Siapa semalam tak qiammulail? Solat duha, mathurat, telefon mak ayah kat kampung..."  dan soalan-soalan lain terkeluar dari mulut Along..
Satu persatu daun dibuang ke bawah. Sehingga soalan terakhir ada yang tinggal 1,2 dan ada yang tiada. Kami sekadar merenung daun yang telah dibuang. Allahu robbi..

Merenung diri..
Bekalan apa yang akan kami bawa untuk bertemu Raja Hari Pembalasan kelak??
Apakah amalan yang kami ada cukup untuk berada di dalam syurga kenikmatan yang kekal abadi??
Apakah sahabat yang ada hari ini sanggup untuk berkongsi amalan mereka sedangkan amalan kita pun tidak seberapa..


Jazakillah khairan jaza buat Along. Usrah yang cukup bermakna buat kami.





Saturday, September 15, 2012

Monday, August 27, 2012

menjadi seorang sufi


Bismillah. 
Post kali ini saya ingin share artikel yang saya ambil dari blog Genta rasa .
yang bertarikh 22 Jun ( my birthday ) hehe.
Setiap yang dilahirkan oleh manusia sama ada fikiran dan tindakannya adalah berpunca dari hati. Kalau baik hati, maka baiklah seluruh perbuatan dan pertuturan. Begitulah sebaliknya kalau hati jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan.

Kedatangan Rasulullah SAW untuk memperbaiki akhlak manusia mendapat kejayaan kerana baginda berjaya mendidik hati manusia.

 

Sebab itu, kalau kita mahu berjaya dalam melahirkan peribadi yang baik sama ada pada diri atau dalam masyarakat kita, maka pendidikan hati hendaklah difikirkan dahulu.

 

Tetapi bukan semua manusia faham dan nampak bagaimana dan apa kesan hati kepada perlakuan manusia. Sebab itu manusia masih gagal membina hidup aman damai kerana gagal memahami bagaimana untuk mendidik hati supaya menjadi baik. Manusia juga gagal untuk mengubat penyakit hati yang telah merosakkan seluruh perbuatan zahir seseorang.

 

Oleh kerana itu manusia cukup sensitif dengan penyakit zahir tetapi tidak ambil pusing dengan penyakit batin. Penyakit bati yang dimaksudkan ini bukanlah penyakit jantung atau barah tetapi adalah penyakit mazmumah seperti riak, angkuh, dengki, ego, tamak, pemarah dan lain-lain lagi. Tidak ada alat x-ray yang dapat mengesan penyakit mazmumah kecuali ilmu tasawuf dan didikan dari seorang guru sufi.

 

Sebab itu kepentingan ilmu tasawuf dan pendidikan sufi  amat penting sekali demi menjamin kebahagiaan hidup manusia. Jadi, orang yang bercita-cita dan berazam untuk membersihkan hatinya dengan mengikut panduan ilmu dan didikan guru tasawuf, sebenarnya sedang menempuh jalan tasawuf.

 

Sekarang kita paparkan beberapa kisah ahli sufi yang jika kita ingin mengikut jejak ahli sufi maka ikutilah mereka. Kalau hendak menjadi seorang sufi jadilah seperti Nabi Musa yang memakai pakaian yang sederhana tetapi berani berhadapan dengan Firaun yang memakai pakaian maharaja. Atau jadilah seperti Nabi Sulaiman yang menjadi raja besar dengan segala kemewahan dan kekuasaan tetapi makanan hariannya cuma roti kering.

 

Satu ketika Nabi Sulaiman sedang melayang di atas tikar terbang diiringi oleh pengawalnya dari kaum jin. Datang peringatan dalam hatinya.  Jika dalam hatinya ada sebutir debu dari rasa takbur nescaya dia akan dibenamkan ke dasar bumi sedalam tingginya dia terbang di udara. Malah pernah Nabi Sulaiman berkata: “Satu kalimah Subhanallah lebih berharga bagiku dari segala dunia dan isinya.”

 

Menjadi orang sufi ertinya sanggup memikul tugas besar seperti Nabi Yusuf yang telah menjadi menteri Perbendaharaan. Baginda menyimpan makanan yang cukup selama tujuh tahun untuk berdepan dengan musim kemarau. Bukanlah dipanggil orang sufi jika menjadi masalah kepada masyarakat dan hidup dengan meminta belas kasihan dari orang ramai.

 

Seorang sufi bukanlah orang yang memutuskan nafsunya seperti seorang sami Buddha tetapi dia sanggup mengawalnya seperti Nabi Yusuf ketika berhadapan dengan godaan Zulaikha. Seorang sufi juga mesti sanggup menahan rasa sakit sepertimana Nabi Ayub, menahan penderitaan walaupun hanya tinggal hati dan lidahnya sahaja yang masih tidak dijangkit penyakit.

 

Apabila ditanya orang mengapa baginda tidak berdoa meminta sihat sedangkan baginda seorang Nabi yang makbul doanya. Lantas baginda berkata: “Aku malu untuk berdoa  pada Allah kerana aku baru ditimpa sakit selama dua tahun sedangkan Allah memberi aku sihat selama enam puluh tahun.”

 

Seorang sufi bukanlah orang yang lari daripada kemungkaran masyarakatnya tetapi dia adalah orang yag berjuang menegakkan makruf di tengah banjir kemungkaran. Kalaupun mereka lari, adalah dengan niat untuk membina kekuatan sebagai persediaan untuk kembali ke tengah gelanggang perjuangan. Seorang sufi adalah orang yang sanggup menurut jejak Nabi Ibrahim.

 

Baginda sanggup dibakar kerana meruntuhkan berhala pujaan Namrud dan rakyatnya. Jadilah pemimpin yang mempunyai jiwa sufi seperti Nabi Zulkifli yang tahan berhadapan dengan karenah pengikutnya. Atau milikilah kehebatan seperti Nabi Isa  A.S. yang sanggup berbantalkan lengan ketika tidur di malam hari.

 

Itulah hidup sufi yang dituntut oleh Allah pada kita untuk dimiliki. Syukur berhadapan dengan nikmat, sabar berhadapan dengan ujian, berani berhadapan dengan kezaliman, tawadhuk bila berhadapan dengan kebenaran dan dalam apa juga keadaan sekalipun hati tetap sama dan tenang tanpa cacat atau berubah.

 

Menjadi seorang sufi bukanlah mengalah pada semua  suasana dalam berhadapan dengan kekufuran, tetapi sufi sebenar sanggup berperang seperti peribadi Nabi Muhammad SAW yang ada kalanya berbicara dengan pedang apabila kata-kata gagal menahan serangan fizikal orang-orang Musyrikin.

 

Seorang sufi juga bukan orang yang lari daripada harta ketika diperlukan untuk mengendalikannya tetapi menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf yang bertindak sebagai “bank” kepada masyarakat Islam. Namun jangan sampai ditawan oleh dunia seperti Tsa’labah. Seorang sufi juga adalah orang yang licin mengintip musuh seperti Abu Huzaifah ataupun mempunyai kepakaran strategi peperangan seperi Salman Al Farisi yang menjadi “master-mind” dalam Peperangan Khandak.

 

Nah, itulah peribadi contoh jika kita hendak mengikut jalan-jalan sufi. Bukan seperti sangkaan orang sekarang yang meletakkan hidup sufi sebagai hidup yang hina.  Pada sangkaan setengah orang, sufi menjadikan seseorang lepas bebas dari masyarakat sekelilingnya. Bila disebut sufi orang akan membayangkan seorang yang berjanggut dengan pakaian yang  buruk duduk tersepuk di mihrab-mihrab masjid menggetil tasbih.

 

Makanannya disedekahkan orang, sementara dia duduk sendirian mencari Tuhannya dalam ‘khalwat’ dan zikirnya. Bukan itu cara hidup sufi, kerana bukan seperti itu hidup para Rasul, Nabi dan para sahabat zaman dahulu!

 

Bukan itu yang dinamakan sufi. Kerana bukan itu cara hidup tokoh-tokoh sufi yang telah kita paparkan tadi. Walaupun tangan orang sufi selalu menggetil tasbih tetapi tangan itu juga sanggup memegang cangkul untuk bertani, tangan itu sanggup memegang pena untuk memerangi kebatilan dan ada masanya tangan itu juga sanggup memikul senjata memerangi kekufuran.

 

Semudah memetik biji-biji tasbih di dalam zikirnya, maka semudah itu jugalah ia mentadbir dunia ayang diamanahkan padanya. Kerana apa? Kerana hati yang berpaut pada Allah boleh mengendalikan apa sahaja dengan mudah dan berjaya

 

Rasulullah SAW sebelum berjaya menegakkan Islam telah melalui banyak ujian dan segala ujian itu sebenarnya menyuburkan jiwa sufi baginda. Rasulullah diuji menggembala kambing sebelum berjaya memimpin manusia. Rasulullah tetap sujud ketika dilonggokkan dengan perut unta yang busuk sebelum berjaya meruntuhkan berhala-berhala di sekeliling Kaabah.

 

Bermula dari dua buah gua iaitu gua Hira’ dan gua Thur maka bangkitlah satu kekuatan Islam yang menguasai dua pertiga dunia. Mana pejuang-pejuang sufi seperti peribadi mereka itu kini? Mana lambang pusat latihan kerohanian (gua-gua) yang tegak di zaman moden kini? Mana sekolah-sekolah latihan sufi yang sanggup mencabar sistem pendidikan sekular (penyambung lidah penjajah)? InsyaAllah, semuanya mula kelihatan mercup tumbuh sekarang.

 

Sesungguhnya kita memerlukan jiwa sufi yang dapat menggunakan kemodenan zaman ini untuk Islam. Orang-orang sufi mesti bangun menggunakan jentera-jentera moden, komputer, alat-alat elektronik dan segala gajet teknologi yang “sophisticated” untuk memperjuangkan Islam.

 

Pertahankanlah peribadi sufi yang kukuh pendirian, hidup berdisiplin dan boleh berada dalam kemewahan sedangkan hati sedikit pun tidak terpaut dengannya. Boleh menanggung derita tetapi jiwanya tidak keluh kesah. Maka jika kita mahu jadi orang sufi jadilah seperti mereka itu.

wassalam.

Sunday, August 5, 2012

Gemuruh suara

Bismillah, walhamdulillah :)


Sudah masuk pertengahan Ramadan. Saya di"sibuk"kan dengan olimpik -_-

saje nak share lagu ni, 








Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.


Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!


Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!


Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!!


LCW kalah dengan LinD, Olimpik2012 sobsss 










itu sahaja, haha


wassalam. 


#lagho#

Thursday, August 2, 2012

Sehingga Al-Quran terpahat di hati

Bismillah walhamdulillah.
Sudah masuk ramadan ke 13 :)
Tapi saya hanya mampu menghabiskan 1 buku sahaja -_- Sehingga Alquran terpahat di hati.. adoi.
Insya Allah, i would like to share with you all what i get from the book . The book told about how to memorise Quran with planned well.


Bahagian Pertama tentang Sentuhan hati dengan Al-Quran:

-Kepentingan menghafaz Al-Quran
-Kedudukan penghafaz Al-Quran
-Hukum menghafaz Al-Quran dan etc

Bahagian Kedua tentang formula asas Hafazan:

-Niat yang Ikhlas
-Keazaman yang kukuh
-Nilai usaha menghafaz Al-Quran
-Membaca & menghafaz dgn bertajwid
-Perbanyakkan tilawah AL-Quran
-Kefahaman yang sahih ayat yang dihafaz
-Beramal dgn isi kandungan dan perintah Al-Quran
-Pelihara akhlak dengan guru
-Meninggalkan dosa yg menjadi punca kegagalan hafazan
-Membaca ayat yang dihafaz dalam solat
-Berdoa agar dipermudahkan hafazan

Bahagian Ketiga tentang Formula Pemantapan Hafazan :

-Membuat perancangan yang jelas
-Menghafaz dgn satu mushaf sahaja
-Mulakan dgn surah yang mudah
-Menghafaz satu surah demi satu surah
-Menghafaz sampai mantap pada satu-satu ayat dan surah
-Berikan perhatian yang lebih kepada ayat mutasyabihat
-Menghafaz secara berkumpulan
-Bawa Al-Quran kecil kemana-mana
-Dirikan solat jemaah bersama imam yang hafiz
-Manfaatkan waktu pagi (Jangan tidur lepas subuh.hoho)
-Menyertai pertandingan hafazan

Bahagian Keempat tentang fenomena lupa dan penawarnya

Nak letak gamba buku tapi tak dapat, =.= tak tau la kenapa...

Okey semua, sesiapa yang berminat hafaz Al-Quran dan nak tahu cara terbaik untuk menghafaz bole beli ye ! ^^,

Wassalam alaik.

Friday, July 6, 2012

Jom berCINTA !





Bismillah.


Ramai muda mudi sibuk berbicara mengenai CINTA. 
Aku tak tahu lah kenapa? Trend ataupun dari zaman retro dulu memang cakap pasal CINTA. zzzz
Bukan salah untuk bercinta sesama manusia, ; lelaki dan perempuan tapi aku rasa mereka seakan lupa cinta yang satu. Cinta yang abadi .. Cinta Illahi 



اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ (رواه الترمذي وقال حديث حسن)
“Ya Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu. Ya Allah, jadikan cinta-Mu lebih aku cintai melebihi cintaku pada diriku sendiri, keluargaku, dan air dingin.” ( HR. Tirmidzi, ia berkata ini hadits hasan )
Jom sahabat-sahabat,kita bercinta dengan Nya :)

Wassalam.

Thursday, July 5, 2012

Kurtlar Vadisi Filistin



Bismillah.

Sesungguhnya,cerita ini sangat sedap. Semangat untuk menembak orang zionis semakin membuak-buak lepas tengok cerita  ini. Kalau adik aku tak bawa balik, sure aku tak tahu ada cerita ini -___-"


Al-Baqarah:120 ,


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.



tengoklah sendiri cerita ini.

Wassalam.

MALAS

Sangat MALAS cuti short sem ini.
Sangat menyesal tak amek short sem..

Ok, takde manfaat kat post ni ..

zzzzzzzz

Saturday, February 4, 2012

Laskar Pelangi

Mimpi adalah kunci
Untuk kita menaklukkan dunia
Berlarilah tanpa lelah
Sampai engkau meraihnya

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Bebaskan mimpimu di angkasa
Warnai bintang di jiwa

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya... 
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/n/nidji/laskar_pelangi.html ]
Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu
Jangan berhenti mewarnai
Jutaan mimpi di bumi

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersyukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Menarilah dan terus tertawa
Walau dunia tak seindah surga
Bersukurlah pada yang kuasa
Cinta kita di dunia

Selamanya... 

Selamanya... 

Laskar pelangi
Takkan terikat waktu...



Tuesday, January 31, 2012

r.e.d.h.a

mencari REDHA,HIKMAH dan SABAR yang kian menghilang..




Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu
Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Opick- Cahaya hati



Mengingatkan diri supaya beriman dengan Qada dan Qadar Nya..

Sahabatku,
Kekuatan kita adalah hak milik mutlak Allah,
kita memang takkan punya daya,melainkan dengan izin Nya.
Andai saat ini kekuatan kita hilang,maka pohonlah kepada Pemilik Kekuatan.
Mintalah kepada Raja Yang Tak Pernah Lemah, mintalah..

"Ya Allah,aku lemah tak berdaya pada detik ini, izinkanlah aku meminjam secebis dari kekuatan-Mu, agar aku tegar mendepani ujian hidup ini"

~msg dri mu dlu..ingat x?

ya.aku ingat msg ini. meluncur laju apabila dapat balik msg ini..
Allahu Robbi.. Kau tahu yang terbaik buat ku.. Jadikanlah hati ini redha .

Sunday, January 29, 2012

Pesanan Al-Farouq

Bismillah.
Alhamdulillah.
Allah yang Maha Penyayang mengurniakan nikmat IMAN dan ISLAM buat kita.
Disini,ingin saya berkongsi nasihat daripada seorang sahabat Nabi SAW iaitu Umar Al-Khattab.
Yang mana salah seorang yang dikhabarkan dan dijamin akan masuk syurga. Subhanallah.
Al-Farouq di beri kepada Umar kerana ketika beliau masuk Islam,ketika itu dakwah sudah boleh di jaharkan.
Rasulullah SAW dan sahabat2 sudah boleh solat di kaabah.
Umar juga pembeza di antara hak dan batil. Insya Allah,biodata Umar akan saya post di waktu lain. Insya Allah.


Mari kita amalkan pesanan Amirul Mukminin Umar Al-Khattab.


> Orang yang banyak ketawa akan menyebabkan kehebatan dirinya berkurangan.


> Orang yang suka bergurau akan dipermainkan disebabkan gurauannya itu.


Orang yang kerap melakukan suatu perkara akan dikenali melalui perbuatannya itu.


> Orang yang banyak bercakap akan menyebabkan kesilapannya bertambah.


>  Orang yang sentiasa silap pula akan mengurangkan malu nya.


> Orang yang kurang malu nya,kurang lah sifat warak nya.


> Orang yang kurang sifat waraknya,maka hatinya telah mati.






Semoga dapat di amalkan. Terutama nya tuan blog ini.. Allahu Robbi~


Wassalam.

TAUBAT- Opick


wahai tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau 
sang maha pengampun dosa

Ya robbi, ijinkanlah 
aku kembali padamu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambamu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau 
sang maha pengampun dosa

berilkanlah aku
kesempaatn waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padamu
dan sungguh tak layak
aku... 






Wednesday, January 18, 2012

Tawaran kami

Bismillah.


menjelang nak PRU ni,ade bende sket la nak kabor. kami ade menawarkan perkhidmatan terbaeeek dari ladang. hehe.



















Anda tolak? Anda RUGI!

Sunday, January 15, 2012

yang teristimewa

Bismillah~


ni hadiah dan permintaan kamu berdua :")

saya dah siapkan,. hihi. sori kalau x lawa. Paint kan. hehe.



Jazakumullah khairan kathira atas segala nye sepanjang sem ni. 
Belanje saye dinner, hu, terharu. sanggup dtg bilik :'(

Maaf tak dapat jumpe sebelum pulang PD.
Jage diri baik2 cuti ni.
hadam sirah. hehe. nati kite main kuiz! =)
semoga Allah melindungi kita semua~

Fi Amanillah ya kholilati wa habibati.



Friday, January 6, 2012

mandom

Bismillah.


musim exam menjelma.


disebabkan wireless macam SB (siput baby)..


xdapat lah nak mengakses internet.


kalau orang tanye pasal isu semasa.


memang aku senyum jelah kan..


Arghh. stress. ini akibat last minute. padan muke. sebab banyak lagi x hafal.


tibe2. romate bagi angry bird dan plant vs zombie [pada awalnya prinsip xkan sentuh bende2 ni.. [[macam haram plak.haha]] tapi best gak. menanam bunge matahri penuh strategi bagi mengelak di makan zombie! erk. melastik burung. aku jem dengan burung yang ade peluru telur.xmembantu.] pandai la. dah,sambung stady je. nak FB kemaen lambat ,loading.




ulum quran.kenapa aku xyakin dengan subjek ni ~~'
aqidah.seriusly aku rase macam nak suruh ustaz hassan yang kat cfs tu terang!
fiqh.aku stabil dengan subjek ni. tuka ke fiqh?? haha,


selamat lah semua yang nak exam.


masih punye waktu. doa paling penting. senjata ampuh,



bagi aku. kalau nak sesuatu. korang sure tekad gile kan. kalau tak nak. satu alasan dah bole buat aku detect. =)

maaf. sangat tak ilmiah. InsyaAllah lepas exam aku post pasal tokoh. tengah kaji lagi.

Fi Amanillah.

[[mandom adalah kerana hidup time final ini; stady,makan,tidur,solat. tiada sumbangan.]]